Tuesday, 31 March 2015

Qaseh Alana Bab 5



BAB 5

TENGKU ASYTAR keluar daripada biliknya lalu menuju ke arah bilik setiausahanya itu. Dia menolak pintu bilik Qaseh Alana perlahan.

Qaseh Alana yang sedang memasukkan fail ke dalam rak terus memusingkan badannya ke belakang.

Ye Tengku ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Qaseh Alana lembut. Dia menuju ke arah tempatnya lalu melabuhkan duduk di atas kerusi itu.

Friday, 27 March 2015

Takdir Cinta Iqlima Bab 2



BAB 2

IQLIMA meletakkan pinggan yang terisi lauk di dalamnya ke atas meja. Dia memandang dengan pandangan yang puas. Bibirnya juga terukir senyuman manis.

Pandai jugak aku masak ye, puji Iqlima kepada dirinya sendiri.

Atifah yang baru keluar dari dapur itu terus menuju ke arah Iqlima.

“Kenapa kau senyum-senyum ni?”

Thursday, 26 March 2015

Qaseh Alana Bab 4



BAB 4

QASEH ALANA leka membuat kerja tanpa mempedulikan jam yang sudah menunjukkan pukul 10 itu. Sedang Qaseh Alana leka membuat kerjanya, tiba-tiba pintu bilik Qaseh Alana dirempuh kasar daripada luar. Qaseh Alana yang terkejut terus memanggung kepalanya melihat siapa gerangan yang menolak pintu biliknya itu dengan kasar.

Muncul seorang perempuan yang mengenakan seluar yang mengikut kaki, blouse serta tudung yang dililit seperti fesyen zaman sekarang. Dia memandang pelik ke arah perempuan yang memandang tajam ke arahnya itu.

Qaseh Alana Bab 3



BAB 3

QASEH ALANA menutup pintu biliknya lalu menuju ke arah meja makan yang sudah tersedia makanan di atasnya.

Rajin betul Nadia ni buat sarapan pagi, desis Qaseh Alana sendiri.

Nadia yang baru keluar daripada dapur itu menghadiahkan senyuman yang manis kepada sahabat baiknya itu.

Qaseh Alana Bab 2



BAB 2

TENGKU ASYTAR menyandar perlahan badannya di kerusi kereta. Dia melelapkan matanya sebentar untuk menghilangkan rasa penat yang menjalar di badannya. Dia teringat akan perbualannya dengan pekerjanya tengahhari tadi. Sungguh dia tak sangka, orang yang lembut di luar rupa-rupanya mempunyai ketegasan di dalam dirinya. Sebab tu orang selalu kata don't judge book by its cover. Dia memang salah menilai diri Qaseh Alana. Dalam lembut wanita itu tetap ada ketegasannya. Dia memang berasa terpukul dengan kata-kata yang terluah daripada bibir wanita itu. Sampai sekarang ni, dia masih tak sangka dengan perangai yang ditonjolkan oleh Qaseh Alana itu tadi.

Qaseh Alana Bab 1

 



BAB 1

QASEH ALANA meliarkan pandangannya di sekitar bangunan yang mencanak tinggi itu. Dia sendiri tak sangka yang dia terpilih menjadi pekerja di syarikat yang gah ini. Qaseh Alana mengorak langkah masuk ke dalam bangunan itu. Sampai sahaja di meja penyambut tetamu, Qaseh Alana terus menegur penyambut tetamu tersebut.

“Selamat pagi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik?” Soal wanita yang berumur dalam pertengahan 30-an itu.

Takdir Cinta Iqlima Bab 1



BAB 1

KOTA LONDON

IQLIMA berjalan sendirian di sekitar Kota London untuk menghilangkan rasa penat yang terasa di fikirannya. Dia merehatkan tubuhnya di sebuah bangku yang ada di tepi tempat pejalan kaki itu. Biji matanya yang bewarna hazel nut itu memandang ke arah london bridge. Memang cantik sangat Koto London ni tapi negara sendiri lagi cantik. Sebab tu ada pepatah mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita. Walaupun cantik mana negeri orang, negeri kita sendiri yang kita sayang. Eh, betul ke? Biarlah.

Matanya memandang ke arah pasangan-pasangan yang sedang berjalan berpimpin tangan sambil bergelak ketawa. Terbit sebuah senyuman di bibirnya.

Prolog Takdir Cinta Iqlima



PROLOG

ANAK siapa ni Qima?” Soal Puan Intan dengan wajah yang terkejut. Macam mana dia tak terkejut kalau tiba-tiba anak perempuannya yang baru balik dari luar negara itu bukannya balik sendiri tapi dengan seorang budak perempuan yang dalam lingkungan 7 bulan.

Iqlima rasa serba salah dengan mamanya itu. Bukannya dia tak nak bagi tahu, tapi dia tak tahu nak bagi tahu macam mana dekat mama dan papanya.

Asking your mom question, Qima.” Suara Encik Haidar pula yang kedengaran.

Saturday, 21 March 2015

Suami Unexpected 9&10



BAB 9

DAH turun dah kamu berdua ni? Ibu ingatkan tak nak makan lah tadi. Seronok duduk dalam bilik ye?” Sakat Puan Sri Diana. Aku lihat angah sedang menahan diri daripada ketawa.

“Eish ibu ni, jangan fikir kat lain ye.” Aku membalas lalu terus mengambil tempat di sebelah Zamir.

“Apa salahnya ibu fikir kat lain, kan darling?” Tan Sri Omar pula yang menyampuk.

“Betul tu bang.” Ibu dengan ayah ni memang sekepala betul. Macam manalah anak-anaknya tak mengikut perangai kuat menyakat mereka itu.

Wednesday, 18 March 2015

Suami Unexpected 8



BAB 8

TENGKU AHMAD ZAFIQ melepaskan keluhan yang kecil. Betul ke apa aku buat ni? Membenarkan Abang Zamir kahwin dengan perempuan yang aku suka semenjak kali pertama aku lihat muka dia? Kenapa aku ni bodoh sangat? Aku yang mula dulu sukakan Nurin Aqisha, bukannya Abang Zamir. Kenapa aku perlu berkorban sampai menyakitkan hati aku? Kenapa aku perlu berlakon tak suka Qisha? Kenapa aku tak cakap aku yang kena kahwin dengan dia? Kenapa mulut aku laju sangat cakap dekat dia kahwin dengan Abang Zamir? Kenapa Qisha setuju kahwin dengan Abang Zamir? Kenapa, kenapa dan kenapa? Aku tahu Abang Zamir lebih handsome dari aku, tapi tak akan dia tak boleh cari orang lain? Kenapa mesti dengan orang yang aku suka?

“Ya Allah serabutnya kepala aku ni.” Jerit Zafiq sampai ke luar bilik dengar jeritannya. Zafiq meraup muka dia dengan kasar.

Saturday, 14 March 2015

Hanya Kau Yan Aku Mahu 10



BAB 10

PINTU rumah teres dua tingkat itu dibuka dari luar oleh Aira. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa yang terdapat di ruang tamu itu. Rose yang melihat kelibat Aira di ruang tamu itu, terus menegur teman serumahnya.

“Lambat balik hari ni Ai.” Rose melabuhkan duduknya di sebelah Aira.

“Biasalah Rose, kerja doctor tak menentu. Sekejap on call sekejap off. Ni dapat balik pun dah kira okay. Nasib baik tak stay hospital satu malam. Lagi penat.” Kata Aira. Dia merenggangkan otot-ototnya untuk menghilangkan sengal di badan.

Thursday, 12 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 9



BAB 9

APA yang kita nak makan hari ni?” Soal Imran yang sedang memandu itu.

Rose mengangkat bahunya menandakan yang dia tidak tahu mahu makan apa.

“Err... tak akan you tak tahu nak makan dekat mana kot?” Soal Imran lagi dengan wajah yang pelik.

“Kalau I tak tahu tu, means I tak tahu lah. Tak payah nak banyak soal boleh tak? You bawak je kereta tu diam-diam. Kalau you tak tahu sangat nak makan dekat mana, kita balik aje. Senang.” Balas Rose dengan geram

Wednesday, 11 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 8



BAB 8

MEREKA berdua keluar daripada kereta setelah sampai di pub yang ada di Ampang itu. Mereka memakai alat yang diberikan oleh Shahrul dan mula menyamar.

The game is on, kata Rose dalam hati.

“Nanti dekat dalam sana, you duduk dengan I tau Rose.” Kata Imran dengan tiba-tiba.

“Buat apa I nak duduk dengan you? Kita jalankan tugas kita sudah lah.” Balas Rose dengan malas.

Tuesday, 10 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 7



BAB 7

AMAL nanti duduk rumah Aunty Min jangan nakal-nakal ye. Kesian Aunty Min dan Uncle Jad nak jaga Amal kalau Amal nakal-nakal.” Pesan Rose kepada anaknya lalu mengusap rambut anaknya itu.

Okay mummy Amal pomish Amal tak akal.” Akmal mengangkat tangan kanannya seperti berikrar kepada Rose.

“Kalau Amal nakal, mummy merajuk dengan Amal. Amal nak tak mummy merajuk dengan Amal?” Akmal menggeleng-gelengkan kepalanya.

Monday, 9 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 6



BAB 6

ROSE memandu dengan tenang sesekali dia menjeling sikit ke arah anaknya yang sedang tidur disebelah. Apa yang harus dia lakukan untuk mencari pengganti Arwah Syafiq? Adakah dia mempunyai peluang untuk memiliki lelaki tersebut? Masih wujudkah lelaki yang ingin memiliki wanita yang mempunyai anak pada zaman sekarang? Masih wujud kah? Huh!

Rosalinda Adina bukanlah seorang hamba Allah yang kuat. Bukanlah seorang hamba Allah yang nampak kuat seperti diluarannya. Huh! Semenjak Arwah Syafiq pergi menghadap Ilahi, dia menjadi seorang wanita yang kuat mengeluh. Yang kuat menangis apabila ia melibatkan permata hati yang ditinggalkan oleh Arwah buat dirinya untuk dijaga dan dibelai dengan penuh rasa kasih sayang.

Friday, 6 March 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 16 (TAMAT)



BAB 16

SEMBILAN BULAN KEMUDIAN

AKHIRNYA masalah yang berlaku dulu selesai juga. Mama Rafiq pun dah minta maaf dengan umi. Nasib baik umi ni jenis yang lembut hati, kalau keras hati mahu tak diampunnya dosa mama Rafiq tu. Kami juga sudah berpindah ke Putrajaya. Nasib baik lah, suaminya itu ada kawan dekat Putrajaya. Senang sikit berurusan di sana. Kalau duduk dekat Damansara ni, boleh jadi sengal dia sebab nak menghadap jammed setiap hari.

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 15



BAB 15

SUASANA dalam kereta hanya ditemani dengan bunyi lau dari corong radio aje. Majlis resepsi baru sahaja selesai semalam. Hari ni mereka ingin pulang ke rumah milik Syed Amsyar. Teringat hari resepsi semalam dia berasa geram sangat dengan Rafiq tu, boleh pula dia suruh Syed Amsyar menceraikannya dan berkahwin dengan lelaki itu. Memang gila betul.

“You nak singgah mana-mana tak ni sebelum kita balik rumah?” Soal Syed Amsyar yang tenang memandu itu.

Wednesday, 4 March 2015

Hanya Kau Yang Aku Mahu 5



BAB 5

ROSE keluar daripada kereta setelah dua jam setengah memandu dari KL-Melaka. Penat masa berjumpaan tadi masih tak hilang lagi. Tapi anak lagi penting daripada rasa penatnya itu.

“Assalamualaikum.” Rose memberi salam kepada penghuni rumah tersebut.

Mana mak ni? Dah tidur ke? Bisik hati Rose.

“Assalamualaikum, mak.” Laung Rose lagi

Tuesday, 3 March 2015

Mini Novel : Pilot Itu Penyelamatku 14



BAB 14

HAI pengantin awalnya bangun.” Tegur Dania. Angah ni tak padan dengan perempuan, kalau bercakap memang straight forward. Aku yang selalu selamba ni pun tak ada cakap lepas macam adik aku ni, kata hati Danisha.