KRING!!!!!!
Ish bunyi apa yang
bising sangat ni, tak tenang aku nak tidur la. Eh jap, tu bukan bunyi
loceng ke? Eish menyusahkan betul la jam loceng ni. Tanpa melengahkan
masa aku terus mencapai jam tersebut dan melihat pada jarum jam. Oh
baru pukul 8, lambat lagi. What???!!
Ya Allah mampus aku lambat pergi kerja. Eish ni malam semalam punya
pasal lah ni. Kalau aku tak layan running man malam tadi tak ada
maknanya aku bangun lambat. Dah lah hari ni hari first
day aku
kerja. Apasal lah sengal sangat aku ni. Tanpa melengahkan masa aku
terus mencapai tuala di ampaian dan terus masuk ke dalam bilik air
untuk membersihkan diri. Mandi kerbau jelah
bukan
ada orang tau pun hihihi.
Selesai
membersihkan diri aku terus pergi ke wardrobe
dan
memilih baju kurung berwarna biru laut dan di padankan dengan printed
wide shawl berwana
senada dengan baju kurung tersebut. Aku mencalitkan sedikit lip
ice di
bibir dan memakai bedak baby johnson. Dah namanya kalau peminat tegar
kepada baby sampaikan barang baby pun aku still
nak
guna hehehe.
Setelah selesai bersiap aku terus turun ke bawah untuk
sarapan. Hmmm sedapnya bau, mesti ibu masak mee goreng. Tak sabarnya
nak makan.
“Morning
ibu.”
Aku terus memeluk ibu setelah berkata begitu.
“Assalamualaikum
tuan puteri.” Puan Sri Diana memerli anaknya. Hamboi ibu ni sempat
lagi sindir aku. Aku hanya tersenyum sahaja bila ibu berkata begitu.
“Waalaikumusalam
ibu, hamboi ibu sempat perli adik ye. Sob... sob... apa lah nasib
badan.” Nak berdrama sikit dengan ibu, tak sedar kerja aku start
pukul 9, ada hati nak berdrama pagi-pagi macam ni dengan ibu.
“Dah dah tak payah
kamu nak berdrama korea pulak dengan ibu pagi-pagi ni. Pergi makan
sana. Kamu pergi kerja pukul berapa ni?”
“Lepas breakfast
ni adik pergi la
kerjanya.” Aku membalas kata-kata ibu dengan mee penuh dalam mulut.
Haih
tak senonoh betul anak dara aku sorang ni.
“Kalau
nak balas punya kata-kata ibu, telan dulu makanan dalam mulut tu.
Kalau bakal mak mertua kamu tengok kamu macam ni, awal-awal dia dah
reject
kamu
tau tak.” Aku hanya menyengeh bila ibu kata macam tu
“Sorry
ibu,
my
fault.”
“Dah
cepat makan, nanti lambat kamu nak pergi kerja.” Setelah ibu kata
begitu dia terus pergi ke dapur untuk menemas dapur.
Ayah awal-awal lagi dah pergi kerja, al maklumlah kerja
sendiri la katakan. Aku ada 3 orang adik beradik termasuk aku. Abang
aku yang sulung bernama Naim Aiman dan sekarang ni dia kerja di
Johor, jaga cawangan syarikat ayah di sana dan dia juga sudah
mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang yang bernama Intan
Sakinah merangkap kawan baik aku. Along jugak telah mempunyai dua
orang anak. Yang sulung berumur 3 tahun manakala yang si adiknya
pulak baru berusia setahun. Macam mana kawan aku ni boleh berkahwin
dengan abang aku tu biarlah rahsia. Abang aku yang kedua pula bernama
Najmi Afiq dan sekarang ni bekerja di Penang, biasa lah jaga cawangan
ayah di sana. Ayah mempuyai 3 cawangan di Malaysia iaitu di Kuala
Lumpur, Johor dan Penang. Syarikat induknya di Kuala Lumpur la apa
lagi. Cuma aku nak cari pengalaman dulu baru aku kerja di syarikat
ayah. Abang aku yang kedua tu belum kahwin lagi, selepas putus cinta
terus trauma nak bercinta sekarang ni jadi workaholic
pulak.
Yang kesiannya ibu la, pening kepala dia nak cari calon isteri untuk
angah. Tak apalah mungkin suatu hari nanti angah akan jumpa kekasih
hati dia. Eh aku dah lambat nak pergi kerja ni.
“Ibu
adik pergi kerja dulu tau.”
“Haa,
baik-baik bawak kereta tu. Jangan nak bawak kereta laju-laju, bahaya
tau tak.” Mukadimah ibu pagi-pagi dah mai dah.
