Wednesday, 24 December 2014

Suami Unexpected (3)




BAB 3

AKU merenung cincin belah rotan di jari manisku yang runcing ini. Kenapa mesti nak pack kan satu bulan ni dengan hanya pasal perkhawinan yang tak dipinta ini? Apa motif sebenar abang Encik Tengku Kacak ni? Aku hanya mampu mengeluh sahaja. Minggu ni sahaja bertunang. Minggu depan nikah. Dua minggu lagi pulak majlis kahwin dekat rumah aku. Seminggu lepastunya pula majlis kahwin dekat rumah dia. Kenapa tak combine kan sahaja? Kenapa mesti nak buat asing-asing? Leceh tau tak leceh. Memang Tengku Double Kacak tu dah mereng. Ni yang buat darah aku menyirap ni. Sabar Qisha sabar, lepas kau dah kahwin dengan dia, kau bambu dia cukup-cukup. Err... mampu ke aku bambu dia? Ada jugak aku yang kecundang nanti. Gila betul lah.

Aku terus baring di atas katil dan melepaskan lelah. Apa lah malang nasib aku ni. Ingatkan naik pelamin dengan Encik Tengku Kacak tapi kena kahwin dengan Tengku Double Kacak pulak. Sengal betul. Aku terus bangun dan mengambil tuala di ampaian untuk mandi. Setelah selesai membersihkan diri aku mengeringkan rambut dengan hair-dryer. Ketika aku sedang mengeringkan rambut aku lihat pintu bilik aku terkuak dari luar. Ni tak lain tak bukan mesti kakak ipar aku yang mulut becok tu. Aku terdengar suara Intan menanyakan persediaan aku. Haa... kan betul cakap aku si becok ni yang masuk.
Aku tak bersedia langsung lah Intan. Zamir tu dah gila ke apa? Aku ingatkan dia tak serious, rupa-rupanya dia serious. Boleh stress aku macam ni Intan.” Kata aku sambil meletakkan kepala di ribanya.

Sabar lah Qisha. Aku pun tak tau nak buat apa.” Kata Intan sambil mengusap rambutku.

Aku tengah sabar lah ni, sebab tu aku terima lamaran dia. Kalau aku tak sabar dah lama aku bunuh dia atau aku lari ke.” Kataku lalu terus bangun dan pergi ke balkoni untuk mengambil angin malam.

Kau ni dah gila ke apa? Mana kau letak iman kau?” Marah Intan sambil menolak kepala aku. Eh minah ni, kang aku sekeh kepala dia ni karang. Nanti tak pasal-pasal aku kena sound dengan along sebab sekeh kepala bini kesayangan dia. Tapi peduli apa aku, Intan ni memang patut kena sekeh dengan aku.

Kau ni apahal bangang sangat? Aku masih ada iman lagi lah ngok. Tak ada masa aku nak bunuh Zamir tu. Bukannya dapat apa pun. Dosa lagi ada lah aku dapat.” Selepas berkata begitu aku terus sekeh kepala Intan.

Sakit lah Qisha. Abang kau bayar zakat untuk aku kot. Kalau ye pun tak puas hati dengan aku, kau cubit aku ke, tampar ke, tak apa lah jugak. Ni kau sekeh aku?” Eh eh minah ni, nak aku buat betul-betul ke apa?

Kau nak aku buat betul-betul ke Intan? Kalau aku buat ni kau jangan mengadu dengan along pulak.” Aku ni memang pantang di cabar. Si Intan ni macam tak tau je perangai aku ni.

Eh jangan lah, aku gurau je. Boleh demam seminggu aku kena penampar kau nanti.” Hiperbola betul si Intan ni. Kejadahnya kena pelempang aku demam seminggu.

Kau ni kalau cakap tak payah nak hiperbola tak boleh ke? Melebih-lebih la pulak mak orang ni.” Kataku dengan geram.

Suka hati aku lah, mulut aku bukan mulut kau. Aku memang mak orang pun. Kalau bukan mak orang, mak apa? Mak haiwan? Macam tu?” Ei ada jugak aku cili mulut Intan ni karang. Aku dah lah tengah tak ada mood. Dia lagi serabutkan kepala otak aku ni.

