Friday, 13 November 2015

Isteri Tan Sri 1

AQMA FATANAH seorang wanita kampung yang baru saja berumur 17 dan telah kehilangan kedua ibu bapanya. Dia bukan lah cantik mana. Putih tu memang lah tapi dia ni selekeh. Tak ada siapa yang sudi nak pandang. Hidup dia sebagai anak tunggal dan anak yatim piatu tak ada siapa yang peduli kecuali jiran sebelahnya, Mak Timah. Mak Timah bukan lah macam penduduk kampung yang lain yang memandang hina kepadanya. Balu anak satu tu memang baik orangnya malah suka sangat bersedekah. Beruntung abang Syauqi ada mak macam Mak Timah tu. Cemburu? Siapa kata dia tak cemburu. Semenjak dia kehilangan kedua ibu bapanya, dia hanya menumpang kasih daripada wanita tua itu sahaja. Nak tumpang dengan orang lain? Huh... tak ada siapa yang sudi.

Dia menyarung tudung bawal di kepala lalu memasuk kuih-muih yang dia buat pagi tadi ke dalam bakul. Ini aje lah kerja dia semenjak kehilangan kedua ibu bapa dia untuk tampung hidup dia. Selepas kedua ibu bapa dia meninggal, dia terus berhenti sekolah. Ye lah, dia ni bukannya orang senang. Nak sekolah pun dia tak mampu. Jadi, dia ambil keputusan untuk berhenti dan membuat kuih untuk cari duit.

Selesai memasukkan kuih-muih itu ke dalam bakul, dia segera mengangkat bakul itu dan bergerak menuju ke luar rumah. Baru beberapa langkah dia keluar daripada rumah, dia ditegur oleh Mak Timah. Segera dia menghentikan langkahnya.

“Kamu nak pergi hantar kuih ke Aqma? Awalnya.” Tanya Mak Timah seraya menghampiri wanita itu.

Aqma Fatanah menganggukkan kepalanya. Bibirnya diukirkan senyuman nipis.

“Ha'ah Mak Timah. Hari ni, Pak Din mintak lebih sikit kuih. Katanya ada orang pesan banyak. Sebab tu Aqma nak hantar awal hari ni. Kalau Aqma lambat, nanti lari pulak pelanggan Pak Din tu.” Jawab Aqma.

Mak Timah mengeluh kecil. Mata dia memandang susuk tubuh milik Aqma Fatanah yang sudah susut itu. Dulu budak ni tembam aje. Semenjak arwah Nasir dengan arwah Marni meninggal, terus kurus jadinya si Aqma Fatanah ni. Bukan senang nak terima orang yang kita sayang pergi daripada hidup kita. Begitu juga Aqma. Sudah lah berhenti sekolah semenjak dari dia tingkatan 3 lagi. Bukannya tak pandai. Pandai budak Aqma ni cuma dia tak mampu nak bayar yuran sekolah. Dia pun tak mampu nak bantu Aqma ni. Dia bukannya senang sangat. Nak harapkan anaknya yang Syauqi tu, apa lah sangat gaji sebagai pekerja kilang dekat Kuala Lumpur tu. Cukup untuk mereka dua beranak aje.

“Aqma tak nak pergi sekolah ke nak? Tengok kawan-kawan Aqma tu, semuanya pergi ke sekolah sekarang. Aqma tak teringin ke?”

Aqma Fatanah membuang pandang ke arah lain. Tipu lah kalau dia cakap yang dia tak teringin nak pergi sekolah. Dia teringin sangat nak kejar cita-cita dia sebagai seorang arkitek tapi nasib dia dah macam ni, macam mana dia nak teruskan cita-cita dia tu? Dia bukannya ada duit sangat. Duit hasil jualan kuih dia ni pun, dia buat belanja harian dia saja. Mungkin dia tak ada rezeki nak capai cita-cita dia yang satu ni. Mana tahu, cita-cita yang lain menanti kan?

“Bukan Aqma tak nak Mak Timah cuma Aqma tak mampu. Duit jual kuih ni pun bukannya banyak sangat. Arwah ayah dengan ibu pun tak tinggalkan harta untuk Aqma. Mungkin setakat tingkatan 2 aje lah Aqma belajar. Ilmu Allah tu luas Mak Timah. Banyak lagi cara yang Aqma boleh buat untuk belajar. Mak Timah tak payah lah risau. Apa yang penting, Mak Timah jaga lah kesihatan Mak Timah tu baik-baik.” Balas Aqma Fatanah seraya mengusap lembut lengan tua Mak Timah.

