BAB
10
PINTU rumah
teres dua tingkat itu dibuka dari luar oleh Aira. Dia melabuhkan
duduknya di atas sofa yang terdapat di ruang tamu itu. Rose yang
melihat kelibat Aira di ruang tamu itu, terus menegur teman
serumahnya.
“Lambat
balik hari ni Ai.” Rose melabuhkan duduknya di sebelah Aira.
“Biasalah
Rose, kerja doctor
tak
menentu. Sekejap on
call sekejap
off.
Ni dapat balik pun dah kira okay.
Nasib baik tak stay
hospital satu
malam. Lagi penat.” Kata Aira. Dia merenggangkan otot-ototnya untuk
menghilangkan sengal di badan.
“Kau
masak apa hari ni? Aku lapar lah.” Tambah Aira lagi.
“Aku
masak sup sayur dengan ikan keli masak merah. Kalalu kau nak makan,
kau pergi lah mandi dulu. Aku nak naik atas sekejap nak tengok apa
Akmal buat dekat atas tu.” Ujar Rose. Dia bangun daripada sofa itu
dan melangkah menuju ke arah tangga.
“Ah
lagi satu sebelum aku terlupa, kalau kau nak makan kau jangan lupa
panggil aku ye. Aku tak makan lagi ni.” Tambah Rose.
“Okay.”
Aira membalas.
Setelah mendengar
Aira berkata begitu, Rose terus melangkah naik ke atas menuju ke
biliknya.
ROSE membuka
pintu biliknya perlahan-lahan dan melihat apa yang sedang anaknya
lakukan sekarang. Terlihat Akmal sedang baring di atas katil sambil
bermain dengan tab.
Mungkin dia tengah main game
agaknya, kata Rose di dalam hati.
Dia berjalan menuju
ke arah Akmal dan berbaring di sebelah anaknya itu.
“Amal
buat apa tu sayang?” Soal Rose. Dia ralit melihat tangan kecil
Akmal bermain-main di atas screen
tab
itu.
“Amal
ain game. Best.”
Balas Akmal. Dia tersenyum memandang ke arah Rose.
“Game
apa
yang Amal main tu sayang? Mummy
nak
tengok boleh tak?” Soal Rose lagi. Dia mengintai sedikit game
apa
yang sedang di mainkan oleh anaknya itu. Tetapi anaknya itu
cepat-cepat menyorok game
yang
dimainkan olehnya itu.
“Mummy
nak
engok?” Soal Akmal pula.
Rose menganggukkan
kepalanya.
“Tak
oleh.” Jawab Akmal serius.
Rose mengerutkan
keningnya.
“Tak
akan tak boleh kot? Dengan mummy
pun
Amal tak kasi ke sayang? Semenjak bila pula anak mummy
ni
dah pandai berahsia. Siapa yang ajar Amal berahsia ni?” Soal Rose
lagi.
Rose
cuba mengintai game
apa yang dimainkan oleh anaknya
itu. Dia berasa pelik, kenapa mesti Akmal merahsiakan perkara yang
dilakukannya itu daripada Rose. Selalunya, semua benda dia nak bagi
tahu dekat Rose, kalau boleh. Sekarang ni dah pandai nak berahsia.
“Daddy
ajar
Amal acam ana nak berahce.” Jawab Amal.
Daddy?
Tak akan Imran kot. Siapa lagi yang Akmal panggil daddy
kalau
bukan Imran.
“Daddy
ada
datang jumpa Amal ke sayang?” Rose menyoal anaknya itu. Dia
memusingkan badannya ke arah kanan menghadap anaknya itu.
“Ada.
Adi daddy
atang
umpa Amal. Daddy
eli
Amal ainan. Best
mummy.
Mummy
nak
engok ainan Amal?” Soal Amal pula.
Tanpa menunggu
jawapan daripada Rose, Akmal terus menuju ke arah begnya yang ada di
tepi almari baju dan mengeluarkan mainan yang dikatakannya tadi. Rose
melihat Robot ultraman yang dipegang oleh Akmal itu dengan wajah yang
geram. Bila masa pulak si Imran ni ada masa nak jumpa anak aku ni?
Kenapa Kak Min tak bagi tahu aku tadi yang ada orang jumpa anak aku.
Kata Rose di dalam hatinya.
“Antik
kan mummy?”
Soal Akmal sambil menunjukkan robot itu kepada Rose.
Rose hanya
menganggukkan kepalanya sahaja. Dia tidak sampai hati memarahi
anaknya kerana menerima permainan itu daripada Imran. Tanpa membuang
masa, Rose terus mencapai telefon bimbitnya yang ada di atas meja di
sisi katil dan mendail nombor telefon Imran. Dia memandang
sekilas ke arah anaknya yang sedang bermain dengan robot itu. Selang
berapa minit panggilan daripada sana bersambut.
“Assalamualaikum
my little
princess.
Kenapa you telefon I ni? Rindu I lah tu.” Imran memberi salam dan
menyoal kepada Rose.
Rose menjawab salam
Imran itu di dalam hatinya.
“Tak
payah nak little
princess sangat.
And in you dream
lah
I nak rindukan you. Tujuan I call
you
ni, tak ada kena mengena dengan ayat-ayat jiwang karat okay.”
Balas Rose. Dia memeluk tubuh dan memandang sekilas ke arah anaknya.
“Kenapa
you tak jawab salam I ni sayang? Berdosa tahu tak you tak jawab salam
I. Memberi salam tu kan sunat dan menjawab salam tu kan wajib. You
tak nak mendoakan kesejahteraan I ke baby?”
Soal Imran lagi.
Bising betul lah
mamat ni. Mulut macam berteh jagung, pot pet pot pet je daripada
tadi. Kutuk Rose di dalam hatinya.
“You
tak payah nak berbaby
baby dengan
I lah. Geli tahu tak. I dah jawab salam you tu dalam hati tadi.”
Jawab Rose dengan perasaan yang geram.
“Ala,
asal you jawab dalam hati? Kenapa tak cakap menggunakan suara. You
ni, kedekut nak melontarkan suara you tu untuk I lah.” Rajuk Imran.
Rose
menjulingkan matanya ke atas. Dia menyampah apabila mendengar Imran
berkata begitu. Sekejap cakap manis-manis and
romantik.
Sekejap pulak cakap macam mulut puaka. Kutuk Rose lagi.
“You
jangan nak menggedik-gedik lah Imran. I call
you
ni bukannya nak dengar you punya I jiwang tak bertempat tu. I call
you
ni sebab lain tahu tak.” Tempelak Rose. Dia geram yang amat dengan
Imran Fauzan anak Tan Sri Ishak ini.
Kedengaran Imran
ketawa kecil di corong telefon itu. Ni dah kenapa pulak tiba-tiba
tergelak ni? Kena sampuk ke apa orang tua sorang ni? Kata Rose di
dalam hatinya.
“You
ni dah kenapa?” Soal Rose.
“Tak
ada apa-apa. Tiba-tiba rasa nak gelak.” Balas Imran selamba.
Rose berasa seram
sejuk mendengar Imran kata begitu.
“Dah
lah, tujuan I call
you
ni...” Belum sempat Rose menghabiskan ayatnya, Imran terus
menyampuk.
“Jawab
salam I dulu.”
Rose mendengus
kasar. Dia geram dengan perangai Imran yang tak matang itu.
“Waalaikumusalam.
Puas?” Soal Rose dengan geram.
“Puas
sangat-sangat baby.
Okay teruskan
apa yang you nak cakap sebenarnya ni?” Balas Imran.
Rose mengutuk-ngutuk
Imran di dalam hatinya.
“Tujuan
I call
you
ni, I nak tanya kenapa you datang jumpa anak I tanpa permission
daripada
I?” Soal Rose kepada tujuan asalnya menelefon Imran.
Buat habis kredit
aku aje cakap dengan Imran ni. Dah lah cakap pun merepek-repek. Kata
Rose di dalam hatinya.
“Macam
mana you tahu I jumpa anak you ni?” Soal Imran pelik.
