Monday, 28 December 2015

Isteri Tan Sri 2

AQMA FATANAH menguak pintu rumahnya dari luar dan berjalan masuk ke dalam. Dia mengambil tempat pada sofa yang telah usang di ruang tamunya. Tangannya mengibas-ngibas tudung untuk hilangkan rasa panas. Penat pulak hari ni. Selalunya tak ada lah pulak dia penat macam ni.

“Assalamualaikum, Aqma... oh Aqma...”

Kedengaran orang memberi salam di luar rumahnya. Pantas dia bangun dari duduk dan berjalan menuju ke pintu rumah yang terdedah itu. Dari bias matanya, berdiri tegak susuk tubuh milik abang Syauqi, anak Mak Timah. Bibirnya diukirkan senyuman nipis.

“Waalaikumusalam abang. Bila sampai?” Jawab Aqma Fatanah dengan suara yang lembut.

Syauqi yang mendengar balasan Aqma Fatanah itu sudah tersengih. Dia duduk pada tangga rumah pusaka wanita itu.

“Baru je sampai Aqma. Aqma buat apa tu? Tak singgah rumah abang ke?”

Aqma Fatanah menggeleng. Dia setia berdiri di tempatnya itu. Tak tergerak pun untuk menghampiri anak tunggal Mak Timah ini.

“Tak bang. Ni pun Aqma baru lepas balik dari warung Pak Din. Mungkin petang nanti kut Aqma datang rumah abang.” Balas Aqma Fatanah. Masih dengan suara yang lembut.

Syauqi yang mendengar suara Aqma yang lembut itu sudah tersenyum. Gembira hati dia melihat wanita ini baik-baik saja. Dia sudah anggap Aqma ni macam adik dia. Ye lah, dia pun bukannya ada adik. Jadi, dia anggap lah Aqma ni adik dia.

“Banyak ke jualan hari ni Aqma? Abang tengok muka Aqma tu macam penat semacam aje.” Syauqi memandang muka Aqma yang lesu itu. Kesian dia tengok Aqma ni. Muda-muda dah kena sara hidup sendiri.

Aqma Fatanah mengangguk lemah.

“Ha'ah bang. Hari ni banyak pulak tempahannya. Tapi esok macam biasa lah. Tak ada lah penat macam hari ni.”

“Aqma berhenti lah buat kerja macam ni. Abang kesian tengok Aqma buat kerja jual kuih ni. Banyak lagi kerja yang Aqma boleh buat.”

Aqma Fatanah menggeleng.

“Tak boleh bang. Kalau Aqma berhenti, dekat mana lagi Aqma nak cari kerja? Lagi-lagi dengan Aqma yang tak habis sekolah ni, nak ke dia orang terima Aqma bang?”

“Sebab tu lah abang datang jumpa Aqma ni. Kilang yang abang kerja tu, perlukan pekerja cleaner. Dia sediakan tempat tinggal sekali. Abang ingat, abang nak suruh Aqma cuba nasib dekat situ.”

Aqma Fatanah menimbang baik kata-kata lelaki itu. Jadi cleaner? Nak ke dia orang ambil pekerja macam aku? Aku tak kisah aje dapat kerja apa-apa. Janji aku ada duit untuk perbelanjaan seharian aku. Desis Aqma Fatanah dalam hatinya.

“Berapa gaji sebulan bang?”

“900 ringgit sebulan Aqma.”

Banyak jugak. Dia jual kuih dalam sebulan pun tak sampai RM 900. Bibirnya diukirkan senyuman lebar.

“Bila abang nak balik KL semula?”

“Besok abang balik. Kenapa? Aqma setuju ke dengan kerja tu?”

Besok? Nanti Pak Din kata apa pulak bila dia tak hantar kuih lagi dekat warung lelaki tua tu lagi.

“Aqma bukan tak nak bang, Aqma nak. Cuma, nanti apa kata Pak Din bila Aqma tak hantar kuih lagi dekat dia. Kesian dekat dia bang.”

Syauqi mengeluh lemah. Susah pulak macam ni. Dia menggaru kepalanya perlahan.

“Kalau hal Pak Din tu Aqma jangan risau lah. Nanti biar abang yang uruskan. Jadi, Aqma setuju lah ni nak ikut abang pergi KL?”

Dengan teragak-agak Aqma Fatanah mengangguk. Maafkan Aqma Pak Din.

“Kalau Aqma dah setuju, abang balik dulu lah ye. Nanti petang, jangan lupa datang tau.” Pamit lelaki itu.

“In shaa Allah bang.”

Hilang saja kelibat Syauqi daripada pandangan dia, Aqma segera menutup pintu rumah. Dalam sekelip mata dia mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Rezeki dia. Dia tak kisah kerja apa pun. Yang penting halal. Alhamdulillah.
                                                                                             
Ibu ayah, doakan Fatanah supaya dilindungi masa pergi Kuala Lumpur nanti. Doa ibu dan ayah adalah penguat Fatanah untuk mencari rezeki yang halal dekat sana. Semoga ibu dengan ayah tenang di sana. Fatanah di sini tak akan pernah berhenti berdoa untuk ibu dengan ayah. Kata hati Aqma Fatanah.




TAN SRI AHMED DAMIEN melangkah dengan penuh yang bergaya masuk ke dalam kilang yang telah diusahakan oleh arwah papanya dulu. Sekarang ni, giliran dia pula mengambil setelah arwah papanya meninggal. Semua yang lalu dihadapannya menunduk hormat. Tiada senyuman pun yang menghiasi bibir lelaki itu. Dia yang baru hendak membuka pintu biliknya tiba-tiba ditegur oleh setiausahanya.

Why?” Soalnya sepatah sambil menjungkitkan keningnya.

“Hari ni Tan Sri ada appointment dengan syarikat Nusa mengenai komponen kereta pada pukul 10 pagi. Tengahhari pula, Tan Sri ada lunch date dengan Dzarul.” Ujar Karmila sambil menyelak note yang ada di tangan dia. Sesekali dia memandang wajah bosnya itu. Dia merupakan setiausaha yang paling lama bertahan dengan Tan Sri Ahmed Damien. Yang lain, tak sampai sebulan dah berhenti. Tak tahan dengan perangai lelaki yang sorang ni.

“Petang?”

“Petang Tan Sri free.” Jawab Karmila.

Tan Sri Ahmed Damien mengangguk. Dia segera melangkah masuk ke dalam tanpa mengucapkan terima kasih.

Karmila yang memandang sudah menggeleng. Bilalah nak berubah Tan Sri sorang ni. Kerja aje yang dia fikir.

Tan Sri Ahmed Damien meletakkan briefcasenya dia atas meja belakang lalu segera duduk di tempatnya. Dia menghidupkan laptop yang ada di atas meja. Tangan dia sebuk menyelak dokumen mengenai bekalan-bekalan yang di hantar ke syarikat-syarikat besar.

Pintu biliknya dikuak dari luar tanpa di ketuk dahulu. Dia memang pantang dengan orang yang tak ada adab ini. Segera kepalanya dipanggungkan. Susuk tubuh kawannya Dzarul tengah berdiri di hadapan mejanya sambil tersengih-sengih.

“Berapa kali aku nak cakap dengan kau, kalau nak masuk bilik aku, ketuk dulu. Kau ni pekak ke badak?” Marah Tan Sri Ahmed Damien seraya meneruskan kerjanya semula. Sempat lagi dia jeling kawan dia tu.

Dzarul menggarukan kepalanya perlahan. Keningnya berkerut-kerut mendengar kata-kata kawannya itu. Apa yang dia merepek ni?

“Pekak ke badak? Bukan pekak badak ke Mien?” Soal Dzarul dengan wajah yang polos.

Tan Sri Ahmed Damien mendengus.

“Sama je lah tu. Kau tak payah nak banyak mulut sangatlah. Ni apahal kau datang office aku ni? Lunch nanti kita keluar jugak kan?” Ujar Tan Sri Ahmed Damien dingin.

Dzarul menarik kerusi yang ada di hadapannya lalu melabuhkan duduknya di situ. Muka dia tersengih-sengih memandang kawannya itu.

Terjungkit kening Tan Sri Ahmed Damien melihat telatah Dzarul. Dia memandang dengan pandangan yang jengkel.

“Kau ni dah kenapa duk tersengih-sengih macam tu. Gila?” Tempelak Tan Sri Ahmed Damien.

Cemberut muka Dzarul apabila di kata gila oleh kawannya. Tak patut betul. Aku ni belajar sampai overseas, boleh lagi dia kata aku gila. Gerutu Dzarul dalam hatinya.

“Agak-agak lah sikit mulut kau tu Mien. Aku datang office kau ni pun aku tak ada kerja nak buat dekat office bapak aku tu. Tu pun kau nak marah ke? Dah cukup baik tau kau ada kawan macam aku ni. Prihatin pada kawan dia.” Bebel Dzarul. Membebel mengalahkan perempuan.

Tan Sri Ahmed Damien mendengus lagi. Stress betul dapat kawan macam ni. Dekat rumah dia dah kena bebel dengan kakak dia, dekat pejabat pun dia nak kena bebel dengan Dzarul pulak ke?

“Kau boleh stop membebel tak, Dzarul? Macam mana bini kau dekat rumah tu boleh tahan dengan bebelan kau ni?”

Dzarul cebikkan bibirnya.

“Dekat rumah tu bukan aku yang membebel tapi si Rina tu yang duk pot-pet pot-pet aje. Aku dekat rumah baik. Jaga anak aku lagi. Kalau bini aku membebel, aku sumbat kapas dalam telinga. Apa susah.” Di akhir kata itu, Dzarul gelak beria-ria.

Menggeleng kecil Tan Sri Ahmed Damien. Sengal! Dia meneruskan kembali membuat kerjanya. Buang masa layan si Dzarul ni.

Dzarul terus berhenti ketawa bila kawannya itu tidak ketawa bersamanya. Stone cold!

“Kau nak jadi jaga ke dekat sini Dzarul? Tak akan tak ada kerja dekat syarikat bapak kau tu? Menipu je ayat kau tu.” Tanya Tan Sri Ahmed Damien dengan mata di fokuskan pada kerjanya yang bertimbun di atas meja itu.

