BAB 11
AKU
melabuhkan duduk pada kerusi kosong yang ada di taman itu. Penat
layan tetamu tak payah nak cakap lah. Memang kejang pipi dia ni ashik
duk senyum. Tapi yang paling memenatkan ialah pinggang dia ni, ashik
di peluk aje dengan encik suami. Ada jugak patah pinggang ramping dia
ni.
Terasa
ada seseorang duduk di sebelah kanannya. Terus dia memandang ke arah
kanan. Terbias di matanya wajah Zafiq, calon suami tak jadi tengah
tersenyum kepadanya.
“Sorang
je? Abang Mir mana?” Soal Zafiq dengan suara yang lembut.
“Ha'ah
sorang je. Abang Mir tengah layan kawan dia. Nurin penat, tu yang
duduk kejap dekat sini.” Balas aku sambil mengurut bahu.
Zafiq
hanya mengangguk. Dia ralit memerhati tangan kakak iparnya yang
sedang mengurut bahu.
“Lenguh
ke?”
“Hmm.”
“Mari
sini saya tolong urutkan.” Ujar Zafiq lalu mengangkat tangannya.
Tapi belum sempat tangan dia menyapa bahu kakak iparnya, ada tangan
lain yang sudah berlabuh dahulu.
“Tak
apa, biar abang yang tolong urutkan isteri abang ni. Betul tak yang?”
Aku
angguk.
Hati
Zafiq meruap-ruap melihat abangnya yang sedang mengurut bahu buah
hatinya itu.
Tak
guna punya abang. Kau potong line
aku. Bentak Zafiq dalam hatinya.
Dengan
segera dia bangun daripada duduknya dan berlalu daripada situ. Buat
sakit hati dia aje tengok kemesraan abang dia bersama buah hatinya.
Zamir
hanya memandang langkah adiknya dengan pandangan yang menyampah. Nak
usik bini aku, langkah aku dulu. Desis Zamir dalam hatinya. Dia
memandang ke arah isteringa yang sedang tersenyum itu.
“Kenapa
sayang layan dia?” Soal Zamir dengan suara yang tegas.
Terus
cemberut muka aku bila mendengarnya. Hilang senyuman manis aku tadi.
Cinabeng
punya suami. Dengan adik sendiri pun nak jealous
ke?
“Dah
dia tanya Nurin, tak akan Nurin nak buat bodoh aje.”
Zamir
mendengus kecil.
“ Kan
abang dah cakap, Nurin hanya boleh pandang muka abang aje. Jangan
pandang muka orang lain.” Bebel Zamir.
Mulut
aku turut terkumat-kamit ikut cara Zamir membebel. Macam mak nenek.
“Kalau
pandang muka abang aje, bosan lah Nurin. Kalau handsome
tak apa lah jugak.” Kutuk aku.
Berasap-asap
telinga Zamir mendengar isterinya berkata begitu. Dia kata muka aku
yang handsome
ni tak handsome?
Ada jugak aku cium dia ni nanti. Kata Zamir dalam hatinya.
“Nurin
Aqisha!” Suara Zamir sudah naik seoktaf. Geram ya amat dengan
isteri dia yang sorang ni.
Aku
memeluk pinggang Zamir yang sedang berdiri itu dengan manja. Aku
tongkatkan daguku pada perut Zamir lalu mendonggak memandangnya.
“Ye
abang.” Aku menayang wajah menggoda kepada Zamir.
Zamir
yang melihat telatah isterinya itu menelan air liurnya
perlahan-lahan. Dadanya terasa sesak melihat gelagat isteri
kesayangannya. Ya Allah kau kuatkan lah iman aku. Doa Zamir dalam
hatinya.
Zamir
mengusap belakang kepala isterinya perlahan-lahan.
“Sayang
nak goda abang ke?”
Aku
tersenyum menggoda.
“Abang
rasa?” Soal aku sambil mengangkat-angkat keningku. Saja nak buat
Zamir sesak nafas.
“Jangan
sayang. Ni public.
Karang abang ngap kau kang.” Ujar Zamir dengan suara yang
tertahan-tahan.
Aku
ketawa manja lalu menari-narikan jari telunjukku pada dada bidang
Zamir.
“Jangan
bang, bukan kau yang ngap aku bang. Aku ngap kau dulu.”
Dalam
hati rasa macam nak muntah bila bercakap macam tu. Mahu Zamir angkut
aku pergi hotel
yang berdekatan karang. Kesian aku nanti.
“Sayang...”
Meleret suara Zamir memanggil isterinya. Tangan dia sudah
merayap-rayap di belakang badan aku.
Matilah
aku, desis aku dalam hati.
Dengan
segera aku melepaskan pelukan pada pinggang Zamir lalu menegakkan
badanku. Jangan di cabar si Zamir ni, ada jugak aku yang terjerumus
nanti. Terlepas usapan Zamir bila aku menjarakkan badan kami.
“Abang
nak apa?”
“Jom
balik.” Ajak Zamir. Tangan dia sudah memegang pergelangan tangan
kananku.
Aku
menggeleng.
“Majlis
belum habis lagi ni bang.” Tolak aku. Aku cuba merungkaikan tangan
Zamir dari menggenggam pergelangan tangan kananku.
“Majlis
dah habis lah yang...”
Aku
memandang sekelilingku. Ada setengah pekerja katering yang sedang
mengemas dan keluarga kami yang sedang berborak. Aku menelan air liur
perlahan-lahan. Mati kau Nurin mati.
Aku
memandang semula ke arah Zamir yang tengah tersenyum. Lain macam
senyuman yang diberikan oleh Zamir itu.
“Err...
sekarang ke?”
Zamir
mengangguk.
“Sekarang
lah yang, tak akan esok pulak.”
Aku
membuang pandang ke arah lain. Tak sanggup nak pandang muka gatal si
Zamir tu. Mengerikan!
“Apa
pulak kata family
kita nanti?” Aku masih cuba mengelak daripada mengikut Zamir pulak.
Zamir
tersenyum melihat telatah isterinya. Dia memagut dagu aku lembut lalu
membawa menghadap ke arahnya.
“Kalau
nak bercakap kena pandang muka abang. Berdosa sayang.” Ujar Zamir
dengan suara yang lembut.
Aku
memandang muka Zamir yang sedang kulum senyuman manis itu.
“Maaf.”
Perlahan aku membalas.
Zamir
mengusap pipi isterinya perlahan-lahan.
“It's
okay sayang. Sekarang
ni, jom kita balik.”
Gulp!
Ya Allah apa aku nak cakap ni. Desis aku sendiri.
“Balik
ye?” Ajak Zamir lagi.
“Yelah...”
Tersenyum
lebar Zamir mendengarnya.
“Jom.”
Zamir terus menarik tangan aku mengikutnya.
Nasib
kau lah Nurin...
Dari
jauh Zafiq memandang dengan perasaan yang geram. Hatinya berasa sakit
melihat kemesraan abang dengan buah hatinya itu. Aku tak akan
lepaskan kau Qisha. Sekali kau dah ambil hati aku, aku tak izinkan
kau pulangkan balik. Tekad Zafiq dalam hatinya. Dia juga turut
berlalu daripada situ. Tak ada hati nak berlama-lama di situ.
ZAMIR
menutup pintu bilik honeymoon suit itu perlahan-lahan.
Bibirnya sudah mengukir senyuman bahagia. Macam mana dia tak bahagia
sebab sekarang ni hanya ada mereka berdua aje dalam bilik ni. Tak ada
sesiapa yang mengganggu.
Dia
mengorak langkah menghampiri isterinya yang sedang duduk di birai
katil sambil merama-ramas jemarinya.
Haih,
dah cuak ke yang? Desis Zamir dalam hati.
Dia
melabuhkan duduk di sebelah isterinya lalu menggenggam lembut tangan
wanita itu.
Ya
Allah sejuknya. Tu lah, sayang goda abang lagi. Kan dah kena bawa
balik hotel awal. Zamir sudah tergelak dalam hatinya melihat wajah
isterinya yang pucat itu.
“Sayang...”
Mendayu suara Zamir memanggil isterinya.
“Y...
ye...” Sahut aku dengan suara yang terketar-ketar.
Ya
Allah, kau lindungilah aku daripada lelaki yang tengah miang sekarang
ni. Aku tak sanggup nak gadai body aku buat masa sekarang. Doa
aku dalam hati. Ikutkan hati, nak aje dia berkurung dalam bilik air
daripada duduk sebelah suami dia ni. Tak sanggup nak menyerah, hu
hu hu.
“Abang
kan...”
“Abang
apa?” Potong aku dengan segera.
Zamir
mencebikkan bibirnya. Bini aku ni lah, bagilah aku habis cakap dulu
huh. Desis Zamir sendiri.
“Isteriku
yang tercinta...”
“Tercinta
ke?” Potong aku lagi.
Zamir
meraup mukanya kasar. Bengang sebab dia tak habis cakap lagi, isteri
dia dah potong. Ikutkan hati dia ni, nak aje dia cium bibir wanita
itu. Biar diam terus.
Aku
hanya memandang pelik ke arah Zamir. Dah kenapa dengan dia ni? Salah
ke aku cakap tadi? Detik aku sendiri.
“Are
you okay Mr. Zamir?” Soal aku dengan suara yang lembut sambil
memegang bahu Zamir.
Zamir
memandang isterinya dengan pandangan yang keruh.
“Tak!”
Jawab Zamir sepatah.
Aku
mengangguk.
“Oh...
why? Any problem?” Aku menyoal dengan wajah yang
polos.
Zamir
yang mendengar soalan isterinya itu terasa macam nak hantuk aje
kepala dia dekat kepala katil. Bengang dengan reaksi isterinya yang
blur itu. Memang menyakitkan hati betul.
“Tak
ada apa lah.” Balas Zamir dengan suara yang lemah. Hilang mood
dia nak beromantik dengan isterinya apabila wanita itu buat reaksi
macam tu. Sedih tahu tak.
Aku
yang mendengar Zamir yang bersuara lemah itu, rasa kesian pula. Mesti
frust suami dia tu.
Zamir
merebahkan badannya lalu baring membelakangiku.
Alamak
Nurin, laki kau dah merajuk tu. Habis lah kau.
“Abang...”
Aku sentuh lembut bahu Zamir. Tapi Zamir menepis tangan aku yang
menyentuh bahunya. Sedih apabila dilakukan macam tu. Memang merajuk
sangat encik suami ni.
“Jangan
kacau abang Nurin...” Balas Zamir dengan suara yang tegas.
Berubah
mendung wajah aku bila mendengarnya.
“Abang
marah Nurin ke?”
Zamir
diam tidak membalas.
Ei...
apa ke hal si miang ni ashik merajuk aje? Desis aku dalam hati.
“Abang...”
Aku mencucuk-cucuk belakang badan Zamir perlahan-lahan.
Zamir
memusing badannya ke belakang lalu memandang tajam ke arah aku.
Dah
kenapa pulak ni?
“Abang
kata jangan kacau abang kan?” Soal Zamir dengan suara yang tegas.
Aku
memuncung mendengarnya.
“Nurin
bukan kacau abang. Nurin cuma tanya abang marah Nurin ke tidak? Tu
pun nak marah ke?”
Zamir
merengus kasar.
“Mesti
lah abang marah.”
Aku
melepaskan keluhan lemah.
“Kenapa
pulak?”
“Abang
belum habis cakap, Nurin dah potong dulu. Mana abang tak marah.”
Rungut Zamir.
Aku
menjulingkan mata ke atas.
“Itu
pun nak marah ke?”
“Eh...
mesti lah marah. Abang baru nak mulakan aksi romantik tau tadi. Nurin
dah potong line. Macam mana abang tak marah yang.”
Aku
mencebik. Tak habis-habis dengan dia punya romantik tu. Aku yang duk
menghadap setiap hari ni pun dah naik bosan menengoknya.
“Cuba
kalau sehari abang tak romantik, boleh?”
Zamir
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“No
way! Setiap hari abang mesti wajib romantik dengan Nurin.”
Bantah Zamir. Dia ingat aksi romantik ni boleh stop untuk
sehari ke? Sekali aku dah romantik, memang tak akan button
stop. Kata Zamir dalam hatinya.
“Tapi...”
“Tak
ada tapi... tapi sayang.” Potong Zamir.
Aku
menyilangkan badan ke tubuh.
“Tapi
Nurin bosan tau.”
“Kan
abang kata tak ada tapi.” Bentak Zamir.
“Tapi...
Nurin tetap nak tapi tau!”
Zamir
sudah bangun dari duduknya lalu berdiri di hadapan wanita itu sambil
bercekak pinggang. Dia memandang ke arah isterinya dengan pandangan
yang tajam.
“Nurin
memang suka melawan cakap abang kan?”
Aku
mengangguk.
“Suka
sangat.”
Menyirap
hati Zamir mendengar isterinya berkata begitu.
“Nurin
tahu tak, berdosa lawan cakap suami?”
Aku
angguk lagi.
“Tahu
sangat.”
Zamir
mengetap giginya kegeraman.
“Kalau
dah tahu, kenapa masih lawan lagi cakap abang?”
“Hobi.”
Jawab aku dengan nada yang selamba.
Zamir
meraup rambutnya kasar. Ya Allah, kenapa aku boleh ada isteri yang
mulut dia buat aku rasa macam nak cium je bibir dia ni? Kata Zamir
dalam hatinya.
“Jangan
cabar abang Nurin Aqisha.”
Aku
menggeleng.
“Nurin
tak cabar abang.” Aku tersenyum manis ke arah Zamir.
Zamir
mencebik melihat senyuman isterinya itu. Nak menggoda aku lah tu,
desis Zamir sendiri.
“Nurin
tahu tak yang abang ni lelaki. Nak... nak... lagi, iman abang ni tak
berapa nak kuat bila dengan Nurin. Kalau Nurin cakap macam tu lagi,
abang ngap Nurin terus karang.”
Aku
menjulingkan mata ke atas. Itu aje yang dia tahu. Dalam otak dia tu,
sebenarnya dia fikir apa pun, aku sendiri tak tahu. Tiba-tiba aku
teringat sesuatu yang mungkin bakal buat Zamir kecewa. Idea
jahat dah datang he he he.
Aku
tersenyum ke arah Zamir lalu bangun menghampirinya. Aku melingkarkan
tanganku pada leher Zamir dan tersenyum menggoda ke arahnya.
Zamir
yang sedang bercekak pinggang itu terus menjatuhkan tangan dia.
Jantung dia dup-dap dup-dap melihat senyuman isterinya.
“Abang...”
Dengan lenggok yang manja aku memanggil Zamir.
Zamir
menelan air liurnya perlahan-lahan. Ya Allah, kau kuatkan lah hati
aku daripada tergoda dengan aksi isteriku ini. Sesungguhnya aku ni
hambamu yang lemah apabila berhadapan dengan wanita yang bergelar
isteri. Doa Zamir dalam hatinya.
“Sa...
sa... sayang jangan goda abang.” Ujar Zamir dengan suara yang
terketar-ketar.
Aku
ketawa manja mendengarnya. Memang cari pasal betul.
“Nurin
ada sesuatu nak cakap dengan abang ni.” Suara aku masih dimanjakan.
Sengaja nak buat suami aku ni jatuh cair.
“Aa...
aa... apa yang Nurin nak cakap?”
Aku
tersenyum menggoda lalu menjingkitkan kakiku dan mendekatkan mulutku
ke arah telinga kanan Zamir.
“Abang
tak boleh nak ngap Nurin sekarang.”
Zamir
yang mendengar isterinya berkata begitu, terus menolak badan wanita
itu menjauhinya.
“Kenapa
pulak?” Soal Zamir dengan wajah yang berkerut-kerut.
Aku
mengelip-ngelipkan mataku.
“Nurin
period.”
“What?”
Soal Zamir dengan wajah yang terkejut.
“Pe...
pe... period?”
Aku
angguk.
“Ha'ah.”
Zamir
melepaskan keluhan berat.
“Tak
apa lah, mungkin bukan rezeki abang malam ni.” Ujar Zamir dengan
suara yang lirih. Muka dia pun sudah berubah mendung apabila
mendengar kata-kata itu meluncur daripada mulut isterinya.
Aku
memandang sayu ke arah Zamir. Kesian lah pulak tapi nak buat macam
mana, dah Allah nak bagi cuti. Terima aje lah.
Zamir
merebahkan badannya ke tilam lalu menekupkan mukanya ke bantal. Sedih
memang tak payah cakap lah. Nak marah pun tak boleh. Ini semua kerja
Allah. Nampaknya, kenalah dia tambah lagi seminggu untuk berpuasa.
Sudah lah seminggu yang lepas dia sia-siakan.
Argh...
menyesalnya.
No comments:
Post a Comment