Kau datang bilik aku ni nak selesaikan masalah ke nak menambahkan masalah aku? Kalau kau nak menambahkan masalah aku, dipersilakan keluar dari bilik aku.” Aku terus menolak Intan keluar dari bilik aku tapi dia menghalang aku dengan menolak aku duduk di sofa.

Ala Qisha, janganlah moody sangat. Aku nak gurau-gurau je dengan kau.” Kata Intan sambil memeluk aku.

Tak payah lah nak peluk-peluk aku Intan, rimas lah. Kau pergi peluk along tu, dapat jugak pahala kau layan suami.” Haa... padan muka kau. Muka Intan dah merah menahan marah.

Along kau tu, setiap hari aku peluk. Tak pernah nak miss.” Ei, tak senonoh punya perempuan.

Haa... bagus lah tu. Dipersilakan keluar dari bilik aku dan peluk suami kesayangan kau tu ye.” Aku menghalau Intan keluar dari bilik aku.

Sampai hati kau halau aku keluar kan? Aku mengadu dekat laki aku.” Selepas berkata begitu Intan terus keluar dari bilik aku.

'Mengadu lah kau Intan, aku tak kisah pun. Setakat along tu, tak luak lah hahaha' gumam aku sendiri sambil ketawa kecil. Orang nak kata aku gila pun tak apa, aku tak kisah.

Aku tak boleh nak cancelkan wedding ni. Apa harus aku buat? Dah la aku punya matlamat kahwin sekali tak nak cerai. Boleh tak aku nak gugurkan matlamat aku tu? Sebab aku rasa macam nak cerai dengan Tengku Ahmad Zamir lah. Aku ni belum kahwin lagi dah berhajat nak bercerai. Apa lah nasib aku ni. Dipaksa kahwin dengan Tengku Double kacak. Tiba-tiba aku terdengar telefon aku berbunyi. Aku terus mencapai Iphone 5s yang ada di atas almari solek. Tertera nama 'Tengku Gila' di skrin telefon. Dengan malas aku menjawab panggilan dari Tengku Double kacak itu.

Hello assalamualaikum, hm nak apa call malam-malam ni?” Tanya aku dengan malas.

Waalaikumusalam, salah ke saya nak call tunang kesayangan saya ni?” Jawab Zamir dengan suara yang mengada-ngada. Aku julingkan mata dekat atas. Tunang kesayangan konon, pigirahh.

Tak payah nak tunang kesayangan sangat lah. Awak nak apa call saya malam-malam ni? Kalau tak ada tujuan, tak payah call. Menghabiskan kredit je.” Balasku dengan menyampah.

Yelah, tujuan saya call awak ni, saya nak ajak awak pergi tengok baju nikah dengan baju sanding esok. Awak free kan?” Tanya Zamir. Aduh malasnya lah aku nak pergi.

Kalau tak nak pergi tak boleh ke?” Tanya aku dengan malas.

Eh mana boleh macam tu, awak kena pergi jugak. Tak kan saya sorang-sorang yang nak kena fitting baju kot.” Balas Zamir dengan geram. Pergi jelah fitting sorang-sorang. Aku lagi tak kisah malah aku tak akan pernah kisah.

Ala, awak pergi jelah sorang-sorang fitting baju tu. Nanti lusanya saya pergi lah dengan Intan.” Cadangku kepadanya. Macam bagus je cadangan aku tu.

Saya nak kahwin dengan awak Nurin Aqisha. Saya tak nak dengar alasan awak. By hook or by crook, you must follow me tomorrow.” Kata Zamir dengan tegas. Belum kahwin lagi dah keluarkan kuasa veto dia tu. Kalau dah kahwin memang pergerakan aku akan dikongkong agaknya. Stress aku macam ni.

Eish ye lah saya ikut awak esok.” Bengong betul Tengku Double Kacak ni.

Bagus, macam ni lah bakal isteri saya. Esok saya ambil awak pukul 10. Jangan lambat pulak. Okay, bye sayang. Love you and miss you.” Selepas Zamir berkata begitu dia terus mematikan talian.

Sayang kepala otak dia. Geli lahai telinga aku ni dengar dia panggil aku sayang. Meroyan betul orang tua ni. Baru je nak sound. Dia tu macam tahu-tahu aku nak sound dia, terus cepat-cepat matikan talian. Tak apa, ada lori ada bas, ada hari aku balas. Geram betul.




AKU hanya diam sahaja apabila bersama dengan Tengku Double Kacak di dalam kereta. Dia ni memang punctual betul. Pukul 10 dia cakap nak datang memang pukul 10 dia tercongok depan rumah aku. Baru saja nak mengelat, tapi apa lah nasib bila ibu dengan ayah suruh aku pergi jugak. Apabila duduk sama-sama dengan dia dalam kereta ni, aku memang tak tau nak cakap apa dengan dia. Tak ada benda nak cakap sebenarnya.

“Diam je, tak ada benda nak cakap ke?” Tiba-tiba Zamir bersuara apabila suasana di dalam kereta hanya ditemani dengan celoteh Fara Fauzana di radio.

“Tak ada benda nak dicakap. Jadi diam je lah.” Balasku dengan bersahaja.

“Nanti lepas kita dah kahwin, awak pindah duduk rumah saya ye?” Cadang Zamir kepada aku. Pindah duduk rumah dia? Ei menyampah betul aku.

“Tak nak. Saya nak duduk dengan parents saya.” Bantah aku dengan geram. Aku menjeling dia yang tengah memandu dengan tenang. Dia ni, apasal tenang sangat? Dia tak nak melenting ke?

“Mana boleh, saya dah jadi suami awak. Jadi awak kena dengar cakap saya. This is an order.” Belum kahwin pun kau dah guna kuasa veto lah ngok.

“Ei awak ni kan, memang sia-sia tau tak bila saya cakap dengan awak. Serupa cakap dengan tiang. Saya tak nak cakap awak serupa dengan haiwan sebab haiwan pun reti dengar kata dan lebih bijak daripada awak.” Balas aku dengan rasa yang tidak puas hati.

“Awak bandingkan saya dengan haiwan? Eh saya ni manusia tau, yang awak memandai nak bandingkan saya dengan haiwan ni apasal.” Bidas Zamir dengan geram. Eleh kau ingat kau sorang je yang geram? Aku pun geram dengan kau tau tak.

“Memang pun. Awak memang sesuai dibandingkan dengan haiwan.” Kata aku dengan senyuman yang sinis.

“Lebih baik awak diam Qisha, nanti saya cium mulut awak tu baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah.” Cabar Zamir sambil menjeling aku dengan tajam. Eh... eh... kau ingat jelingan kau tu buat aku takut lah?

“Awak fikir saya hadap sangat ke dengan ciuman awak tu? Ei yukss geli iolls.” Aku sengaja buat suara macam minah gedik. Biar padan dengan muka dia.

“Awak cabar saya ke Nurin Aqisha?” Aku nampak nafas Zamir dah tak menetu. Serupa macam orang nak bunuh je aku tengok. Apa yang pasti aku nak dia batalkan perkhawinan ni.

Yes I dare you, Mr. Zamir.” Kata aku dengan megah.

Tiba-tiba kereta Audi R8 yang dipandu oleh Zamir berhenti di tepi jalan. Aik, dia betul-betul nak buat ke? Mati lah kau Qisha. Terlajak kereta boleh di undur balik. Tapi kalau terlajak kata kau nak undur macam mana? Memang dah tak boleh reverse lagi. Apa aku nak buat ni?

Aku lihat Zamir mendekatkan dirinya kepada aku. Alamak, asal muka dia macam miang semacam je ni. Ya Allah kau selamatkan lah aku dari lelaki durjana ni, Aamiin.

Selepas melihat aku macam itu, Zamir terus mengetawakan aku sambil memegang perutnya. Hamboi besarnya gelak cik abang? Kau gelak lah gelak, orang banyak gelak ni hati dia mati. Gelak lah kau, gelak. Aku menjeling dia dengan geram.

“Awak ni dah kenapa gelak macam tu? Gila ke ah?” Tanya aku dengan geram. Ei ikutkan hati aku ni, nak aje aku lipat dia lepas itu humban dalam lombong. Baru aman dunia aku.

“Hahaha awak punya muka kelakar sangat bila saya buat macam tu. Tu belum saya cium lagi. Kalau saya dah cium, mahu awak pengsan agaknya hahaha.” Kata Zamir sambil mengetawakan aku. Eh dia ni ni tak reti nak berhenti gelakkan aku ke?

“Awak boleh stop gelakkan saya tak? Menyampah lah saya dengan awak ni Zamir.” Marah aku kepada Zamir. Si Tembok tak guna. Banyak betul gelaran dekat dia ni.

“Sekarang boleh lah awak kata menyampah dekat saya. Tapi suatu hari nanti awak tak akan kata perkataan 'menyampah' tu dekat saya sebab time tu awak dah mula sayangkan saya. Bukan perkataan 'menyampah' yang akan keluar dari mulut awak tapi perkataan 'sayang' yang akan keluar dari mulut awak. We wait and see ye sayang.” Selepas berkata begitu, Zamir terus memulakan perjalanan pergi ke butik pengantin.

“Jangan harap lah saya akan cakap macam tu dekat awak. In your dream, bro.” Balas aku dengan perasaan yang menyampah.

My dream will be reality soon.” Ei serious menyampah. Lebih baik aku diam. Buat habis air liur je kalau bergaduh dengan mamat putus fius ni. Aku terus menahalakan pandangan ke luar tingkap sambil mendengar lagu Shake It Off – Taylor Swift di radio. Kalau aku dapat shake Zamir ni memang best lepas itu bagi kucing minum, baru puas hati aku. Ei geram... geram... geram!!!




BUTIK SRI PENGANTIN yang berada di Shah Alam itu kami masuki dan disambut mesra oleh owner butik tersebut yang bernama Kak Nadia. Mama Zamir yang bercadang menyuruh kami ke butik sini. Katanya, design baju di sini memang latest. Ikutkan hati aku, aku memang tak kisah nak pergi butik mana-mana. Tapi bila difikirkan balik perasaan mama Zamir ni, aku berkorban lah pergi ke sini. Mama Zamir ni baik, tapi sampai anak je perangai macam hantu polong! Aku terus duduk di kerusi yang disediakan oleh butik tersebut. Kak Nadia menghulurkan album baju pengantin yang sesuai untuk resepsi. Memang betul kata mama Zamir, baju-baju yang di design oleh Kak Nadia ni memang cantik.

“Qisha pilih lah design yang Qisha nak. By the way, korang nak buat tema apa untuk hari resepsi nanti?” Tanya Kak Nadia kepada kami.

“Kita orang nak buat biasa-biasa saja Nadia. For me, yang simple pun better.” Beritahu Zamir kepada Kak Nadia. Bagus lah tu kalau buat simple je, aku pun tak teringin nak kahwin dengan kau. Tapi aku kahwin seumur hidup aje, hm.

“Macam mana Qisha, setuju tak apa yang dicadangkan oleh Zamir tu? Zamir ni kalau boleh dia nak semua benda tu, dia nak dibuat simple. Kedekut sangat Zamir ni.” Memang pun Zamir ni nak semua benda simple. Sampai dia nak kahwin dengan aku pun simple. Kata sayang aku, apa kes buat simple kan?

“Qisha kalau boleh tak nak buat simple. Sebab kita kahwin ni kan seumur hidup je. Jadi Qisha teringin nak buat dekat taman bunga pada waktu malam. Apa pendapat Kak Nadia?” Tanya aku kepada Kak Nadia.

“Hmm, interesting jugak tu. Jarang ada orang buat resepsi pada waktu malam. Kalau kamu nak buat pada waktu malam, akak ada satu dress yang sesuai untuk waktu malam punya resepsi. Kalau Qisha tengok mesti Qisha akan terpikat. I'm pretty sure, come.” Kak Nadia menggamit aku untuk melihat dress tersebut. Aku lihat Zamir memandang aku dengan wajah yang tidak puas hati. Kau nak sangat kahwin dengan aku kan? Jadi kau kenalah ikut citarasa aku.

Memang betul kata Kak Nadia, dress tu memang cantik. Dan Kak Nadia kata aku lah pengguna pertama dress ni, memang langkah kanan betul. Kak Nadia menyerahkan dress berwarna peach yang mempunyai manik di bahagian dada dan kainnya mengembang macam dress princess itu kepada aku. Terasa macam fairytale lah pulak hihihi. Aku dah jatuh cinta dengan dress ni.

“Macam mana Qisha? Berkenan tak dengan dress ni?” Aku hanya mampu menganggukkan kepala kerana terlampau teruja sebab dress yang tengah aku pegang sekarang ini sugguh cantik sangat.

“Kamu pergi lah test dress tu. Akak nak panggil Zamir suruh dia test tuxedo untuk majlis korang ni.” Selepas Kak Nadia berkata begitu dia terus mengambil tuxedo tersebut dan bagi kepada Zamir untuk mencubanya. Tanpa melengahkan masa aku terus mencuba dress tersebut di fitting room.

Setelah berpuas hati, aku melangkah keluar untuk tunjuk kepada Zamir. Mata aku terbuntang apabila melihat Zamir mengenakan tuxedo yang berwarna senada dengan dress yang dipakai oleh aku dan di dalam tuxedo tersebut terdapat baju kemeja berwarna putih selain itu Zamir mengenakan seluar slack berwarna putih dan tie berwarna peach. Boleh tak aku nak cakap yang abang Encik Tengku Kacak ni bukan sekadar double kacak tapi berdozen kacak weh. Mata aku ni kalau boleh tak nak berkalih langsung dari menadang dia sebab terlampau handsome sangat makhluk Allah ni.

Zamir rasa hendak tergelak bila melihat Qisha memandag dia tidak berkelip. Baru kau tahu aku handsome kan Qisha sebab tu kau pandang aku tak berkelip. Terasa macam nak usik aje si Qisha ni. “Ehem... Ehem... Kenapa tengok saya sampai tak berkelip tu? Terpegun ke tengok kekacakkan saya ni?” Tanya Zamir sambil tersengih-sengih.

Erk... mampus aku, dia perasan lah pulak aku pandang dia tak berkelip-kelip. Aku berdehem untuk menghilangkan rasa malu. “Mana ada saya pandang awak, perasan je awak ni. Ingat awak tu handsome sangat ke? Oh please lah, handsome lagi Lee Sang Yong saya.” Kataku untuk menutup rasa malu.

“Eleh, tak payah nak buat cerita sembang kat sini lah Cik Nurin Aqisha Binti Tan Sri Omar. Awak ingat saya ni budak kecik ke apa yang awak boleh perbodohkan?” Sindir Zamir sambil memberikan senyuman sinis. Cis terkena aku kali ni, after this you must watch out Qisha. Dia siap sebut nama penuh aku lagi, apa kes?

Whatever.” Aku malas nak bertengkar dengan Zamir ni, nanti aku jugak yang sakit hati. Lebih baik aku diam lagi bagus.

“Wah cantik dan handsomenya kamu berdua ni, bagai pinang dibelah dua. Memang sesuai sangat-sangat.” Tiba-tiba kami terdengar suara Kak Nadia menegur kami. Kembang kuncup aku bila Kak Nadia memuji diri aku cantik.

“Tak ada lah Kak Nadia, kami biasa-biasa je.” Balas aku dengan rasa rendah diri. Rendah diri lah sangat padahal dah kembang semangkuk dah sekarang ni.

“Apa yang biasa-biasanya, kamu berdua memang cantik dan handsome. Pandai kau pilih calon isteri kan Mir.” Puji Kak Nadia kepada Zamir.

“Biasa lah Nadia, tengok kaki lah weh.” Hekeleh mamat ni, berlagak pulak dia. Buat apa nak tengok kaki dia, dah lah banyak bulu. Dah serupa hutan amazon dah rupa kaki si gila ni. Aku ni macam dah tengok lah kaki dia tu sampai cakap serupa macam hutan amazon.

“Malas aku nak puji kau Mir, berlagak je lebih.” Zamir hanya menghamburkan ketawa bila dengar Kak Nadia cakap begitu kepadanya.

“Kami dah decided nak pilih dress and tuxedo ni untuk majlis resepsi nanti. Baju nikah pulak kami pilih yang warna putih tu. Belah aku nanti aku nak baju yang kat hujung sana. Next week aku datang ambil baju nikah.Yang selebihnya kau uruskan lah nanti.” Kak Nadia hanya menganggukkan kepala apabila mendengar Zamir berkata begitu. Aku malas nak masuk campur, biarlah Zamir yang menguruskannya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, kami baliklah dulu ye.” Sebelum pulang kami menukar dress and tuxedo yang kami pakai tadi kepada pakaian asal kami. Setelah selesai menukar pakaian, kami terus keluar dari butik untuk pulang.

1 comment: