BAB
15
ZAFIQ
membuang pandang ke arah tasik dengan pandangan yang tidak dapat
ditafsirkan. Keluar sahaja daripada rumah tadi, dia tidak singgah ke
pejabat tapi dia terus singgah ke tasik ini.
Telinga
dia masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh papanya tadi. Dia
tahu dia salah. Dia tahu dia dah mengasari isteri abang dia. Dia juga
tahu dia dah buat mama papa dan paling penting abang dia marahkan
dia. Kenapa lah dia ni jahat sangat? Kenapa perlu dia rampas hak
orang sedangkan dekat luar sana ada lagi ramai perempuan yang dia
boleh buat isteri. Dia menguak rambutnya kasar ke belakang. Dia
merungkaikan ikatan tali leher yang membelit lehernya. Mata dia masih
dipakukan ke arah tasik yang terbentang luas itu. Air di tasik
sungguh tenang dan tidak setenang hati dia yang tengah sakit ini.