Thursday, 26 March 2015

Qaseh Alana Bab 4



BAB 4

QASEH ALANA leka membuat kerja tanpa mempedulikan jam yang sudah menunjukkan pukul 10 itu. Sedang Qaseh Alana leka membuat kerjanya, tiba-tiba pintu bilik Qaseh Alana dirempuh kasar daripada luar. Qaseh Alana yang terkejut terus memanggung kepalanya melihat siapa gerangan yang menolak pintu biliknya itu dengan kasar.

Muncul seorang perempuan yang mengenakan seluar yang mengikut kaki, blouse serta tudung yang dililit seperti fesyen zaman sekarang. Dia memandang pelik ke arah perempuan yang memandang tajam ke arahnya itu.


Siapa pulak perempuan ni? Soal Qaseh Alana kepada dirinya sendiri.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu cik?” Soal Qaseh Alana dengan nada yang lembut kepada wanita itu.

Amanda memandang Qaseh Alana dengan pandangan yang menjengkelkan.

“I nak jumpa tunang I. Dia ada tak?” Balas Amanda dengan nada yang angkuh.

Oh ini rupa-rupanya tunang Tengku Asytar. Cantik. Memang sesuai dengan Tengku Asytar. Sama cantik sama padan. Desis Qaseh Alana sendiri.

“Tengku ada Cik...”

Just call me Amanda.” Jawab Amanda angkuh.

Qaseh Alana tersenyum mendengarnya.

“Tengku ada Cik Amanda. Cik Amanda nak jumpa Tengku sekarang ke?” Soal Qaseh Alana masih dengan suara yang lembut. Dia tak suka nak menengking-nengking orang ni. Bukan prinsip hidup dia buat perkara macam tu.

Amanda yang mendengar soalan tak masuk akal daripada Qaseh Alana itu terus menjulingkan matanya ke atas. Dia memeluk tubuh lalu menghadiahkan jelingan yang tajam buat wanita itu.

“You ni dah tahu I nak jumpa you punya bos sekarang, yang you pergi tanya I nak jumpa dia sekarang atau tidak tu, kenapa? Tengku Asytar ni dah gila ke ambil secretary yang bodoh macam you ni?” Balas Amanda dengan nada yang geram.

Qaseh Alana tersenyum manis mendengarnya. Walaupun hatinya sakit apabila mendengar wanita itu menggelar diri dia bodoh tapi dia tetap senyum.

“Maaf kalau kata-kata saya tadi buat Cik Amanda terasa, tapi yang tak boleh saya terima, perlu ke Cik Amanda panggil saya bodoh? Cik Amanda tu pandai sangat ke sampai panggil saya bodoh?” Ujar Qaseh Alana dengan nada yang sinis. Senyuman dia sudah bertukar menjadi sinis selepas dia berkata begitu.

Amanda mengetap giginya kegeraman. Geram dengan kata-kata yang keluar daripada mulut wanita itu.

“You tahu tak siapa yang melawan cakap I, dia akan kena fired lepas tu. You nak kena pecat ke ah?” Soal Amanda dengan suara yang kuat.

Staff staff yang ada di berdekatan dengan biliknya itu terus memandang ke arah mereka.

Kalau ye pun nak cari pasal dengan aku, kenapa tak tutup pintu bilik tu? Desis Qaseh Alana kepada dirinya sendiri.

“Cik Amanda kalau nak cari pasal dengan saya, boleh tolong tutup pintu tu tak? Itu kalau Cik Amanda ada rasa malu, if Cik Amanda tak ada rasa malu, dipersilakan bukak pintu bilik saya tu besar-besar, biar semua orang tengok dan dengar. Baru meriah satu office ni, betul tak?” Perli Qaseh Alana.

Amanda yang geram diperli itu terus menutup pintu bilik Qaseh Alana dengan kuat dan kasar.

“ You memang tak kenal I siapakan perempuan?” Soal Amanda lalu menarik kerusi di hadapan meja Qaseh Alana dengan kasar. Dia melabuhkan duduknya di situ.

Qaseh Alana kulum senyuman manis buat wanita itu.

“Memang lah saya tak kenal Cik Amanda siapa malah saya tak teringin pun nak kenal siapa Cik Amanda.” Balas Qaseh Alana selamba.

Amanda mengetap bibirnya geram.

“You memang berani menjawab cakap I kan?”

“Sudah tentu lah saya berani. Selagi saya boleh menjawab apa yang Cik Amanda soalkan kepada saya, selagi tu saya akan terus menjawab.” Qaseh Alana masih tidak mengalah dalam membalas kata-kata wanita di hadapannya itu.

Amanda menepuk meja Qaseh Alana dengan kuat sehingga terangkat bahu Qaseh Alana akibat terkejut.

“You tahu tak, buruk padahnya kalau menjawab kata-kata I?” Soal Amanda dengan suara yang perlahan tapi bernada tegas.

“Maaf Cik Amanda saya langsung tak tahu. Tak ada pulak orang kata dekat saya kalau menjawab kata-kata Cik Amanda akan buruk padahnya. Jadi saya memang betul-betul tak tahu.” Jawab Qaseh Alana selamba.

Amanda mengetap giginya kuat.

“I akan buat you berhenti dari menjadi secretary Asytar, perempuan.” Jerit Amanda kuat.

Do what you want Cik Amanda. I don't even care. Meskipun I di berhentikan oleh Tengku Asytar, banyak lagi kerja menanti I. Bukan syarikat ni aje yang memerlukan khidmat I sebagai secretary, right?”

“Jangan cabar I!”

“Saya tak berminat nak cabar Cik Amanda tapi Cik Amanda yang cabar diri Cik Amanda sendiri. Jadi siapa yang cabar siapa sekarang ni?” Qaseh Alana masih tidak melatah dengan kata-kata wanita itu.

Amanda tidak betah berlama-lama di situ bersama perempuan di hadapannya. Dia menolak kasar kerusi yang dia duduk tadi lantas berdiri di hadapan Qaseh Alana.

Qaseh Alana mendongakkan kepalanya memerhati wajah Amanda.

“I akan buat you berambus daripada company ni.”

Okay.” Jawab Qaseh Alana terus.

Amanda yang makin bertambah geram terus keluar daripada bilik Qaseh Alana lalu menghempas pintu bilik wanita itu dengan kuat.

Qaseh Alana hanya memandang pintu biliknya yang tertutup itu dengan pandangan yang kosong. Kalau macam ni lah gaya tunang Tengku, macam mana lah gaya Tengku melayan dia ye? Desis Qaseh Alana sendiri

Kalau dia diberhentikan kerja, nampaknya dia kena balik kampung buat kerja kampung aje lah.

Qaseh Alana melepaskan keluhan berat lalu melakukan kerjanya semula. Dia malas nak fikir kata-kata wanita itu. Apa yang nak berlaku lepas ni, dia terima dengan redha.




AMANDA menolak pintu bilik Tengku Asytar kasar sampai mengejutkan lelaki yang sedang membuat kerja itu. Amanda terus merebahkan duduknya pada sofa yang ada dalam bilik Tengku Asytar. Tengku Asytar memandang pelik ke arah tunangnya yang berwajah cemberut itu.

What's wrong with you sayang?” Soal Tengku Asytar kepada Amanda. Dia mengorak langkah menghampiri tunangnya.

“Apa nama setiausaha you tu Asy?” Soalan Tengku Asytar di balas soalan oleh Amanda.

“Qaseh Alana. Why?” Soal Tengku Asytar sambil mengerutkan keningnya.

Amanda tersengih mendengarnya.

Nama langsung tak sedap. Nama aku lagi sedap, ada hati nak kenakan aku. Cermin diri tu dulu lah, kutuk Amanda dalam hatinya.

“Macam mana you boleh terima dia as your secretary Asytar?” Amanda masih lagi tidak menjawab soalan daripada Tengku Asytar itu.

“Dia buat apa dekat you Amanda?” Soal Tengku Asytar terus.

“Dia lawan cakap I. How rude are she towards me? I geram tahu tak.” Rungut Amanda dengan suara yang keras. Kali ni baru Amanda menjawab soalan Tengku Asytar.

Tengku Asytar tersenyum sinis.

“Jadi you dah terkena lah ni dengan dia?”

What do you mean by that, Asytar?” Amanda menyoal dengan wajah yang pelik.

“I dah dua kali kena dengan dia, Amanda. Bila you tengok muka dia mesti you fikir yang dia tak akan melawan cakap you kan?" Amanda menganggukkan kepalanya.” Tapi sangkaan kita memang meleset. Bila dia melawan cakap you, you kena lah telan kata-kata dia tu." Tambah Tengku Asytar.

Amanda mendengus kasar lalu berkata. “Kenapa you tak pecat aje perempuan tu? Menyakitkan hati tahu tak. I rasa macam nak cili aje mulut dia.”

Tengku Asytar melepaskan keluhan lemah.

“I dah penat lah nak pecat secretary I di sebabkan you, Amanda. Tired. You cuba lah jangan treated my staff like your PA.” Rungut Tengku Asytar.

“Habis tu you nak biarkan aje perempuan tu jadi secretary you?”

Tengku Asytar menganggukkan kepalanya.

Amanda kulum senyuman sinis.

“Sanggup pulak you nak dengar dia sindir you ye?” Perli Amanda.

“Sanggup. Asalkan dia tak mencarut, itu sudah memadai.” Jawab Tengku Asytar.

“Dah lah, I malas nak cakap pasal perempuan tu. I datang jumpa you ni sebab nak bincangkan hal semalam bukannya sebab perempuan tu.” Ujar Amanda kepada tujuan asalnya.

Okay, go ahead.”

“I nak kita postpone our wedding next year.”

What?” Tengku Asytar mempamerkan wajah terkejut kepada tunangnya.

“You dah gila ke? Nenda I dah bising tahu tak suruh kita percepatkan perkhawinan kita.” Sambung Tengku Asytar.

“Asy, I kena hantar dekat Paris for three months then I ada ikat kontrak dengan satu company selama lima bulan. That's why I nak you postpone our wedding next year.” Terang Amanda dengan suara yang lembut dan kepada Tengku Asytar.

Tengku Asytar mendengus kasar.

Since when dekat Paris dia nak buat show khas untuk pakaian muslimah?”

Amanda tersenyum sinis mendengar soalan daripada tunangnya itu. Kalau dah buta fesyen, buta lah jugak. Kutuk Amanda dalam hatinya

“You, zaman sekarang ni dah moden okay. Worldwide tranding pasal fashion muslimah. You ni memang buta fesyen betul.” Kutuk Amanda.

Tengku Asytar menjulingkan matanya ke atas.

Whatever, I memang tak berminat langsung dengan fashion you tu.” Balas Tengku Asytar selamba.

Amanda mendengus mendengar tunangnya berkata begitu.

“Nenda I kata, kalau you postpone our wedding dia akan pergi rumah you untuk putuskan pertunangan kita. Kalau you nak kahwin dengan I, you buat cara nak kahwin dengan I, Amanda. I ni bukannya muda lagi. I dah 30 tahun tau.”

“Nenda you kena lah faham I yang kerja sebagai model ni.” Rungut Amanda.

“Nenda I dah terlampau fahamkan you sampai you pijak kepala dia.” Sinis Tengku Asytar membalas.

“Asy tolong lah, kali ni aje I suruh you postpone. After kontrak I habis dengan company tu, kita terus kahwin okay?” Pujuk Amanda. Dia harap Tengku Asytar faham situasi dia sekarang.

Tengku Asytar mengurut-urut janggut sejemputnya perlahan. Dia cuba menerima kata-kata tunangnya itu lalu dia melepaskan keluhan lemah.

Okay, kali ni aje Amanda. After this kalau you buat perkara yang sama, I tak akan layan you.” Tengku Asytar mengalah.

Amanda tersenyum apabila Tengku Asytar setuju dengan cadagannya itu.

Thank you sayang, ni yang buat I makin sayangkan you ni.” Ujar Amanda dengan suara yang ceria.

Hmm.” Balas Tengku Asytar malas.

Amanda mengerling pada jam yang melilit tangannya itu.

“I balik dulu lah Asy. Lepas ni I ada shoot.” Pamit Amanda.

“I baru nak ajak you lunch.” Ujar Tengku Asytar dengan suara yang lirih.

“You ajak je lah secretary you yang mulut celupar tu lunch dengan you. I pergi dulu ye sayang, bye.” Selepas berkata begitu, Amanda terus keluar daripada bilik Tengku Asytar.

Tengku Asytar hanya memandang langkah Amanda dengan pandangan yang sebal. Dia bangun daripada sofa itu lalu pergi ke mejanya untuk menyambung kerjanya semula.


“Aku buat kerja lagi bagus.” Kata Tengku Asytar perlahan. Dia terus melakukan kerjanya itu.

2 comments: