QASEH
ALANA menutup pintu biliknya
lalu menuju ke arah meja makan yang sudah tersedia makanan di
atasnya.
Rajin
betul Nadia ni buat sarapan pagi, desis Qaseh Alana sendiri.
Nadia
yang baru keluar daripada dapur itu menghadiahkan senyuman yang manis
kepada sahabat baiknya itu.
“Morning
Alana. Jom lah makan sekali. Aku dah masak ni.” Tegur Nadia. Dia
meletakkan pinggan kosong di atas meja lalu melabuhkan duduknya. Dia
menuang air ke dalam cawan dia dan juga cawan Qaseh Alana.
Qaseh
Alana hanya mengukirkan senyuman manis buat sahabatnya itu.
“Morning
Nad. Tak apa lah Nad... aku dah lambat ni. Nanti tertinggal bas
pulak.” Balas Qaseh Alana.
Berat
sebenarnya hati dia ingin
menolak ajakan kawannya itu tapi dia terpaksa. Kalau dia ikut sekali
kawan dia makan, mesti dia lambat sampai office.
Sudah lah dia kena datang sebelum bosnya datang, kalau tidak habislah
dia kena marah dengan lelaki itu.
“Hari
ni biar aku hantar kau pergi kerja. Aku tak sanggup nak biarkan kau
naik bas sorang-sorang.”
Qaseh
Alana menggelengkan
kepalanya.
“Aku
tak nak susahkan kau Nad. Tempat kerja aku tu jauh, bukannya dekat.”
Tolak Qaseh Alana dengan suara yang lembut.
Nadia
melepaskan keluhan berat.
“Aku
tetap nak hantar kau pergi kerja. Kau jangan halang aku.” Ujar
Nadia dengan suara yang tegas.
“Nad...”
“Aku
tak nak dengar sebarang alasan keluar daripada mulut kau, Alana.”
Qaseh
Alana melepaskan keluhan lemah.
“Yelah
aku tumpang kau, tapi hari ni je ye?”
Nadia
anggukkan kepalanya.
“Okay
hari ni je. Jom lah makan sekali dengan aku.” Pelawa Nadia lagi.
Nak
tak nak, Qaseh Alana turutkan juga kata kawannya itu. Dia menarik
kerusi perlahan-lahan lalu melabuhkan duduknya. Dia letakkan beg
tangannya pada kerusi yang kosong di sebelahnya. Dia memandang ke
arah Nadia yang turut memandang ke arahnya.
“Kenapa
kau suka paksa aku Nad?” Soal Qaseh Alana setelah menyuap sesuap
nasi ke dalam mulutnya.
“Aku
bukan paksa kau Alana tapi aku tak sanggup tengok kau pergi balik
naik bas. Apa guna aku sebagai kawan kau tapi aku tak boleh tolong
hantarkan kau.” Balas Nadia. Dia tak betah nak meninggalkan Qaseh
Alana sendirian menaiki bas. Sudah lah dia perempuan. Lagilah bahaya.
“Nad,
aku tahu kau sanggup tolong aku tapi kau jangan lah susahkan diri kau
untuk aku. Please.”
“I
can't Alana. Aku berasa
bertanggungjawab nak menjaga kau.”
Qaseh
Alana hanya memandang kosong pada nasi goreng yang ada di dalam
pinggannya itu.
Susah
betul dia nak bercakap
dengan kawan baiknya itu. Bukannya dengar kata. Nanti dia sendiri
yang akan mengalah jugak. Lebih baik dia biarkan apa yang Nadia nak
buat kepadanya.
“Ikut
suka hati kau lah Nad.” Qaseh Alana membalas dengan suara yang
malas.
Nadia
tersenyum ceria sebab dia menang kali ni. Kadang-kadang, bukan senang
nak suruh Qaseh Alana mengikut katanya. Bila dipaksa baru wanita itu
akan setuju.
“Nad...”
“Hmm...”
“Aku
nak tapau nasi goreng ni ye. Nak buat makanan tengah hari.”
Nadia
meletak sudu di dalam
pinggan.
“Alana,
kenapa suka bawak bekal?”
“Aku
tak berapa suka nak makan dekat luar. Aku lebih suka bawa bekal
sendiri.” Balas Qaseh Alana lembut.
“Tapi
setiap hari aku nampak kau bawa bekal tau.”
“Nad,
aku ni bukannya orang senang. Half
dari duit aku, aku bagi dekat mak ayah aku dekat kampung. Half
lagi aku buat perbelanjaan aku sendiri. Kan lebih baik aku bawa
bekal. Jimat lah sikit. Aku ni bercadang nak baiki rumah aku dekat
kampung tu. Tak sampai hati, aku nak tengok keluarga aku hidup dalam
keadaan macam tu.” Terang Qadeh Alana.
“Kenapa
kau ni baik sangat?” Soal Nadia dengan suara yang sayu.
Qaseh
Alana kulum senyuman manis.
“Aku
anak sulung Nad, jadi aku berasa bertanggungjawab nak beri keselesaan
kepada keluarga aku. Aku tahu abah aku tak mampu. Dia dah beri aku
belajar sampai ijazah ni pun aku dah bersyukur tau Nad.”
“Untung
siapa dapat kau sebagai isteri Alana.”
Qaseh
Alana ketawa kecil mendengarnya.
“Siapa
lah nak dekat aku ni Nad.” Ujar Qaseh Alana dengan rasa rendah
diri.
“Anak
raja lah.” Balas Nadia selamba.
“Merepek
lah kau Nad. Dah lah, cepat makan. Nanti lambat pulak sampainya.”
Mereka
berdua terus menyambung makan sambil berborak kosong.
TENGKU
ASYTAR turun ke bawah dengan sebelah tangan memegang
briefcasenya. Sesampai sahaja dia ke bawah, terlihat susuk
tubuh milik Dato' Tengku Fauziah yang sedang menjamu selera itu.
Tengku
Asytar meletakkan briefcasenya di atas sofa lalu menuju ke
arah ruang makan. Dia menarik kerusi kayu jati itu lalu melabuhkan
duduknya dia situ.
“Morning
nenda.” Ucap Tengku Asytar. Dia mencapai sekeping roti serta jem
strawberry lalu mengambil sudu dan menyapu jem strawberry
itu ke atas roti.
“Morning
Asy.” Balas Dato' Tengku Fauziah. Dia memerhati cucunya yang sedang
menyapu jem dia atas roti itu.
“Kamu
ada meeting ke pagi ni?” Soal Dato' Tengku Fauziah kepada
Tengku Asytar.
Tengku
Asytar menggeleng.
“Tak
ada.” Tengku Asytar membalas pendek.
Dato'
Tengku Fauziah menganggukkan kepalanya bagi mengiyakan kata-kata
cucunya itu.
Dato'
Tengku Fauziah merenung wajah cucunya yang sedang makan roti dengan
begitu selera itu.
“Asy,
kamu dah call Amanda?”
Tengku
Asytar anggukkan kepalanya.
“Dah.”
“So,
macam mana?”
“Hari
ni dia ajak Asy berbincang nenda. Apa keputusan dia, Asy dah tak
kisah.” Tengku Asytar menjawab pasrah. Dia dah penat menjadi
penunggu buat wanita itu. Busy memanjang sampai tak ada masa
dengannya. Kalau mereka dah kahwin nanti, macam mana lah dirinya
nanti. Pasti dipinggirkan oleh wanita itu.
“Kamu
bincang elok-elok dengan dia. Jangan kamu bergaduh sudah lah.”
“In
shaa Allah nenda.” Balas Tengku Asytar.
Dia
menyisip air sedikit lalu terus bangun dari duduknya.
“Asy
pergi dulu lah ye nenda. Kalau Asy balik lambat malam ni,
nenda tak payah tunggu Asy. Nenda terus masuk tidur aje. Nanti kalau
nenda sakit, Asy jugak yang susah.” Ujar Tengku Asytar lalu
menyalam tangan Dato' Tengku Fauziah dengan lembut.
“Hmm
yelah. Hati-hati bawak kereta tu.” Pesan Dato' Tengku Fauziah.
“Baik
lah nenda.” Selepas berkata begitu, Tengku Asytar terus beredar
dari meja makan lalu menuju ke ruang tamu mencapai briefcasenya
dan keluar daripada rumah.
Dato'
Tengku Fauziah hanya memerhati langkah cucunya itu. Dia harap Tengku
Asytar pandai buat keputusan dengan betul. Tak ada lah cucunya merana
di kemudian hari. Itu sahaja yang dia harapkan.
“KAU
balik pukul berapa ni Alana? Nanti aku ambil kau.” Soal Nadia
setelah memberhentikan keretanya di hadapan pejabat wanita itu.
“Aku
balik pukul 5.30. Kau tak payah susah ambil aku Nadia. Aku balik naik
bas je nanti.”
“Tapi
kan a...”
“Nad,
tolong jangan paksa aku boleh?” Potong Qaseh Alana. Dia berkata
dengan nada yang tegas.
“Ye
lah, kalau kau dah berubah hati jangan lupa telefon aku ye.”
Pesan Nadia.
Qaseh
Alana melepaskan keluhan lemah.
“Ye
Nad. Kau bawak kereta baik-baik tau.”
Nadia
anggukkan kepalanya.
Qaseh
Alana buka pintu kereta dan keluar daripada kereta kawannya itu lalu
menutup perlahan-lahan pintu kereta tersebut.
Sebaik
sahaja pintu kereta di tutup, Nadia terus membunyi hon lalu
menggerakkan keretanya itu. Qaseh Alana memandang kereta Nadia
berlalu sehingga hilang dari pandangannya. Dia memusingkan badannya
dengan segera. Dia tahu dia dah lambat pagi ni. Baru sahaja dia ingin
menolak pintu utama, dia ditegur oleh seseorang. Dia memusingkan
kepalanya ke kiri dan melihat siapa gerangannya. Alangkah terkejutnya
dia apabila melihat wajah lelaki itu.
Mati
lah aku, desis Qaseh Alana sendiri.
“Baru
sampai?” Soal Tengku Asytar lembut.
Qaseh
Alana menganggukkan kepalanya.
“Sekarang
ni dah pukul berapa?” Soal lelaki itu lagi.
Qaseh
Alana melihat jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 8.25 itu.
Dia menelan air liurnya perlahan lalu memandang wajah lelaki itu
dengan perasaan yang gerun.
“Pukul
8.25 pagi, Tengku.” Jawab Qaseh Alana perlahan.
“Awak
tahu tak yang awak kena masuk pukul berapa?”
Qaseh
Alana menganggukkan kepalanya lagi.
“Pukul
8.30.” Qaseh Alana menekurkan pandangannya ke lantai.
Tengku
Asytar kulum senyuman sinis buat wanita itu.
“Awak
kerja dekat syarikat ni sebagai apa?”
“Setiausaha
Tengku, Tengku.”
“Awak
tahu tak yang setiausaha saya seharusnya kena datang pukul 8?”
Qaseh
Alana menggelengkan kepalanya.
Tengku
Asytar menjungkitkan keningnya apabila melihat Qaseh Alana yang
sedang menggelengkan kepalanya itu.
“Kenapa
awak tak tahu?”
Qaseh
Alana memanggung kepalanya dan memandang ke arah lelaki itu.
"Sebab
Tengku tak cakap pun dengan saya kena datang pukul 8. Yang Tengku
cakap, semua staff kena masuk pukul 8.30 dan paling lewat pun
pukul 9. Tengku tak cakap pun dekat saya yang saya kena datang pukul
8.” Jawab Qaseh Alana. Dia menerangkan semula apa yang lelaki itu
kata padanya semalam.
Tengku
Asytar mengetap giginya geram. Dia rasa macam nak hantuk kepala dia
dekat dinding apabila mendengar kata-kata wanita itu. Pagi-pagi dia
dah kena tembak dengan kata-kata daripada wanita di hadapannya ini.
Sakit pulak hatinya apabila wanita itu melawan cakapnya.
“Qaseh
boleh tak awak jangan tembak saya dengan kata-kata awak yang
menyakitkan hati tu?” Ujar Tengku Asytar dengan suara yang geram.
Qaseh
Alana hanya memandang lelaki itu dengan wajah yang blur. Bila
masa pulak aku tembak dia dengan kata-kata yang menyakitkan hati ni?
Desis Qaseh Alana sendiri.
“Apa
yang saya cakap tadi menyakitkan hati Tengku ke?” Soal Qaseh Alana
dengan wajah yang polos.
“Sudah
lah, saya malas nak layan awak. Hari ni saya maafkan awak Qaseh.
Kalau esok awak ulang perkara yang sama, saya tak akan maafkan awak
lagi.” Selepas berkata begitu Tengku Asytar terus menonong jalan ke
depan meninggalkan Qaseh yang sedang memandangnya itu.
Nasib
baik dia tak marah aku. Kalau tak, apa lah yang aku nak buat nanti.
Kata Qaseh Alana sendiri.
Dia
terus menolak pintu utama syarikat dan menghadiahkan senyuman kepada
Kak Sira yang ada di meja penyambut tetamu.
Mulai
esok, aku akan datang pukul 8. Tak nak lah aku kena tadah telinga
dengar Tengku marah-marah. Tekad Qaseh Alana dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment