Aku baring di katil sambil merenung ke arah syiling,
Adakah hidup ini sangat indah seperti yang kita impikan?
Aku mencapai telephone dan membuka insta,
Aku terjumpa sesuatu di dalam insta,
Aku lihat seorang lelaki yang meluahkan perasaannya melalui puisi,
Lalu aku terfikir,
Adakah nasib lelaki itu sama sepertiku?
Aku bingung,
Adakah aku layak untuk temui kebahagiaan seperti karya-karyaku?
Adakah hidup aku akan diakhiri dengan kebahagiaan?
Adakah aku akan temui pasangan yang aku impikan?
Kenapa aku perlu berfikir tentang ini?
Aku seorang perempuan yang hanya tahu untuk bahagia sahaja,
Aku bukan seorang perempuan yang pandai bermain dengan kata-kata,
Aku seorang perempuan yang hanya mampu tersenyum melihat orang sekelilingku bahagia.
Ada seorang hamba Allah bertanya kepadaku,
Kenapa aku harus fikirkan orang lain?
Kenapa aku harus lupakan impian aku?
Kenapa aku harus bersedih melihat orang lain gembira?
Kenapa aku tak cari sendiri kebahagiaan itu?
Adakah dengan mengambil berat tentang orang lain aku masih dipersalahkan?
Aku terdiam,
Merenung ke arah jam,
Cepatnya masa berlalu,
Sudah banyak tawa tangis yang aku lalui.
Adakah pengakhiran hidupku akan bahagia?
Nurhaziz
3.19 pm
Cerpen dan novel yang terdapat di dalam blog ini hanya imaginasi yang hadir dari kotak fikiran. Jadi sudi-sudilah datang membaca dan memberi comment.
Pesanan Penaja
Terima kasih kerana singgah di blog penulis yang biasa-biasa ni. Saya merupakan seorang arkitek student yang suka sangat menulis kisah yang jelas tak masuk akal kadang-kadang. Jika berminat, sila lah komen. Saya tak marah pun. Have fun!!! Lagi satu, baca tu baca jugak, jangan copy ye. Love you guys!
Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu"
No comments:
Post a Comment