AQMA
FATANAH menguak pintu rumahnya dari luar dan
berjalan masuk ke dalam. Dia mengambil tempat pada sofa yang telah usang di
ruang tamunya. Tangannya mengibas-ngibas tudung untuk hilangkan rasa panas.
Penat pulak hari ni. Selalunya tak ada lah pulak dia penat macam ni.
“Assalamualaikum, Aqma... oh
Aqma...”
Kedengaran orang memberi salam di luar
rumahnya. Pantas dia bangun dari duduk dan berjalan menuju ke pintu rumah yang
terdedah itu. Dari bias matanya, berdiri tegak susuk tubuh milik abang Syauqi,
anak Mak Timah. Bibirnya diukirkan senyuman nipis.
“Waalaikumusalam abang. Bila sampai?”
Jawab Aqma Fatanah dengan suara yang lembut.
Syauqi yang mendengar balasan Aqma
Fatanah itu sudah tersengih. Dia duduk pada tangga rumah pusaka wanita itu.
“Baru je sampai Aqma. Aqma buat apa tu?
Tak singgah rumah abang ke?”
Aqma Fatanah menggeleng. Dia setia
berdiri di tempatnya itu. Tak tergerak pun untuk menghampiri anak tunggal Mak
Timah ini.
“Tak bang. Ni pun Aqma baru lepas balik
dari warung Pak Din. Mungkin petang nanti kut Aqma datang rumah abang.” Balas
Aqma Fatanah. Masih dengan suara yang lembut.
Syauqi yang mendengar suara Aqma yang
lembut itu sudah tersenyum. Gembira hati dia melihat wanita ini baik-baik saja.
Dia sudah anggap Aqma ni macam adik dia. Ye lah, dia pun bukannya ada
adik. Jadi, dia anggap lah Aqma ni adik dia.
“Banyak ke jualan hari ni Aqma? Abang
tengok muka Aqma tu macam penat semacam aje.” Syauqi memandang muka Aqma yang
lesu itu. Kesian dia tengok Aqma ni. Muda-muda dah kena sara hidup sendiri.
Aqma Fatanah mengangguk lemah.
“Ha'ah bang. Hari ni banyak pulak
tempahannya. Tapi esok macam biasa lah. Tak ada lah penat macam hari ni.”
“Aqma berhenti lah buat kerja macam ni.
Abang kesian tengok Aqma buat kerja jual kuih ni. Banyak lagi kerja yang Aqma
boleh buat.”
Aqma Fatanah menggeleng.
“Tak boleh bang. Kalau Aqma berhenti,
dekat mana lagi Aqma nak cari kerja? Lagi-lagi dengan Aqma yang tak habis
sekolah ni, nak ke dia orang terima Aqma bang?”
“Sebab tu lah abang datang jumpa Aqma
ni. Kilang yang abang kerja tu, perlukan pekerja cleaner. Dia sediakan
tempat tinggal sekali. Abang ingat, abang nak suruh Aqma cuba nasib dekat situ.”
Aqma Fatanah menimbang baik kata-kata
lelaki itu. Jadi cleaner? Nak ke dia orang ambil pekerja macam aku? Aku
tak kisah aje dapat kerja apa-apa. Janji aku ada duit untuk perbelanjaan
seharian aku. Desis Aqma Fatanah dalam hatinya.
“Berapa gaji sebulan bang?”
“900 ringgit sebulan Aqma.”
Banyak jugak. Dia jual kuih dalam
sebulan pun tak sampai RM 900. Bibirnya diukirkan senyuman lebar.
“Bila abang nak balik KL semula?”
“Besok abang balik. Kenapa? Aqma setuju
ke dengan kerja tu?”
Besok? Nanti Pak Din kata apa pulak bila
dia tak hantar kuih lagi dekat warung lelaki tua tu lagi.
“Aqma bukan tak nak bang, Aqma nak.
Cuma, nanti apa kata Pak Din bila Aqma tak hantar kuih lagi dekat dia. Kesian
dekat dia bang.”
Syauqi mengeluh lemah. Susah pulak macam
ni. Dia menggaru kepalanya perlahan.
“Kalau hal Pak Din tu Aqma jangan risau
lah. Nanti biar abang yang uruskan. Jadi, Aqma setuju lah ni nak ikut abang
pergi KL?”
Dengan teragak-agak Aqma Fatanah
mengangguk. Maafkan Aqma Pak Din.
“Kalau Aqma dah setuju, abang balik dulu
lah ye. Nanti petang, jangan lupa datang tau.” Pamit lelaki itu.
“In shaa Allah bang.”
Hilang saja kelibat Syauqi daripada
pandangan dia, Aqma segera menutup pintu rumah. Dalam sekelip mata dia mendapat
tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Rezeki dia. Dia tak kisah kerja apa pun. Yang
penting halal. Alhamdulillah.
Ibu ayah, doakan Fatanah supaya
dilindungi masa pergi Kuala Lumpur nanti. Doa ibu dan ayah adalah penguat
Fatanah untuk mencari rezeki yang halal dekat sana. Semoga ibu dengan ayah
tenang di sana. Fatanah di sini tak akan pernah berhenti berdoa untuk ibu
dengan ayah. Kata hati Aqma Fatanah.
TAN SRI
AHMED DAMIEN melangkah dengan penuh yang bergaya
masuk ke dalam kilang yang telah diusahakan oleh arwah papanya dulu. Sekarang
ni, giliran dia pula mengambil setelah arwah papanya meninggal. Semua yang lalu
dihadapannya menunduk hormat. Tiada senyuman pun yang menghiasi bibir lelaki
itu. Dia yang baru hendak membuka pintu biliknya tiba-tiba ditegur oleh
setiausahanya.
“Why?” Soalnya sepatah sambil
menjungkitkan keningnya.
“Hari ni Tan Sri ada appointment
dengan syarikat Nusa mengenai komponen kereta pada pukul 10 pagi. Tengahhari
pula, Tan Sri ada lunch date dengan Dzarul.” Ujar Karmila sambil
menyelak note yang ada di tangan dia. Sesekali dia memandang wajah
bosnya itu. Dia merupakan setiausaha yang paling lama bertahan dengan Tan Sri
Ahmed Damien. Yang lain, tak sampai sebulan dah berhenti. Tak tahan dengan
perangai lelaki yang sorang ni.
“Petang?”
“Petang Tan Sri free.” Jawab Karmila.
Tan Sri Ahmed Damien mengangguk. Dia
segera melangkah masuk ke dalam tanpa mengucapkan terima kasih.
Karmila yang memandang sudah menggeleng.
Bilalah nak berubah Tan Sri sorang ni. Kerja aje yang dia fikir.
Tan Sri Ahmed Damien meletakkan briefcasenya
dia atas meja belakang lalu segera duduk di tempatnya. Dia menghidupkan laptop
yang ada di atas meja. Tangan dia sebuk menyelak dokumen mengenai
bekalan-bekalan yang di hantar ke syarikat-syarikat besar.
Pintu biliknya dikuak dari luar tanpa di
ketuk dahulu. Dia memang pantang dengan orang yang tak ada adab ini. Segera
kepalanya dipanggungkan. Susuk tubuh kawannya Dzarul tengah berdiri di hadapan
mejanya sambil tersengih-sengih.
“Berapa kali aku nak cakap dengan kau,
kalau nak masuk bilik aku, ketuk dulu. Kau ni pekak ke badak?” Marah Tan Sri
Ahmed Damien seraya meneruskan kerjanya semula. Sempat lagi dia jeling kawan
dia tu.
Dzarul menggarukan kepalanya perlahan.
Keningnya berkerut-kerut mendengar kata-kata kawannya itu. Apa yang dia merepek
ni?
“Pekak ke badak? Bukan pekak badak ke
Mien?” Soal Dzarul dengan wajah yang polos.
Tan Sri Ahmed Damien mendengus.
“Sama je lah tu. Kau tak payah nak
banyak mulut sangatlah. Ni apahal kau datang office aku ni? Lunch
nanti kita keluar jugak kan?” Ujar Tan Sri Ahmed Damien dingin.
Dzarul menarik kerusi yang ada di
hadapannya lalu melabuhkan duduknya di situ. Muka dia tersengih-sengih
memandang kawannya itu.
Terjungkit kening Tan Sri Ahmed Damien
melihat telatah Dzarul. Dia memandang dengan pandangan yang jengkel.
“Kau ni dah kenapa duk tersengih-sengih
macam tu. Gila?” Tempelak Tan Sri Ahmed Damien.
Cemberut muka Dzarul apabila di kata
gila oleh kawannya. Tak patut betul. Aku ni belajar sampai overseas,
boleh lagi dia kata aku gila. Gerutu Dzarul dalam hatinya.
“Agak-agak lah sikit mulut kau tu Mien.
Aku datang office kau ni pun aku tak ada kerja nak buat dekat office
bapak aku tu. Tu pun kau nak marah ke? Dah cukup baik tau kau ada kawan macam
aku ni. Prihatin pada kawan dia.” Bebel Dzarul. Membebel mengalahkan perempuan.
Tan Sri Ahmed Damien mendengus lagi. Stress
betul dapat kawan macam ni. Dekat rumah dia dah kena bebel dengan kakak dia,
dekat pejabat pun dia nak kena bebel dengan Dzarul pulak ke?
“Kau boleh stop membebel tak,
Dzarul? Macam mana bini kau dekat rumah tu boleh tahan dengan bebelan kau ni?”
Dzarul cebikkan bibirnya.
“Dekat rumah tu bukan aku yang membebel
tapi si Rina tu yang duk pot-pet pot-pet aje. Aku dekat rumah baik. Jaga
anak aku lagi. Kalau bini aku membebel, aku sumbat kapas dalam telinga. Apa
susah.” Di akhir kata itu, Dzarul gelak beria-ria.
Menggeleng kecil Tan Sri Ahmed Damien.
Sengal! Dia meneruskan kembali membuat kerjanya. Buang masa layan si Dzarul ni.
Dzarul terus berhenti ketawa bila
kawannya itu tidak ketawa bersamanya. Stone cold!
“Kau nak jadi jaga ke dekat sini Dzarul?
Tak akan tak ada kerja dekat syarikat bapak kau tu? Menipu je ayat kau tu.”
Tanya Tan Sri Ahmed Damien dengan mata di fokuskan pada kerjanya yang bertimbun
di atas meja itu.
Dzarul menggeleng kecil.
“Tak ada lah Mien. Aku ni bosan, sebab
tu aku datang sini.”
Diam tanpa balasan. Dzarul yang semakin
bosan itu segera mendekatkan wajahnya pada wajah kawannya yang sedang khusyuk
membuat kerja itu.
“Mien...”
“Hmm...”
“Kau tak nak kahwin macam orang lain ke?
Best ke hidup single ni? Kau tak teringin nak ada isteri dengan
anak macam aku?” Soal Dzarul perlahan.
Tan Sri Ahmed Damien mengangkat
kepalanya. Betapa dekatnya wajah Dzarul dengan wajah dia. Segera dia menolak
muka lelaki itu menjauhinya. Geli. Dia bukan gay.
“Kau boleh tak tolong jangan nak buat
macam tadi?”
Dzarul tersengih-sengih.
“Sorry lah tak sengaja.”
“Hmm.”
Dzarul mencebikkan bibir. Bosan lah
dapat kawan kaku macam ni. Tapi yang kaku ni jugak lah yang dia suka berkawan.
“Mien...” Rengek Dzarul geram.
“Apa dia kau ni?” Marah Tan Sri Ahmed
Damien. Orang nak buat kerja pun tak senang tau.
“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?”
Soal Dzarul dengan nada yang tidak puas hati.
“Dengar. Kenapa dengan semua tu?”
Dzarul mengerutkan keningnya. Dia boleh
tanya aku kenapa? Huh, memang sah yang kawan dia ni gay.
“Kau tanya aku kenapa Mien? Eh
kau tak teringin ke nak kahwin macam aku ni? Seronok tau hidup lepas kahwin ni.
Tak akan tak teringin kut?”
Tan Sri Ahmed Damien menjungkitkan bahunya.
“Entah.”
Dzarul merengus geram.
“Ei bosan betullah cakap dekat kau ni.
Macam kayu.”
“Kalau bosan tak payah cakap. Aku tak
suruh pun kau cakap dengan aku.” Balas Tan Sri Ahmed Damien dengan muka
selamba.
Dzarul bangun dari duduknya dengan kasar.
Geram!
“Aku balik dululah. Tengahhari nanti
kita jumpa. Memang kayu kau ni. Macam mana aku boleh dapat kawan kayu macam kau
ni. Tapi yang kayu ni jugak lah aku nak berkawan. Bla bla bla...” Bebel Dzarul
sampai lah dia keluar daripada bilik.