Tak akan lah Kak Min
yang bagi tahu kot? Sebab dia dah suruh Kak Min janji jangan bagi
tahu Rose yang dia jumpa Akmal. Atau Akmal yang bagi tahu? Kata Imran
di dalam hatinya.
“Akmal
yang bagi tahu I yang jumpa dia hari ni. Siap nak berahsia-rahsia
lagi. I tak pernah ajar anak I berahsia you tahu tak.” Balas Rose.
Dia geram dengan Imran yang sesuka hati dia aje nak jumpa dengan
anaknya itu.
I
thought so.
Amal, kenapa bagi tahu mummy
yang
Amal jumpa daddy?
Aduhailah anak aku ni. Memang kena tadah telinga lah dia dengar Rose
marah dia sat lagi ni, kata Imran dalam hatinya lagi.
“Tak
akan salah kot I nak jumpa dengan Akmal?” Soal Imran dengan
takut-takut.
“Of
course salah,
you jumpa anak I tanpa izin I you tahu tak. If
something happen with my son,
I akan salahkan you seratus peratus, Imran. Akmal tu aje lah waris
yang ditinggalkan oleh Arwah Syafiq untuk I.” Jawab Rose dengan
perasaan yang marah.
Imran melepaskan
keluhan yang berat. Ada harapan lagikah untuk dia memiliki Rose
sebagai isteri dia yang sah? Soal Imran kepada dirinya sendiri.
Akmal
memandang pelik ke arah mummynya
itu. Bila dia tengok mummynya
tidak memandang kepadanya, dia terus sambung bermain robot yang
diberikan oleh Imran itu.
“Akmal
will be my son
too, Rose.
So, I tak akan buat perkara yang tak elok kepada anak you. I
sayangkan Akmal macam I sayangkan anak I sendiri.” Terang Imran.
“Since
when you
ada anak ni?” Soal Rose bodoh.
“Since
I
kenal Akmal, I dah ada anak.” Jawab Imran bersahaja.
Rose rasa nak hempuk
aje benda keras dekat kepala Imran apabila mendengar jawapan daripada
Imran itu.
“You
ingat lawak ke ah you cakap macam tu?” Soal Rose dengan geram.
Dia punya nafas
sudah tidak teratur mendengar jawapan daripada Imran itu.
“I
tak rasa macam I buat lawak pun. Part
mana
yang you kata lawak tu?” Soal Imran pula. Dia ingin mengenakan
Rose.
“Err..
err...”
“You
dah kenapa tergagap-gagap ni? Tak tahu nak jawab lah tu.” Potong
Imran. Dalam pada masa yang sama, dia sempat lagi mengenakan Rose.
“I
bukan nak cakap tergagap-gagap lah.”
“Habis
tu?”
“Three
lah.”
Rose cuba melawak.
“Tak
lawaknya.” Balas Imran sarkastik.
“Kalau
tak lawak tu tak payah lah nak cakap.” Kata Rose dengan geram.
Dia berasa malu
sebab lawak dia tak menjadi dengan Imran. Selalunya dia buat lawak
dekat Aira, ada aje yang Aira nak gelak. Si Imran ni pula, macam hati
batu lah pulak tak nak gelak dengan lawak dia tu. Hambar sangat ke
lawak aku tu? Soal Rose kepada dirinya.
“Lah...
salah ke I jujur dengan you?” Soal Imran bodoh.
“Kejujuran
you tu menyakitkan hati I you tahu tak.” Balas Rose dengan suara
yang perlahan.
“Are
you sulking, Rosalinda
Adina?” Soal Imran lagi.
“Nope.”
Jawab Rose pendek.
“Are
you sure?”
“Yes,
I'm pretty sure.” Jawab
Rose yakin.
“I
tak percaya.”
“Terpulang
pada you nak percaya atau tidak. I tak ada masa nak merajuk-rajuk
dengan you ni. Buang karan aje.”
“Okay.”
Kata Imran dengan pasrah.
“Mummy,
are you talking with who?” Soal
Akmal dengan suara yang pelat kepada Rose.
“Err...
I'm talking with
my friend, darling.” Jawab
Rose.
Imran
yang mendengar jawapan Rose itu berasa sakit hati. Kenapa Rose tak
cakap yang dia tengah cakap dengan daddy
Akmal.
Tak boleh jadi ni. Kata Imran di dalam hatinya.
“Kenapa
you tak jujur aje dengan Akmal yang you tengah bercakap dengan I
sekarang ni?” Soal Imran denan serius.
“I
malas.”
Imran mendengus
kasar mendengar jawapan yang selamba daripada Rose itu.
“I
nak cakap dengan Akmal.” Pinta Imran.
“Tak
boleh.”
“Please
Rose.”
Leret suara Imran.
“Never.”
“Kalau
you tak kasi I bercakap dengan Akmal, sekarang jugak I keluar rumah
pergi rumah you.” Ugut Imran.
“Eleh,
macam lah I takut dengan ugutan you tu.” Jawab Rose dengan angkuh.
“Don't
dare me, Rosalinda
Adina.” Kedengaran suara Imran sungguh serius ketika itu.
Rose yang berasa
takut mendengar suara Imran itu terus bersetuju memberi Imran
bercakap dengan anaknya.
“Yelah,
I kasi you cakap dengan Akmal.” Jawab Rose mengalah dengan Imran.
Imran ni jangan di
cabar. Nanti dia buat betul-betul. Naya aje aku nanti. Kata Rose di
dalam hatinya.
“Akmal,
do you want talk
with your daddy?” Soal
Rose kepada Akmal.
“Nakkkkkk.”
Jerit Akmal, lalu berjalan ke arah Rose. Dia menghulurkan tangannya
kepada Rose untuk mengambil telefon daripada Rose.
Rose yang faham
isyarat anaknya itu, terus memberi telefon yang ada di tangannya itu
kepada Akmal.
“Acalamualaikum
daddy.”
Akmal memberi salam kepada Imran.
Rose tersenyum
melihat anaknya itu. Kan best kalau Arwah Syafiq masih ada,
mesti hidup mereka akan bahagia. Rose bawak mengucap, tak elok kau
cakap macam tu. Kau sepatutnya sedekahkan al-fatihah untuk Arwah.
Kata hati Rose.
Rose melepaskan
keluhan yang berat. Dia menyedekahkan al-fatihah kepada arwah
suaminya itu. Mata dia tidak lepas-lepas daripada memandang ke arah
Akmal yang sedang bercakap dengan Imran itu.
“Waalaikumusalam
sayang, Amal buat apa tu?” Soal Imran dan membalas salam yang
diberikan oleh Akmal kepada dirinya itu.
“Amal
ain obot yang daddy
kaci
adi.” Jawab Akmal dengan pelat.
Rose
berasa geli hati melihat cara Akmal bercakap. Dia nampak lebih comel
apabila sedang bercakap. Dengan suaranya yang pelat lagi, hi
hi hi.
“Best
tak
robot tu sayang?” Soal Imran lagi.
“Best,
epash ni Amal nak agi, oleh?” Rose terkejut mendengar permintaan
Akmal itu. Aduhai lah anak, mummy
dekat
sini kamu tak nak minta. Dengan daddy
dia
pulak, siap nak berminta-minta lagi. Huh, Rose melepaskan keluhan
yang berat itu.
“Boleh
sayang. Nanti daddy
belikan
untuk Amal ye. Amal nak robot apa?”
“Amal
nak obot tranchpomes.” Rose rasa nak gelak apabila mendengar Akmal
menyebut transformers
itu.
Imran ketawa kecil
mendengar jawapan Akmal itu.
“Okay
nanti kita beli robot tranchpomes ye.” Ajuk Imran.
“Yeayyyy,
ayang daddy.”
Sorak Akmal sambil terlompat-lompat.
“Amal,
jangan lompat-lompat sayang. Nanti Amal jatuh.” Tegur Rose.
Akmal yang mendengar
mummynya itu menegur dirinya, dia terus berhenti melompat. Dia
tersengih-sengih memandang ke arah Rose.
“Daddy
sayang
Akmal jugak.” Balas Imran.
