Tuesday, 17 February 2015

Sinopsis Suami Unexpected




SUAMI  UNEXPECTED

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia 24 tahun yang bernama Nurin Aqisha. Dia merupakan seorang gadis yang tidak suka membangga-banggakan kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya itu. Disebabkan dia tidak mahu bekerja di syarikat bapanya, dia memutuskan untuk bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Bandaraya Kuala Lumpur itu.

Di syarikat tersebut, dia telah jatuh cinta pada bosnya sendiri iaitu Tengku Ahmad Zafiq. Dia tertarik dengan wajah yang dimiliki oleh lelaki itu. Cukup sebulan dia bekerja di situ, dia dikejutkan dengan suatu berita yang tak dijangka.



Saya nak mintak awak tolong jadi... err jadi...” - Tengku Ahmad Zafiq

Jadi apa bos?” _ Nurin Aqisha

Jadi isteri abang saya.” _ Tengku Ahmad Zafiq

What???!!!” - Nurin Aqisha

Lain yang diharapkan lain yang terjadi. Mula-mula dia tidak berseuju dengan kata-kata bosnya itu, tapi nak tak nak dia tetap kena bersetuju dengan kata-kata bosnya itu. Dia baru sahaja mengimpikan perkhawinan yang gilang gemilang dengan Tengku Ahmad Zafiq, tapi ia hancur lebur macam tu aje.

Lain pula cerita dia dengan Tengku Ahmad Zamir ni, dia ingatkan Tengku Ahmad Zamir ni seorang lelaki yang dingin atau bongkak. Rupa-rupanya seorang lelaki yang romantik terlebih gula.


Abang kata duduk sini, duduk sini aja lah. Jangan banyak mulut boleh tak? Nanti abang bagi morning kiss dekat bibir sayang tu karang baru tahu. Dah lah pagi tadi tak dapat morning kiss.” - Tengku Ahmad Zamir.

Lama kelamaan, cinta terbit di hati Nurin Aqisha buat diri Tengku Ahmad Zamir. Dalam mereka melayari bahtera perkhawinan mereka, Tengku Ahmad Zafiq hadir untuk menagih cinta daripada Nurin Aqisha. Dapatkah perkhawinan antara mereka akan berkekalan? Adakah mereka akan berpisah? Ikutilah kisah percintaan di antara Nurin Aqisha dan Tengku Ahmad Zamir di dalam cerita Suami Unexpected ini.

No comments:

Post a Comment