Mak Timah tersenyum mendengar kata Aqma Fatanah itu. Dia menarik badan kecil Aqma ke dalam pelukannya. Menitis air mata dia melihat cara hidup Aqma Fatanah ini.

“Kalau Aqma ada masalah atau nak cari kerja, Aqma bagitahu Mak Timah aje ye. Nanti Mak Timah bagitahu abang Syauqi, mana tahu dia ada kerja kosong dekat kilang dia tu. Mak Timah teringin nak tengok kamu kerja senang. Setakat jual kuih ni, apalah sangat nak.”

Aqma Fatanah mengangguk bagi mengiyakan kata-kata Mak Timah itu.

“Kalau ada rezeki saya Mak Timah. Aqma pergi dulu lah ye. Nanti bising pulak Pak Din tu kenapa Aqma hantar kuih ni lambat.”

Mak Timah melepaskan pelukannya lalu mengusap pipi Aqma Fatanah lembut.

Ye lah. Kamu jalan baik-baik nak pergi kedai Pak Din tu. Dah habis hantar kuih, terus balik. Tak payah kamu nak pergi ke sungai. Bukan kamu tak tahu dekat situ ramai geng mat-mat motor dekat situ. Mak Timah bukan apa. Mak Timah risaukan kamu.”

Aqma Fatanah ketawa kecil sambil menggeleng.

“Baik lah Mak Timah. Aqma gerak dulu ye.”

Melihat anggukkan di wajah tua itu, Aqma Fatanah segera berlalu daripada situ. Bibirnya melepaskan keluhan kecil. Kenapa harus begini jalan cerita hidup dia? Dia berasa terhutang budi dengan kebaikan Mak Timah. Sampai satu tahap, dia tak boleh terima kebaikan Mak Timah tu. Dia bukannya apa, mulut orang kampung ni dia tak boleh nak jaga. Ashik nak menjaja cerita buruk pasal dia aje. Apa salah dia pun, dia tak tahu.




SAMPAI aje di warung Pak Din, Aqma segera meletakkan bakul yang berisi kuih-muih itu di atas meja. Dia menghadiahkan senyumannya kepada lelaki tua itu.

“Pak Din ingat kamu lambat hari ni. Nasib baik cikgu sekolah tu tak datang lagi. Kalau tidak, rugi Pak Din.” Bebel orang tua itu.

Aqma Fatanah hanya mendengar sahaja. Tangan dia lincah mengeluarkan kuih-muih itu daripada bakul. Selesai mengeluarkan kuih-muih itu, Aqma segera memandang ke arah pemilik warung itu.

“Esok ada apa-apa tempahan ke Pak Din? Kalau tak ada, Aqma boleh buat kuih macam biasa.” Ujar Aqma Fatanah dengan suara yang lembut.

Pak Din menggelengkan kepalanya.

“Tak ada. Kamu buat lah macam biasa.” Balas Pak Din. “Ni duit hasil jualan semalam. Pak Din ada bagi lebih tu. Semenjak kamu menjual kuih dekat sini, makin ramai datang kedai Pak Din ni. Mungkin sebab kuih kamu yang sedap tu agaknya.” Sambung orang tua itu lagi.

Aqma Fatanah ketawa kecil. Apalah sangat yang sedapnya. Setakat buat kuih seri muka dengan karipap, tak ada apa yang sedap. Orang lain pun boleh buat jugak. Macam-macam sungguh perangai orang tua ni.

“Ada-ada aje lah Pak Din ni. Aqma balik dulu lah ye. Terima kasih Pak Din.” Pamit Aqma Fatanah.

Ah ye lah, jalan baik-baik.” Pesan Pak Din.

Aqma Fatanah mengangguk lalu melangkah keluar daripada warung orang tua itu. Dia mengucap syukur dalam hati. Berkat dia belajar buat kuih daripada arwah ibunya dulu, akhirnya dia dapat jual kuih-muih daripada hasil tangan dia sendiri. Alhamdulillah.




DATIN MASTURA mengetuk pintu bilik adiknya berkali-kali. Naik lenguh tangan dia ni daripada tadi duk mengetuk pintu bilik adik dia tapi tuan dalam bilik ni langsung tak reti nak bukak pintu. Tangan dia mengetuk lagi pintu bilik itu. Tetap tidak di buka. Dia sudah mendengus kasar. Kalau tak nak bukak sudah. Bukan susah pun nak bukak pintu tu. Lebih baik dia pergi makan lagi bagus. Orang ajak makan, liat sangat nak keluar daripada bilik tu.

Baru berapa langkah dia bergerak, tiba-tiba pintu bilik di kuak dari dalam. Dia memusingkan badannya ke belakang lalu memandang sinis ke arah adiknya.

“Apahal susah sangat Damien nak bukak pintu? Ingat tangan akak ni robot ke ashik nak mengetuk aje pintu bilik Mien tu?” Bebel Datin Mastura sambil berjalan masuk ke dalam bilik adiknya.

Tan Sri Ahmed Damien yang malas mendengar kakaknya membebel segera mencapai tali leher dan digantungkan dilehernya. Lincah aje tangan dia mengikat tali leher itu. Kakak dia yang berdiri di tepi dia dengan perut yang besar macam bola itu langsung dia tak pandang. Malas. Nanti buat sakit telinga dia aje nak dengar kakak dia membebel. Orang mengandung ni memang sentitif terlebih agaknya.

Datin Mastura memeluk tubuh dengan mata memandang susuk tubuh adiknya yang sasa serta tinggi itu. Adik dia ni bukannya tak kacak. Kacak. Tapi perangai dingin dia tu tak ada seorang perempuan pun yang berani dekat. Pandang tu mungkin lah, kalau nak dekat tu, fikir seratus kali agaknya. Pernah dia nampak adik dia marah seorang perempuan yang cuba menghulur salam perkenalan. Terkulat-kulat perempuan tu tahan malu bila kena marah depan orang ramai. Memang tak pandai jaga perasaan orang betul adik dia ni. Start daripada hari tu, sorang pun tak berani tegur adik dia ni. Garang mengalahkan king kong. Umur dah 32 tahun pun tak reti-reti nak kahwin lagi. Pening kepala dia dibuatnya. Dia pun ada tanggungjawab dia sendiri. Sampai bila adik dia ni nak menempel dekat bawah ketiak dia aje. Adik dia ni bukannya tak kaya. Kaya. Kalau tak kaya, tak ada pangkat Tan Sri depan pangkal nama adik dia tu. Umur 28 tahun dah dapat pangkat Tan Sri tu. Memang ikut perangai arwah papa sungguh.

“Akak buat apa tercegat dalam bilik Mien ni? Mien bukannya tak ada kaki sampai tak boleh jalan turun ke bawah sendiri. Mien tak perlukan khidmat akak pun.” Balas Tan Sri Ahmed Damien sinis. Dia mengambil briefcase di atas sofa lantas dia membawa langkah keluar daripada bilik.

Datin Mastura hanya mengekor saja langkah adiknya.

“Mien, sampai bila Mien nak sendiri macam ni? Tak teringin ke nak berkahwin macam orang lain? Akak risau tengok Mien macam ni. Kalau Mien tak ada calon, meh sini akak tolong carikan untuk Mien. Do you want it? Akak ada ramai kawan yang boleh Mien kenal. Lagipun, ramai kawan-kawan akak suka dekat Mien tau.” Ujar Datin Mastura. Kaki dia masih mengikut ke mana adik dia pergi.

Tan Sri Ahmad Damien hanya memekakkan telinganya sahaja. Rimas. Tak habis-habis kahwin. Bosan! Sampai saja di meja makan, Tan Sri Ahmed Damien segera melabuhkan duduknya di sebelah kiri abang iparnya. Datin Mastura pula mengambil tempat di sebelah kanan suaminya. Datuk Khalid hanya memerhati perilaku adik-beradik itu. Nak masuk campur, nanti sia-sia aje tak kena layan. Lebih baik dia makan, kenyang jugak perut dia ni.

“Mien dengar tak ni?” Bentak Datin Mastura. Geram betul dia dengan adik dia ni. Dingin semedang aje. Orang bukan cakap dengan tiang. Dengan manusia. Tapi duk buat tak kisah aje dengan kata-kata dia tu.

“Dengar.” Sepatah Tan Sri Ahmed Damien membalas. Tak kuasa nak cakap panjang-panjang. No points!

“Kalau dengar, Mien setuju tak akak cari calon untuk Mien?”

“Tak!” Keras Tan Sri Ahmed Damien membalas. Dia tak suka hidup dia di atur oleh orang. Dia dah besar. Bukan budak kecik yang nak kena dengar semua orang cakap.

Datin Mastura mendengus. Dia mencapai garfu dengan kasar lalu menyumbat pasta carbonara itu ke dalam mulut. Bengang betul dia dengan adik dia ni. Ada jugak dia tumbuk budak sorang ni karang. Orang nak dia bahagia dengan berkahwin tapi langsung tak nak dengar cakap orang. Ashik nak ikut kepala dia aje.

Tan Sri Ahmed Damien cepat-cepat menghabiskan makanannya lalu segera bangun dari duduknya. Datin Mastura pula hanya memandang dengan pandangan yang jengkel. Hidup dia ni ashik kerja... kerja... kerja... kerja. Nasib baik laki dia tak macam tu. Kalau tak, memang habis dia basuhkan suami dia ni.

“Mien pergi dulu. Malam ni Mien balik lambat. Akak tak payah tunggu Mien. Masak pun tak payah banyak-banyak. Membazir aje. Yang makan pun nanti tong sampah.” Pesan Tan Sri Ahmed Damien tanpa memandang wajah kakak dan abang iparnya. Kaki dia laju berjalan keluar daripada rumah agam yang macam istana itu.

Hilang saja Tan Sri Ahmed Damien daripada pandangan Datin Mastura, segera wanita itu menghempas sudu dengan kasar ke dalam pinggan. Sesak betul dada dia ni melayan perangai dingin adik dia tu. Huh!

Datuk Khalid yang baru hendak menyuap pasta ke dalam mulut terus terbantut apabila terdengar sudu di hentak ke dalam pinggan dengan kuat. Dia menelan air liurnya perlahan. Nampaknya gunung berapi dah nak meletup. Lebih baik dia pergi kerja sekarang. Nanti bengkak telinga dia ni nak dengar isteri dia membebel.

“Abang pergi dulu ye sayang. Jangan naughty naughty. Kesian baby kita nanti.” Ujar Datuk Khalid seraya mencium ubun-ubun isterinya. Sempat lagi dia mencium perut isterinya itu. Semenjak mengandung kali kedua ni, makin menjadi-jadi perangai isteri dia ni. Nasib baik dia ni jenis yang penyabar. Kalau tak, dah lama dia cari orang lain. Tapi... kalau nak cari orang lain, mesti dia tak akan dapat yang macam isteri dia ni. Satu dalam sejuta. Berdesup dia berjalan keluar daripada rumah. Takut kena bebel.

Datin Mastura sudah memandang dengan pandangan yang tidak puas hati langkah suaminya itu. Suami dia ni macam tahu-tahu aje yang gunung berapi dia nak meletup. Berdesup dia tinggalkan rumah ni. Sengaja betul.

“Tuti!!!” Laung Datin Mastura lantang.

Tuti yang daripada dapur itu laju melangkah menghampiri majikannya. Takut kena marah. Kalau kena marah, habis lah dia kena pecat. Dekat mana lagi dia nak cari kerja? Hu hu hu.

Ye Datin.” Nasib baik dia fasih berbahasa melayu. Kalau tidak, tergeliat lidah dia ni nak cakap bahasa melayu nanti.

“Kemas semua ni. Saya nak naik atas tengok anak saya. Lagi satu, tolong kemaskan bilik Tan Sri ye. Dah macam tongkang pecah dah saya tengok tadi.” Pesan Datin Mastura.

Terdiam Tuti mendengar arahan Datin Mastura itu. Kemaskan bilik Tan Sri? Aduh, tak sanggup dia nak kena marah dengan lelaki tu lagi. Gerun. Insaf dibuatnya.

Err Datin... bukan ke Tan Sri tak suka orang luar sesuka hati masuk bilik dia? Err... saya takut kena marah lagi lah datin.” Ujar Tuti takut-takut. Dia meramas-ramas jari-jemarinya.

Datin Mastura mengeluh lalu mengusap perutnya perlahan.

“Awak kemas aje. Kalau dia marah, biar saya yang uruskan nanti. Yang pasti bilik dia kemas. Saya punya mata ni sakit menengokknya. Kepala pun naik serabut.” Ucap Datin Mastura perlahan. Kepala dia ni makin serabut dengan adik dia tu.

Teragak-agak Tuti mengangguk. Kalau dia kena marah sekali lagi nanti, dia redha. Berserah saja.


“Saya naik atas dulu.” Datin Mastura segera bangun daripada duduknya dan melangkah naik ke atas. Hilang selera dia nak makan. Lama-lama dia boleh kena darah tinggi melayan perangai adik dia yang sorang tu. Jangan lah Khalif ikut perangai daddy Mien dia sudah. Pening.

8 comments:

  1. Heheh..best lahh.. please update yg terbaru.. xsabar nk bca nie..

    ReplyDelete
  2. Heheh..best lahh.. please update yg terbaru.. xsabar nk bca nie..

    ReplyDelete
  3. Heheh..best lahh.. please update yg terbaru.. xsabar nk bca nie..

    ReplyDelete
  4. Suami unexcepted tak dak sambungn ka????
    Isteri tan sri nie bila nk ade sambungannya??

    ReplyDelete
  5. Bestnyer citer nih. Hrap ada smbungannya.

    ReplyDelete
  6. Akakk, nak smbungan smua citer nih.

    ReplyDelete