Dzarul menggeleng kecil.

“Tak ada lah Mien. Aku ni bosan, sebab tu aku datang sini.”

Diam tanpa balasan. Dzarul yang semakin bosan itu segera mendekatkan wajahnya pada wajah kawannya yang sedang khusyuk membuat kerja itu.

“Mien...”

Hmm...”

“Kau tak nak kahwin macam orang lain ke? Best ke hidup single ni? Kau tak teringin nak ada isteri dengan anak macam aku?” Soal Dzarul perlahan.

Tan Sri Ahmed Damien mengangkat kepalanya. Betapa dekatnya wajah Dzarul dengan wajah dia. Segera dia menolak muka lelaki itu menjauhinya. Geli. Dia bukan gay.

“Kau boleh tak tolong jangan nak buat macam tadi?”

Dzarul tersengih-sengih.

Sorry lah tak sengaja.”

Hmm.”

Dzarul mencebikkan bibir. Bosan lah dapat kawan kaku macam ni. Tapi yang kaku ni jugak lah yang dia suka berkawan.

“Mien...” Rengek Dzarul geram.

“Apa dia kau ni?” Marah Tan Sri Ahmed Damien. Orang nak buat kerja pun tak senang tau.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?” Soal Dzarul dengan nada yang tidak puas hati.

“Dengar. Kenapa dengan semua tu?”

Dzarul mengerutkan keningnya. Dia boleh tanya aku kenapa? Huh, memang sah yang kawan dia ni gay.

“Kau tanya aku kenapa Mien? Eh kau tak teringin ke nak kahwin macam aku ni? Seronok tau hidup lepas kahwin ni. Tak akan tak teringin kut?”

Tan Sri Ahmed Damien menjungkitkan bahunya.

“Entah.”

Dzarul merengus geram.

“Ei bosan betullah cakap dekat kau ni. Macam kayu.”

“Kalau bosan tak payah cakap. Aku tak suruh pun kau cakap dengan aku.” Balas Tan Sri Ahmed Damien dengan muka selamba.

Dzarul bangun dari duduknya dengan kasar. Geram!

“Aku balik dululah. Tengahhari nanti kita jumpa. Memang kayu kau ni. Macam mana aku boleh dapat kawan kayu macam kau ni. Tapi yang kayu ni jugak lah aku nak berkawan. Bla bla bla...” Bebel Dzarul sampai lah dia keluar daripada bilik.

Tan Sri Ahmed Damien mengeluh berat. Dia tahu dia salah sebab layan acuh tak acuh kawan dia ni. Dia memang untuk dapat kawan macam Dzarul. Tak ada cacat cela pun kawan dia tu. Dia mengeluh lagi. Sorry Dzarul, aku tak sengaja. Kata hati lelaki itu.

Friday, 13 November 2015

Isteri Tan Sri 1

AQMA FATANAH seorang wanita kampung yang baru saja berumur 17 dan telah kehilangan kedua ibu bapanya. Dia bukan lah cantik mana. Putih tu memang lah tapi dia ni selekeh. Tak ada siapa yang sudi nak pandang. Hidup dia sebagai anak tunggal dan anak yatim piatu tak ada siapa yang peduli kecuali jiran sebelahnya, Mak Timah. Mak Timah bukan lah macam penduduk kampung yang lain yang memandang hina kepadanya. Balu anak satu tu memang baik orangnya malah suka sangat bersedekah. Beruntung abang Syauqi ada mak macam Mak Timah tu. Cemburu? Siapa kata dia tak cemburu. Semenjak dia kehilangan kedua ibu bapanya, dia hanya menumpang kasih daripada wanita tua itu sahaja. Nak tumpang dengan orang lain? Huh... tak ada siapa yang sudi.

Dia menyarung tudung bawal di kepala lalu memasuk kuih-muih yang dia buat pagi tadi ke dalam bakul. Ini aje lah kerja dia semenjak kehilangan kedua ibu bapa dia untuk tampung hidup dia. Selepas kedua ibu bapa dia meninggal, dia terus berhenti sekolah. Ye lah, dia ni bukannya orang senang. Nak sekolah pun dia tak mampu. Jadi, dia ambil keputusan untuk berhenti dan membuat kuih untuk cari duit.

Selesai memasukkan kuih-muih itu ke dalam bakul, dia segera mengangkat bakul itu dan bergerak menuju ke luar rumah. Baru beberapa langkah dia keluar daripada rumah, dia ditegur oleh Mak Timah. Segera dia menghentikan langkahnya.

“Kamu nak pergi hantar kuih ke Aqma? Awalnya.” Tanya Mak Timah seraya menghampiri wanita itu.

Aqma Fatanah menganggukkan kepalanya. Bibirnya diukirkan senyuman nipis.

“Ha'ah Mak Timah. Hari ni, Pak Din mintak lebih sikit kuih. Katanya ada orang pesan banyak. Sebab tu Aqma nak hantar awal hari ni. Kalau Aqma lambat, nanti lari pulak pelanggan Pak Din tu.” Jawab Aqma.

Mak Timah mengeluh kecil. Mata dia memandang susuk tubuh milik Aqma Fatanah yang sudah susut itu. Dulu budak ni tembam aje. Semenjak arwah Nasir dengan arwah Marni meninggal, terus kurus jadinya si Aqma Fatanah ni. Bukan senang nak terima orang yang kita sayang pergi daripada hidup kita. Begitu juga Aqma. Sudah lah berhenti sekolah semenjak dari dia tingkatan 3 lagi. Bukannya tak pandai. Pandai budak Aqma ni cuma dia tak mampu nak bayar yuran sekolah. Dia pun tak mampu nak bantu Aqma ni. Dia bukannya senang sangat. Nak harapkan anaknya yang Syauqi tu, apa lah sangat gaji sebagai pekerja kilang dekat Kuala Lumpur tu. Cukup untuk mereka dua beranak aje.

“Aqma tak nak pergi sekolah ke nak? Tengok kawan-kawan Aqma tu, semuanya pergi ke sekolah sekarang. Aqma tak teringin ke?”

Aqma Fatanah membuang pandang ke arah lain. Tipu lah kalau dia cakap yang dia tak teringin nak pergi sekolah. Dia teringin sangat nak kejar cita-cita dia sebagai seorang arkitek tapi nasib dia dah macam ni, macam mana dia nak teruskan cita-cita dia tu? Dia bukannya ada duit sangat. Duit hasil jualan kuih dia ni pun, dia buat belanja harian dia saja. Mungkin dia tak ada rezeki nak capai cita-cita dia yang satu ni. Mana tahu, cita-cita yang lain menanti kan?

“Bukan Aqma tak nak Mak Timah cuma Aqma tak mampu. Duit jual kuih ni pun bukannya banyak sangat. Arwah ayah dengan ibu pun tak tinggalkan harta untuk Aqma. Mungkin setakat tingkatan 2 aje lah Aqma belajar. Ilmu Allah tu luas Mak Timah. Banyak lagi cara yang Aqma boleh buat untuk belajar. Mak Timah tak payah lah risau. Apa yang penting, Mak Timah jaga lah kesihatan Mak Timah tu baik-baik.” Balas Aqma Fatanah seraya mengusap lembut lengan tua Mak Timah.

Mak Timah tersenyum mendengar kata Aqma Fatanah itu. Dia menarik badan kecil Aqma ke dalam pelukannya. Menitis air mata dia melihat cara hidup Aqma Fatanah ini.

“Kalau Aqma ada masalah atau nak cari kerja, Aqma bagitahu Mak Timah aje ye. Nanti Mak Timah bagitahu abang Syauqi, mana tahu dia ada kerja kosong dekat kilang dia tu. Mak Timah teringin nak tengok kamu kerja senang. Setakat jual kuih ni, apalah sangat nak.”

Aqma Fatanah mengangguk bagi mengiyakan kata-kata Mak Timah itu.

“Kalau ada rezeki saya Mak Timah. Aqma pergi dulu lah ye. Nanti bising pulak Pak Din tu kenapa Aqma hantar kuih ni lambat.”

Mak Timah melepaskan pelukannya lalu mengusap pipi Aqma Fatanah lembut.

Ye lah. Kamu jalan baik-baik nak pergi kedai Pak Din tu. Dah habis hantar kuih, terus balik. Tak payah kamu nak pergi ke sungai. Bukan kamu tak tahu dekat situ ramai geng mat-mat motor dekat situ. Mak Timah bukan apa. Mak Timah risaukan kamu.”

Aqma Fatanah ketawa kecil sambil menggeleng.

“Baik lah Mak Timah. Aqma gerak dulu ye.”

Melihat anggukkan di wajah tua itu, Aqma Fatanah segera berlalu daripada situ. Bibirnya melepaskan keluhan kecil. Kenapa harus begini jalan cerita hidup dia? Dia berasa terhutang budi dengan kebaikan Mak Timah. Sampai satu tahap, dia tak boleh terima kebaikan Mak Timah tu. Dia bukannya apa, mulut orang kampung ni dia tak boleh nak jaga. Ashik nak menjaja cerita buruk pasal dia aje. Apa salah dia pun, dia tak tahu.




SAMPAI aje di warung Pak Din, Aqma segera meletakkan bakul yang berisi kuih-muih itu di atas meja. Dia menghadiahkan senyumannya kepada lelaki tua itu.

“Pak Din ingat kamu lambat hari ni. Nasib baik cikgu sekolah tu tak datang lagi. Kalau tidak, rugi Pak Din.” Bebel orang tua itu.

Aqma Fatanah hanya mendengar sahaja. Tangan dia lincah mengeluarkan kuih-muih itu daripada bakul. Selesai mengeluarkan kuih-muih itu, Aqma segera memandang ke arah pemilik warung itu.

“Esok ada apa-apa tempahan ke Pak Din? Kalau tak ada, Aqma boleh buat kuih macam biasa.” Ujar Aqma Fatanah dengan suara yang lembut.

Pak Din menggelengkan kepalanya.

“Tak ada. Kamu buat lah macam biasa.” Balas Pak Din. “Ni duit hasil jualan semalam. Pak Din ada bagi lebih tu. Semenjak kamu menjual kuih dekat sini, makin ramai datang kedai Pak Din ni. Mungkin sebab kuih kamu yang sedap tu agaknya.” Sambung orang tua itu lagi.

Aqma Fatanah ketawa kecil. Apalah sangat yang sedapnya. Setakat buat kuih seri muka dengan karipap, tak ada apa yang sedap. Orang lain pun boleh buat jugak. Macam-macam sungguh perangai orang tua ni.

“Ada-ada aje lah Pak Din ni. Aqma balik dulu lah ye. Terima kasih Pak Din.” Pamit Aqma Fatanah.

Ah ye lah, jalan baik-baik.” Pesan Pak Din.

Aqma Fatanah mengangguk lalu melangkah keluar daripada warung orang tua itu. Dia mengucap syukur dalam hati. Berkat dia belajar buat kuih daripada arwah ibunya dulu, akhirnya dia dapat jual kuih-muih daripada hasil tangan dia sendiri. Alhamdulillah.




DATIN MASTURA mengetuk pintu bilik adiknya berkali-kali. Naik lenguh tangan dia ni daripada tadi duk mengetuk pintu bilik adik dia tapi tuan dalam bilik ni langsung tak reti nak bukak pintu. Tangan dia mengetuk lagi pintu bilik itu. Tetap tidak di buka. Dia sudah mendengus kasar. Kalau tak nak bukak sudah. Bukan susah pun nak bukak pintu tu. Lebih baik dia pergi makan lagi bagus. Orang ajak makan, liat sangat nak keluar daripada bilik tu.

Baru berapa langkah dia bergerak, tiba-tiba pintu bilik di kuak dari dalam. Dia memusingkan badannya ke belakang lalu memandang sinis ke arah adiknya.

“Apahal susah sangat Damien nak bukak pintu? Ingat tangan akak ni robot ke ashik nak mengetuk aje pintu bilik Mien tu?” Bebel Datin Mastura sambil berjalan masuk ke dalam bilik adiknya.

Tan Sri Ahmed Damien yang malas mendengar kakaknya membebel segera mencapai tali leher dan digantungkan dilehernya. Lincah aje tangan dia mengikat tali leher itu. Kakak dia yang berdiri di tepi dia dengan perut yang besar macam bola itu langsung dia tak pandang. Malas. Nanti buat sakit telinga dia aje nak dengar kakak dia membebel. Orang mengandung ni memang sentitif terlebih agaknya.

Datin Mastura memeluk tubuh dengan mata memandang susuk tubuh adiknya yang sasa serta tinggi itu. Adik dia ni bukannya tak kacak. Kacak. Tapi perangai dingin dia tu tak ada seorang perempuan pun yang berani dekat. Pandang tu mungkin lah, kalau nak dekat tu, fikir seratus kali agaknya. Pernah dia nampak adik dia marah seorang perempuan yang cuba menghulur salam perkenalan. Terkulat-kulat perempuan tu tahan malu bila kena marah depan orang ramai. Memang tak pandai jaga perasaan orang betul adik dia ni. Start daripada hari tu, sorang pun tak berani tegur adik dia ni. Garang mengalahkan king kong. Umur dah 32 tahun pun tak reti-reti nak kahwin lagi. Pening kepala dia dibuatnya. Dia pun ada tanggungjawab dia sendiri. Sampai bila adik dia ni nak menempel dekat bawah ketiak dia aje. Adik dia ni bukannya tak kaya. Kaya. Kalau tak kaya, tak ada pangkat Tan Sri depan pangkal nama adik dia tu. Umur 28 tahun dah dapat pangkat Tan Sri tu. Memang ikut perangai arwah papa sungguh.

“Akak buat apa tercegat dalam bilik Mien ni? Mien bukannya tak ada kaki sampai tak boleh jalan turun ke bawah sendiri. Mien tak perlukan khidmat akak pun.” Balas Tan Sri Ahmed Damien sinis. Dia mengambil briefcase di atas sofa lantas dia membawa langkah keluar daripada bilik.

Datin Mastura hanya mengekor saja langkah adiknya.

“Mien, sampai bila Mien nak sendiri macam ni? Tak teringin ke nak berkahwin macam orang lain? Akak risau tengok Mien macam ni. Kalau Mien tak ada calon, meh sini akak tolong carikan untuk Mien. Do you want it? Akak ada ramai kawan yang boleh Mien kenal. Lagipun, ramai kawan-kawan akak suka dekat Mien tau.” Ujar Datin Mastura. Kaki dia masih mengikut ke mana adik dia pergi.

Tan Sri Ahmad Damien hanya memekakkan telinganya sahaja. Rimas. Tak habis-habis kahwin. Bosan! Sampai saja di meja makan, Tan Sri Ahmed Damien segera melabuhkan duduknya di sebelah kiri abang iparnya. Datin Mastura pula mengambil tempat di sebelah kanan suaminya. Datuk Khalid hanya memerhati perilaku adik-beradik itu. Nak masuk campur, nanti sia-sia aje tak kena layan. Lebih baik dia makan, kenyang jugak perut dia ni.

“Mien dengar tak ni?” Bentak Datin Mastura. Geram betul dia dengan adik dia ni. Dingin semedang aje. Orang bukan cakap dengan tiang. Dengan manusia. Tapi duk buat tak kisah aje dengan kata-kata dia tu.

“Dengar.” Sepatah Tan Sri Ahmed Damien membalas. Tak kuasa nak cakap panjang-panjang. No points!

“Kalau dengar, Mien setuju tak akak cari calon untuk Mien?”

“Tak!” Keras Tan Sri Ahmed Damien membalas. Dia tak suka hidup dia di atur oleh orang. Dia dah besar. Bukan budak kecik yang nak kena dengar semua orang cakap.

Datin Mastura mendengus. Dia mencapai garfu dengan kasar lalu menyumbat pasta carbonara itu ke dalam mulut. Bengang betul dia dengan adik dia ni. Ada jugak dia tumbuk budak sorang ni karang. Orang nak dia bahagia dengan berkahwin tapi langsung tak nak dengar cakap orang. Ashik nak ikut kepala dia aje.

Tan Sri Ahmed Damien cepat-cepat menghabiskan makanannya lalu segera bangun dari duduknya. Datin Mastura pula hanya memandang dengan pandangan yang jengkel. Hidup dia ni ashik kerja... kerja... kerja... kerja. Nasib baik laki dia tak macam tu. Kalau tak, memang habis dia basuhkan suami dia ni.

“Mien pergi dulu. Malam ni Mien balik lambat. Akak tak payah tunggu Mien. Masak pun tak payah banyak-banyak. Membazir aje. Yang makan pun nanti tong sampah.” Pesan Tan Sri Ahmed Damien tanpa memandang wajah kakak dan abang iparnya. Kaki dia laju berjalan keluar daripada rumah agam yang macam istana itu.

Hilang saja Tan Sri Ahmed Damien daripada pandangan Datin Mastura, segera wanita itu menghempas sudu dengan kasar ke dalam pinggan. Sesak betul dada dia ni melayan perangai dingin adik dia tu. Huh!

Datuk Khalid yang baru hendak menyuap pasta ke dalam mulut terus terbantut apabila terdengar sudu di hentak ke dalam pinggan dengan kuat. Dia menelan air liurnya perlahan. Nampaknya gunung berapi dah nak meletup. Lebih baik dia pergi kerja sekarang. Nanti bengkak telinga dia ni nak dengar isteri dia membebel.

“Abang pergi dulu ye sayang. Jangan naughty naughty. Kesian baby kita nanti.” Ujar Datuk Khalid seraya mencium ubun-ubun isterinya. Sempat lagi dia mencium perut isterinya itu. Semenjak mengandung kali kedua ni, makin menjadi-jadi perangai isteri dia ni. Nasib baik dia ni jenis yang penyabar. Kalau tak, dah lama dia cari orang lain. Tapi... kalau nak cari orang lain, mesti dia tak akan dapat yang macam isteri dia ni. Satu dalam sejuta. Berdesup dia berjalan keluar daripada rumah. Takut kena bebel.

Datin Mastura sudah memandang dengan pandangan yang tidak puas hati langkah suaminya itu. Suami dia ni macam tahu-tahu aje yang gunung berapi dia nak meletup. Berdesup dia tinggalkan rumah ni. Sengaja betul.

“Tuti!!!” Laung Datin Mastura lantang.

Tuti yang daripada dapur itu laju melangkah menghampiri majikannya. Takut kena marah. Kalau kena marah, habis lah dia kena pecat. Dekat mana lagi dia nak cari kerja? Hu hu hu.

Ye Datin.” Nasib baik dia fasih berbahasa melayu. Kalau tidak, tergeliat lidah dia ni nak cakap bahasa melayu nanti.

“Kemas semua ni. Saya nak naik atas tengok anak saya. Lagi satu, tolong kemaskan bilik Tan Sri ye. Dah macam tongkang pecah dah saya tengok tadi.” Pesan Datin Mastura.

Terdiam Tuti mendengar arahan Datin Mastura itu. Kemaskan bilik Tan Sri? Aduh, tak sanggup dia nak kena marah dengan lelaki tu lagi. Gerun. Insaf dibuatnya.

Err Datin... bukan ke Tan Sri tak suka orang luar sesuka hati masuk bilik dia? Err... saya takut kena marah lagi lah datin.” Ujar Tuti takut-takut. Dia meramas-ramas jari-jemarinya.

Datin Mastura mengeluh lalu mengusap perutnya perlahan.

“Awak kemas aje. Kalau dia marah, biar saya yang uruskan nanti. Yang pasti bilik dia kemas. Saya punya mata ni sakit menengokknya. Kepala pun naik serabut.” Ucap Datin Mastura perlahan. Kepala dia ni makin serabut dengan adik dia tu.

Teragak-agak Tuti mengangguk. Kalau dia kena marah sekali lagi nanti, dia redha. Berserah saja.


“Saya naik atas dulu.” Datin Mastura segera bangun daripada duduknya dan melangkah naik ke atas. Hilang selera dia nak makan. Lama-lama dia boleh kena darah tinggi melayan perangai adik dia yang sorang tu. Jangan lah Khalif ikut perangai daddy Mien dia sudah. Pening.

Thursday, 28 May 2015

Dia, Profesional Killer 8



SUDAH sebulan mereka mendirikan rumah tangga. Terasa macam baru semalam mereka berkahwin. Sekejap sangat. Naina yang sedang memakai tudung itu terkejut apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Dari biasan cermin, dia dapat melihat wajah sang suami yang sedang menongkat dagu sambil tersenyum menggoda itu. Tanpa mempedulikan suami dia, dia terus melilit tudung di kepala.
"Sayang..."
"Hmm..."

Dia, Profesional Killer 7




DARIPADA tadi Naina ashik bermundar-mandir di dalam biliknya. Risau dia memikirkan apa yang reaksi yang perlu dia bagi pada Aatif bila lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Pening kepalanya duk memikirkan daripada tadi tapi satu pun dia tak dapat idea.
Pintu biliknya terkuak daripada luar. Mati terus gerakan Naina. Alamak, dia dah masuk pulak.
Aatif yang melihat isteri yang baru dinikahi berapa jam yang lepas itu tersenyum. Berdiri macam patung. Comel, desis hati Aatif. Dia berjalan menghampir Naina lalu tangannya memeluk pinggang ramping wanita itu. Dia menciun rambut Naina. Wangi!

Dia, Profesional Killer 6


DUA BULAN KEMUDIAN
NAINA membaca surat khabar dengan senyuman sinis.
PENJENAYAH YANG DIBERKAS, AKHIRNYA TELAH DI BERI HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI. Tajuk besar di muka hadapan surat khabar. Terpempang besar-besar gambar Hakimi di hadapan muka surat khabar itu. Kau tak selamanya menang Hakimi. Akhirnya... kau jatuh jugak. Desis Naina dalam hatinya. Bibirnya tetap mengukir senyuman sinis.
"Naina..." Laung Datin Amalin dari bawah. Naina mengcampakkan surat khabar itu pada meja dalam biliknya.

Dia, Profesional Killer 5



AATIF menyandarkan badannya lemah ke sofa. Dia masih tak boleh terima yang Naina tu adalah orang suruhan Hakimi. Dan yang paling dia tak sangka, dia boleh jatuh cinta dengan seseorang yang ingin membunuhnya. Dia meraup rambutnya kasar. Hakimi... kau tak akan terlepas dari genggaman aku. Desis Aatif perlahan.
Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendial nombor orang suruhannya.
"Bob, ambil aku." Arah Aatif.

Tuesday, 5 May 2015

Dia, Profesional Killer 4



NAINA merebahkan badannya dengan kasar ke tilam. Kata-kata yang keluar daripada mulut Aatif masih terngiang-ngiang di telinganya. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Lelaki tu dah tahu nama dia dan lelaki tu juga ramai pengaruh. Bila-bila masa aje identitinya akan diketahui oleh lelaki tu. Ya Allah, berat sungguh ujianMu ini.
Telefon Naina berdering mintak di angkat. Dengan segera Naina mengangkat tanpa melihat skrin.

Monday, 4 May 2015

Dia, Profesional Killer 3



ANASTASYA, teman I lunch.” Ujar Aatif.
Naina yang sedang membuat kerja terus mendongakkan kepalanya memandang ke arah Aatif. Lelaki itu duduk di tempatnya dengan mata di arahkan ke arah Naina.
Hakimi tak bunuh Tengku ni sendiri? Dasar pengecut. Kalau kau dah berdendam dengan dia, kenapa kau tak bunuh sendiri bangang. Gerutu Naina dalam hatinya.

Dia, Profesional Killer 2



I harap you akan selesa bekerja dengan I sebab I jarang ada di office. So, as my PA, you should to follow where I go.” Ujar Aatif.
Naina hanya mengangguk mengikut arahan lelaki itu. Sabar Naina, ini semua sementara. Kata hati Naina.
“Mana tempat I dekat pejabat ni?”

Dia, Profesional Killer 1




KALAU kau nak keluarga kau selamat, kau kena ikut arahan aku.” Tengking Hakimi.
Dada Naina berombak-ombak mendengar arahan daripada lelaki itu. Dasar jantan tak guna, jerit Naina dalam hatinya.
          “Aku tak nak jadi pembunuh Kimi. Tolong lepaskan keluarga aku. Mereka langsung tak bersalah.” Rayu Naina. Dia tak betah nak biarkan keluarganya menjadi galang ganti. Kalau Hakimi nak bunuh dia, dia langsung tak kisah. Asalkan, keluarga dia tak diapa-apakan.

Monday, 20 April 2015

Suami Unexpected 15



BAB 15

ZAFIQ membuang pandang ke arah tasik dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Keluar sahaja daripada rumah tadi, dia tidak singgah ke pejabat tapi dia terus singgah ke tasik ini.
Telinga dia masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh papanya tadi. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia dah mengasari isteri abang dia. Dia juga tahu dia dah buat mama papa dan paling penting abang dia marahkan dia. Kenapa lah dia ni jahat sangat? Kenapa perlu dia rampas hak orang sedangkan dekat luar sana ada lagi ramai perempuan yang dia boleh buat isteri. Dia menguak rambutnya kasar ke belakang. Dia merungkaikan ikatan tali leher yang membelit lehernya. Mata dia masih dipakukan ke arah tasik yang terbentang luas itu. Air di tasik sungguh tenang dan tidak setenang hati dia yang tengah sakit ini.

Suami Unexpected 14



BAB 14

AKU menutup pintu bilik perlahan-lahan sebab tak nak menganggu tidur Zamir yang baru tertidur itu. Biasalah kalau dah cuti, dia bantai lah tidur lepas subuh.

Zafiq yang turut baru keluar daripada bilik itu terus menghampiri wanita kesayangannya.

“Awal Qisha bangun hari ni. Abang Mir mana?” Soal Zafiq apabila berdiri di sebelah aku.

Suami Unexpected 13



BAB 13

MACAM mana duduk sini Qisha, seronok?” Soal Tengku Maria kepada menantunya.

Aku hanya mengangguk. Tak akan nak menggeleng pulak kan?

“Seronok ma.”

Suami Unexpected 12



BAB 12

MEREKA berdua melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Tengku Ziqri dan Tengku Maria sambil berpegang tangan. Sebelah lagi tangan milik Zamir menarik beg baju mereka. Masuk saja ke dalam rumah, mata mereka meliar mencari kelibat orang di dalam rumah itu.

Mana dia orang semua bang? Tak nampak pun.” Ujar aku kepada Zamir. Sempat lagi mata aku ni melihat kemewahan dan kekemasan rumah Zamir ni. Memang sedap mata memandang. Cantik pulak tu.

Zamir mengangkat bahu menandakan dirinya tidak tahu.

Suami Unexpected 11



BAB 11

AKU melabuhkan duduk pada kerusi kosong yang ada di taman itu. Penat layan tetamu tak payah nak cakap lah. Memang kejang pipi dia ni ashik duk senyum. Tapi yang paling memenatkan ialah pinggang dia ni, ashik di peluk aje dengan encik suami. Ada jugak patah pinggang ramping dia ni.

Terasa ada seseorang duduk di sebelah kanannya. Terus dia memandang ke arah kanan. Terbias di matanya wajah Zafiq, calon suami tak jadi tengah tersenyum kepadanya.

Thursday, 9 April 2015

SE Pilot Itu Penyelamatku



SYED AMSYAR begitu leka mencari ikan di pasar raya tesco. Semenjak kahwin ni, dia dah tak kisah kalau mengikut isterinya pergi ke sini. Bila mereka ada masa saja, baru mereka akan singgah ke sini. Tiba-tiba hujung baju dia ditarik oleh seseorang. Syed Amsyar menundukkan kepalanya dan mengangkat kening ke arah anaknya.
“Kenapa SAD?” Soal Syed Amsyar lembut.
“Mama mana?” Balas Syed Aatif Dahin.

Monday, 6 April 2015

Takdir Cinta Iqlima Bab 3



BAB 3

SELEPAS menghantar Zaim dan Aqil pulang di muka pintu, Iqlima terus merebahkan badannya di sofa. Jantung dia ni memang tak payah nak cakap lah, ashik nak berdegup aje. Sungguh dia tak sangka yang dia akan berjumpa lelaki itu di rumahnya. Dan yang paling dia tak sangka, Zaim tu housemate Aqil. Memang kecik betul dunia ni.

Atifah yang nampak kawannya duduk di sofa itu, terus melabuhkan duduknya di sebelah Iqlima.

“Fah...” Panggil Iqlima.

Sunday, 5 April 2015

Qaseh Alana Bab 10



BAB 10

QASEH ALANA menarik kerusi dengan lembut lalu melabuhkan duduk di situ. Dia memandang ke arah Izham yang sedang tersenyum kepadanya. Berat pula bibir dia ni untuk mengukirkan senyumam buat lelaki ni. Kalau tidak, selalu mulut dia ni ringan aje nak senyum. Mungkin sebab kejadian tadi, bibir dia terasa berat untuk tersenyum agaknya. Bila teringat kejadian tadi, dia ingat lagi reaksi Tengku Asytar masa Izham datang ambil dia. Jelas yang lelaki itu tidak suka tapi kenapa Tengku Asytar boleh jadi macam tu? Kalau betul Tengku Asytar suka dia, kenapa lelaki tu tak berterus terang aje? Kenapa buat dia tertanya-tanya? Huh.

Saturday, 4 April 2015

Qaseh Alana Bab 9




BAB 9

SEORANG lelaki berjalan masuk ke dalam DTF SDN BHD dengan langkah penuh bergaya. Tangan kananya di masukkan ke dalam poket seluar manakala yang sebelah lagi membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas.

Qaseh Alana yang sedang rancak berborak dengan Kak Sira di meja penyambut tetamu itu langsung tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu. Apabila lelaki itu berhenti di hadapan meja penyambut tetamu, terus kedua-dua wanita itu memandang ke arahnya. Qaseh Alana memandang ke arah lelaki itu sambil mengangkat keningnya. Siapa pulak dia ni? Detik Qaseh Alana dalam hatinya.