“Ye
ibu ye.” Aku terus menyalami tangan ibu dan terus masuk ke dalam
kereta
MENARA
HOLDING,
hmm besar gila company
ni.
Aku terus melangkah ke receptionist
dan
senyum kepada penyambut tetamu tersebut.
“Ye
cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya penyambut tetamu
tersebut.
“Saya
nak melapor diri pagi ni.”
“Oh,
cik mesti Nurin Aqisya kan? Bos dah lama tunggu cik. Cik boleh naik
ke tingkat 4 dan di situ Cik Nurin boleh berjumpa dengan secretary
bos. Namanya Kak Lisa. Selamat bekerja Cik Nurin Aqisya.”
“Terima
kasih, err...”
“Nisha
Amira.”
“Oh
terima kasih ye Nisha.”
“Sama-sama.”
Aduh mampus aku, bos dah tunggu aku. Apa jenis pekerja
la aku ni. Tanpa melengahkan masa aku terus menekan butang lift
dan naik ke tingkat 4. Sesampai sahaja di tingkat 4 aku terus menolak
pintu kaca tersebut. Hm tak ramai pekerja dekat tingkat 4 ni. Hanya
ada 6 orang sahaja. Aku terus menuju ke meja kak Lisa merangkap
secretary bos.
“Assalamualaikum.”
Aku terus memberi salam kepada Kak Lisa tersebut.
“Waalaikumusalam,
awak mesti Nurin Aqisya right?
Bos dah lama tunggu Cik Aqisya di dalam. Sekejap ye saya saya telefon
bos.” Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
“Bos,
Cik Nurin dah sampai.”
“Okay
suruh dia masuk.”
“Baik
bos.” Kak Lisa terus meletakkan telefon tersebut.
“Cik
Nurin boleh la masuk ke dalam sekarang.” Kak Lisa berkata sambil
tersenyum ke arahku.
“Terima
kasih Kak Lisa.” Kak Lisa hanya menganggukkan kepala sahaja dan
meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
Aku terus mengetuk pintu bilik yang tertera nama Tengku
Ahmad Zafiq, CCO (Chief
Commercial Officer) Menara Holding. Hm sedap
nama, interesting. Aku
terdengar Encik Bos mengarahkan aku masuk. Aku memulas tombol pintu
and my first impression is, wow amazing
beautiful and cool semua lah. Bapak cantiknya
lah bilik bos aku ni, kalah bilik aku hehehe.
“Cik
Nurin Aqisha, have
a seat”
Boleh tahan ramah jugak bos aku ni and
Ya Allah kenapa handsome
sangat bos aku ni. Dup dap dup dap jantung aku ni. Cool
Qisha cool.
Aku terus menarik kerusi yang berada di hadapan aku dan duduk. Okay
sejujurnya mata aku ni nak pandang saja muka bos aku yang handsome
ni. Aduh since
when
aku jadi menggatal merenyam ni. Argh ada aku kesah!
“Semalam
awak ada datang sini untuk minta kerja jadi tea
lady right?”
“Ye
betul tu, saya memang nak jadi tea
lady.”
Kalau ayah dengan ibu tau aku kerja tea
lady
mahu depa suruh aku resign.
Kalau dua ekor malaun tu mau dia torture
aku. Tapi ada aku kesah hahaha.
“Awak
ni belajar sampai overseas
tak akan jadi tea
lady
kot?”
“Ala
saya saja nak cari pengalaman dulu bos”
“Kalau
nak cari pengalaman sekalipun, tak akan nak jadi tea
lady
kot?” Kata Zafiq sambil membelek aku punya fail. Aduh encik bos aku
ni suka hati aku la nak jadi apa pun.
“Tak
kan saya tak boleh kerja sebagai tea
lady
kot boss.”
“Ada
saya kata tak boleh ke?” Erk, ingatkan baik la sangat bos aku ni,
rupa-rupanya ayat dia boleh tahan gak.
“Okay, you can
start working now. Good luck.”
“Terima
kasih bos.” Alhamdulillah , finally
aku dah kerja. Tea
lady
pun tea
lady
la.
“Hmm,
awak tolong sediakan saya kopi kurang manis everyday.
Sebelum saya masuk office
saya dah tahu kopi dah tersedia di atas meja saya.” Aik, setahu aku
bukan secretary
dia punya kerja ke buatkan air untuk dia ni? Ah lantaklah, kalau aku
tanya karang ada jugak kena perli sat lagi.
“Okay
bos, arahan diterima.” Setelah berkata begitu aku terus keluar
untuk memulakan kerja aku. Ayah ibu adik mintak maaf sebab kerja as
a tea lady.
best.
ReplyDeleteterima kasih baby mio :)
Delete