“Okay
lah
Amal, ingat pesan daddy,
jangan nakal-nakal. Jangan buat mummy
marah.
Nanti esok kalau daddy
ada
masa daddy
jumpa
Amal ye.” Tambah Imran dan memberi pesanan kepada Akmal.
“Okay
daddy.”
“Okay
lah,
daddy nak
cakap dengan mummy
boleh?”
“Oleh.”
Akmal menghulurkan telefon itu kepada Rose.
“Daddy
nak
akap ngan mummy.”
Tambah Akmal. Setelah mengambil telefon daripada tangan Akmal, Rose
terus melekapkan telefon itu ditelinganya. Akmal berlalu bermain
dengan Robot yang diberikan oleh Imran itu.
“Dah
puas cakap dengan Akmal?” Soal Rose.
“I
dah puas. Thanks
Rose.”
Ucap Imran.
“You're
most welcome.” Balas
Rose.
“Hmm...
Rose.” Panggil Imran.
“Yes.”
Sahut Rose.
“Boleh
tak esok I nak jumpa Akmal?” Soal Imran.
Rose mendiamkan diri
sambil berfikir.
“Rose...”
Panggil Imran.
“Hmm.”
“Can
I?”
“Let
me think about this.”
“Ala
Rose, tak payah lah nak fikir lagi. Boleh lah ye?”
“Yelah,
I izinkan you jumpa anak I.” Putus Rose.
“Yes
thank you, Rose. Love you.” Imran
terjerit kecil.
“Hmm...”
Balas Rose dengan malas.
“Aik,
hmm je? Kenapa tak balas balik.”
“Tak
kuasa I nak balas balik.”
“Ala
balas lah balik.” Rengek Imran.
“Tak
nak.”
“Ala
Rose...” Rengek Imran lagi.
“I
kata tak nak, tak nak lah.” Balas Rose dengan geram.
“Okay
lah
you, I nak off
dulu.
I ada kerja kejap lagi ni. Esok kita jumpa ye.” Kata Imran.
“Okay.”
“Okay
bye, love you. Mimpi
I malam ni sebelum tidur ye.”
“Never.”
Rose terus memutuskan talian. Huh,
habis kredit aku call
dia.
Kata Rose dengan geram di dalam hatinya.
Imran berasa pelik
apabila Rose mematikan talian begitu saja. Dia hanya mengangkat bahu
sahaja.
Rose berjalan ke
arah Akmal yang sedang bermain dengan robotnya itu. Dia
tersengih-sengih melihat gelagat anaknya itu bermain dengan robot.
Tiba-tiba pintu biliknya terkuak dari luar. Terjegul muka Aira di
muka pintu biliknya.
“Dah
habis berborak dah? Jom lah kita makan.” Kata Aira. Rose memandang
pelik ke arah Aira. Mungkin dia terdengar perbualan dia dengan Imran
tadi agaknya.
“Dah.”
Jawab Rose pendek.
“Okay
jom
lah kita makan. Akmal dah lapar dah tu.” Rose mengangukkan
kepalanya.
“Amal
jom kita makan sayang. Mummy
dah
masak sup sayur untuk Amal.” Ajak Rose. Akmal yang dengar perkataan
sup sayur itu terus mengangkat kepalanya dari bermain dengan robot.
“Nakkkk.”
Jerit Akmal.
Aira dan Rose yang
melihat gelagat Akmal itu terus mengamburkan ketawanya.
“Okay
jom.”
Kata Rose sambil menghulurkan tangannya untuk memimpin Akmal. Tapi
Akmal tidak membalas hulurannya itu malah dia menghulur kedua-dua
belah tangannya untuk di dukung. Rose yang faham akan isyarat anaknya
itu terus mendukung anaknya. Aira yang melihat gelagat Akmal itu
terus mencubit pipi Akmal dengan geram. Akmal tergelak apabila
menerima cubitan di pipi oleh Aira. Mereka bertiga keluar dari bilik
Rose dan turun ke bawah untuk menjamu selera.
“ROSE
tadi
Imran call
kau
kan?” Soal Aira kepada Rose.
Rose menganggukkan
kepalanya mengiyakan kata-kata Aira itu.
“Eh...
correction.
Bukan Imran yang call
aku,
tapi aku yang call dia.” Kata Rose tersengih-sengih.
Aira tersenyum
melihat gelagat Rose itu. Dah ada perubahan sikit kepada Rose. Dia
dah boleh tersengih-sengih. Dia harap dengan kehadiran Imran ini
boleh mengubah Rose yang baru ini kepada Rose yang lama.
“Kau
tak terfikir ke nak terima Imran dalam hidup kau Rose?” Soal Aira
lagi.
Rose melepaskan
keluhan mendengar soalan Aira itu.
“Aku
bukan tak nak terima dia Ai, tapi aku masih ragu-ragu lagi.” Jawab
Rose.
“Apa
yang kau ragu-ragu lagi Rose? Imran tu baik, tak rugi pun kalau kau
terima Imran dalam hidup kau.” Balas Aira.
“Entah
lah Ai. Aku pun tak tahu nak buat macam mana.” Jawab Rose. Dia
menyuap nasi ke dalam mulut Akmal. Akmal kelihatan berselera makan
nasi dengan sup sayur kegemarannya itu.
“Kau
tak kesian dekat Akmal ke? Dia dah anggap Imran tu daddy
dia
dah Rose. Kau kena fikir juga perasaan anak kau tu.” Kata Aira. Dia
menyuap nasi ke dalam mulut dan memandang sekilas ke arah Akmal yang
duduk di sebelah Rose di hadapannya itu.
“Aku
buntu lah Ai, aku masih sayangkan arwah.”
“Tak
salah kau nak sayangkan arwah. Tapi cuba kau fikir masa depan kau
dengan Akmal. Jangan pentingkan diri Rose. Buka pintu hati kau untuk
terima Imran dalam hidup kau. Aku rasa dia yang terbaik untuk kau dan
Akmal.” Terang Aira kepada Rose.
“Tengok
lah macam mana, aku masih pening lagi. Dengan Dahlan yang suka ganggu
aku dekat office.
Lagi lah bertambah pening aku dibuatnya.” Ngadu Rose kepada Aira.
“Hal
Dahlan tu kau tak payah nak difikirkan sangat. Dari sebelum kau
kahwin dengan Arwah Syafiq lagi dia ashik kacau kau. Apa yang penting
sekarang, masa depan kau Rose.” Ujar Aira.
“Tengok
lah macam mana Ai.” Rose terus menyuap anaknya itu makan.
Adakah patut untuk
aku terima Imran di dalam hidup aku? Aku tak nak cerita dekat Ai yang
aku terima ugutan daripada Dahlan. Dahlan memang menggerunkan diri
aku. Aku tak nak jadi apa-apa dekat Imran kalau Imran hidup dengan
aku. Kata Rose di dalam hatinya. Dia melepaskan keluhan yang berat.
“Aku
harap kau dapat buat keputusan yang tepat.” Setelah Aira berkata
begitu, dia terus membawa pinggan kotornya menuju ke dapur untuk
membersihkannya.
Aku akan cuba buat
keputusan yang tepat Ai, tekad Rose di dalam hatinya.
Aku akan abaikan
ugutan daripada Dahlan itu. Daripada dulu lagi Dahlan ashik mengugut
dirinya, tetapi dia hanya membuat bodoh dengan ugutan daripada Dahlan
itu. Dahlan itu, cakap aje besar, tapi sampai sekarang dia tak
buat-buat dengan ugutannya. Jadi ada peluangkah aku untuk menerima
Imran di dalam hidup aku dengan Akmal? Kata Rose kepada dirinya.
Aku kena buat solat
istikharah kali ini, kata Rose di dalam hatinya lagi.
Salam, best jalan cite nie tak sabar nak tunggu Rose terima Imran...
ReplyDeletewaalaikumusalam, terima kasih rozita kadiman. terus menyokong saya ye :)
DeleteHi saya suka jalan cerita e-novel ni. Harap berjaya ke versi cetak
ReplyDelete