Thursday, 18 December 2014

Suami Unexpected (1)




BAB 1

KRING!!!!!!

Ish bunyi apa yang bising sangat ni, tak tenang aku nak tidur la. Eh jap, tu bukan bunyi loceng ke? Eish menyusahkan betul la jam loceng ni. Tanpa melengahkan masa aku terus mencapai jam tersebut dan melihat pada jarum jam. Oh baru pukul 8, lambat lagi. What???!! Ya Allah mampus aku lambat pergi kerja. Eish ni malam semalam punya pasal lah ni. Kalau aku tak layan running man malam tadi tak ada maknanya aku bangun lambat. Dah lah hari ni hari first day aku kerja. Apasal lah sengal sangat aku ni. Tanpa melengahkan masa aku terus mencapai tuala di ampaian dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Mandi kerbau jelah bukan ada orang tau pun hihihi.

Selesai membersihkan diri aku terus pergi ke wardrobe dan memilih baju kurung berwarna biru laut dan di padankan dengan printed wide shawl berwana senada dengan baju kurung tersebut. Aku mencalitkan sedikit lip ice di bibir dan memakai bedak baby johnson. Dah namanya kalau peminat tegar kepada baby sampaikan barang baby pun aku still nak guna hehehe.

Setelah selesai bersiap aku terus turun ke bawah untuk sarapan. Hmmm sedapnya bau, mesti ibu masak mee goreng. Tak sabarnya nak makan.

Morning ibu.” Aku terus memeluk ibu setelah berkata begitu.

Assalamualaikum tuan puteri.” Puan Sri Diana memerli anaknya. Hamboi ibu ni sempat lagi sindir aku. Aku hanya tersenyum sahaja bila ibu berkata begitu.

Waalaikumusalam ibu, hamboi ibu sempat perli adik ye. Sob... sob... apa lah nasib badan.” Nak berdrama sikit dengan ibu, tak sedar kerja aku start pukul 9, ada hati nak berdrama pagi-pagi macam ni dengan ibu.

Dah dah tak payah kamu nak berdrama korea pulak dengan ibu pagi-pagi ni. Pergi makan sana. Kamu pergi kerja pukul berapa ni?”

Lepas breakfast ni adik pergi la kerjanya.” Aku membalas kata-kata ibu dengan mee penuh dalam mulut. Haih tak senonoh betul anak dara aku sorang ni.

Kalau nak balas punya kata-kata ibu, telan dulu makanan dalam mulut tu. Kalau bakal mak mertua kamu tengok kamu macam ni, awal-awal dia dah reject kamu tau tak.” Aku hanya menyengeh bila ibu kata macam tu

Sorry ibu, my fault.”

Dah cepat makan, nanti lambat kamu nak pergi kerja.” Setelah ibu kata begitu dia terus pergi ke dapur untuk menemas dapur.

Ayah awal-awal lagi dah pergi kerja, al maklumlah kerja sendiri la katakan. Aku ada 3 orang adik beradik termasuk aku. Abang aku yang sulung bernama Naim Aiman dan sekarang ni dia kerja di Johor, jaga cawangan syarikat ayah di sana dan dia juga sudah mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang yang bernama Intan Sakinah merangkap kawan baik aku. Along jugak telah mempunyai dua orang anak. Yang sulung berumur 3 tahun manakala yang si adiknya pulak baru berusia setahun. Macam mana kawan aku ni boleh berkahwin dengan abang aku tu biarlah rahsia. Abang aku yang kedua pula bernama Najmi Afiq dan sekarang ni bekerja di Penang, biasa lah jaga cawangan ayah di sana. Ayah mempuyai 3 cawangan di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Johor dan Penang. Syarikat induknya di Kuala Lumpur la apa lagi. Cuma aku nak cari pengalaman dulu baru aku kerja di syarikat ayah. Abang aku yang kedua tu belum kahwin lagi, selepas putus cinta terus trauma nak bercinta sekarang ni jadi workaholic pulak. Yang kesiannya ibu la, pening kepala dia nak cari calon isteri untuk angah. Tak apalah mungkin suatu hari nanti angah akan jumpa kekasih hati dia. Eh aku dah lambat nak pergi kerja ni.

Ibu adik pergi kerja dulu tau.”

Haa, baik-baik bawak kereta tu. Jangan nak bawak kereta laju-laju, bahaya tau tak.” Mukadimah ibu pagi-pagi dah mai dah.

Ye ibu ye.” Aku terus menyalami tangan ibu dan terus masuk ke dalam kereta




MENARA HOLDING, hmm besar gila company ni. Aku terus melangkah ke receptionist dan senyum kepada penyambut tetamu tersebut.

Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya penyambut tetamu tersebut.

Saya nak melapor diri pagi ni.”

Oh, cik mesti Nurin Aqisya kan? Bos dah lama tunggu cik. Cik boleh naik ke tingkat 4 dan di situ Cik Nurin boleh berjumpa dengan secretary bos. Namanya Kak Lisa. Selamat bekerja Cik Nurin Aqisya.”

Terima kasih, err...”

Nisha Amira.”

Oh terima kasih ye Nisha.”

Sama-sama.”

Aduh mampus aku, bos dah tunggu aku. Apa jenis pekerja la aku ni. Tanpa melengahkan masa aku terus menekan butang lift dan naik ke tingkat 4. Sesampai sahaja di tingkat 4 aku terus menolak pintu kaca tersebut. Hm tak ramai pekerja dekat tingkat 4 ni. Hanya ada 6 orang sahaja. Aku terus menuju ke meja kak Lisa merangkap secretary bos.

Assalamualaikum.” Aku terus memberi salam kepada Kak Lisa tersebut.

Waalaikumusalam, awak mesti Nurin Aqisya right? Bos dah lama tunggu Cik Aqisya di dalam. Sekejap ye saya saya telefon bos.” Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

Bos, Cik Nurin dah sampai.”

Okay suruh dia masuk.”

Baik bos.” Kak Lisa terus meletakkan telefon tersebut.

Cik Nurin boleh la masuk ke dalam sekarang.” Kak Lisa berkata sambil tersenyum ke arahku.

Terima kasih Kak Lisa.” Kak Lisa hanya menganggukkan kepala sahaja dan meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

Aku terus mengetuk pintu bilik yang tertera nama Tengku Ahmad Zafiq, CCO (Chief Commercial Officer) Menara Holding. Hm sedap nama, interesting. Aku terdengar Encik Bos mengarahkan aku masuk. Aku memulas tombol pintu and my first impression is, wow amazing beautiful and cool semua lah. Bapak cantiknya lah bilik bos aku ni, kalah bilik aku hehehe.

Cik Nurin Aqisha, have a seat” Boleh tahan ramah jugak bos aku ni and Ya Allah kenapa handsome sangat bos aku ni. Dup dap dup dap jantung aku ni. Cool Qisha cool. Aku terus menarik kerusi yang berada di hadapan aku dan duduk. Okay sejujurnya mata aku ni nak pandang saja muka bos aku yang handsome ni. Aduh since when aku jadi menggatal merenyam ni. Argh ada aku kesah!

Semalam awak ada datang sini untuk minta kerja jadi tea lady right?”

Ye betul tu, saya memang nak jadi tea lady.” Kalau ayah dengan ibu tau aku kerja tea lady mahu depa suruh aku resign. Kalau dua ekor malaun tu mau dia torture aku. Tapi ada aku kesah hahaha.

Awak ni belajar sampai overseas tak akan jadi tea lady kot?”

Ala saya saja nak cari pengalaman dulu bos”

Kalau nak cari pengalaman sekalipun, tak akan nak jadi tea lady kot?” Kata Zafiq sambil membelek aku punya fail. Aduh encik bos aku ni suka hati aku la nak jadi apa pun.

Tak kan saya tak boleh kerja sebagai tea lady kot boss.”

Ada saya kata tak boleh ke?” Erk, ingatkan baik la sangat bos aku ni, rupa-rupanya ayat dia boleh tahan gak.

Okay, you can start working now. Good luck.”

Terima kasih bos.” Alhamdulillah , finally aku dah kerja. Tea lady pun tea lady la.

Hmm, awak tolong sediakan saya kopi kurang manis everyday. Sebelum saya masuk office saya dah tahu kopi dah tersedia di atas meja saya.” Aik, setahu aku bukan secretary dia punya kerja ke buatkan air untuk dia ni? Ah lantaklah, kalau aku tanya karang ada jugak kena perli sat lagi.

Okay bos, arahan diterima.” Setelah berkata begitu aku terus keluar untuk memulakan kerja aku. Ayah ibu adik mintak maaf sebab kerja as a tea lady.

2 comments: