Saturday, 21 March 2015

Suami Unexpected 9&10



BAB 9

DAH turun dah kamu berdua ni? Ibu ingatkan tak nak makan lah tadi. Seronok duduk dalam bilik ye?” Sakat Puan Sri Diana. Aku lihat angah sedang menahan diri daripada ketawa.

“Eish ibu ni, jangan fikir kat lain ye.” Aku membalas lalu terus mengambil tempat di sebelah Zamir.

“Apa salahnya ibu fikir kat lain, kan darling?” Tan Sri Omar pula yang menyampuk.

“Betul tu bang.” Ibu dengan ayah ni memang sekepala betul. Macam manalah anak-anaknya tak mengikut perangai kuat menyakat mereka itu.



“Ibu dengan ayah ni kalau sehari tak menyakat adik memang tak sah kan?” Aku sudah memuncung kan mulut.

“Zamir, hang tengok tu ah bini hang ni, dah muncung macam itu. Apa lagi cium lah.” Choi! Sengal punya angah. Tak guna betul. Apa kes cium dekat meja makan ni?

“Abang jangan nak mengada-ngada eh.” Aku terus menjeling Zamir yang ada di sisi aku. Mamat sorang ni pun bukannya boleh pakai sangat. Kang dia buat betul-betul, mampus aku.

“Abang nak buat apa pula ni?” Soal Zamir dengan wajah yang pelik.

“Tak payah nak buat muka macam tu lah abang, menyampah.” Aku terus mencedok nasi untuk aku dan Zamir. Marah marah pun tetap isi kan nasi untuk Zamir. Kan layan suami ni dapat pahala.

“Mir, puteri hutan ni dah merajuk lah.” Sengal lah angah ni. Apa kes puteri hutan pula ni?

“Nanti saya pujuk lah dia, ngah. Senang kacang goreng je nak pujuk dia ni.” Okay kita tengok sejauh mana senang kacang goreng kau tu Zamir.

“Kalau kau dapat pujuk minah emotional ni, memang aku tabik spring lah.” Tak payah nak tabik spring sangat lah Najmi Afiq oi.

“Dah angah, kamu jangan nak menyakat adik kamu ni. Bila budak tu tak ada, tahu lah pulak rindu.” Puan Sri Diana terus mencubit lengan sasa angah selepas berkata begitu.

“Apa ni ibu, cubit-cubit tangan angah ni. Tahu lah sasa, kenapa ibu jealous ke?” Najmi Afiq menyakat Puan Sri Diana pula. Dah habis sakat adik, sakat ibu pun boleh.

“Buat apa ibu nak jealous tengok tangan kamu? Kalau tangan Zul Ariffin tu, ibu jealous lah kalau tengoknya. Tangan pun keding, ada hati nak cakap ibu jealous tengok tangan dia.” Aku dan Zamir terus menghamburkan ketawa. Aduh lawak lah ibu ni. Muka angah cemberut saja bila dengar ibu cakap macam itu.

Tan Sri Omar berdehem apabila mendengar Puan Sri Diana memuji Zul Ariffin.

“Abang ni kenapa?” Soal Puan Sri Diana kepada suaminya.

“Siapa Zul Ariffin tu darling? Tough sangat ke badan dia tu?” Aik tak akan Tan Sri Omar kita ni jealous kot.

“Memang tough pun. Kenapa abang jealous ke?” Puan Sri Diana mengangkat keningnya berulang kali. Hamboi ibu ni, nak kena kan ayah ke?

“Eh tak lah, saya tak jealous pun.” Dalih Tan Sri Omar lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut dengan perlahan-lahan.

“Abang, darling dah hidup dengan abang ni nak dekat 34 tahun tau. Darling dah arif sangat dengan perangai abang ni.” Ibu dengan ayah memang sweet. Kadang-kadang terselit rasa cemburu di dalam hati ini.

“Ye memang abang cemburu pun.” Puan Sri Diana terus menghamburkan ketawanya, apabila mendengar suaminya berkata begitu.

“Itu pun nak jealous ke abang? Zul Ariffin tu pelakon lah. Lagi pun tough mana pun badan dia tu, badan abang lagi tough daripada badan dia.” Pandai betul Puan Sri Diana kita ni ambil hati suami dia ye?

Aku lihat angah makan dengan khusyuknya. Dia tak kisah pun akan gelagat ibu dan ayah. Angah ni memang hati batu sangat-sangat. Macam mana lah bila dia dah kahwin nanti kan? Kesian isteri dia nanti. Makan hati berulam jantung lah nampaknya.

Jealous lah, dah darling puji lelaki lain depan abang. Dah... dah... tak payah nak cakap pasal dia, lebih baik kita makan. Si angah ni pun, dah nak habis makan dah.” Angah tu hati batu ayah. Dia mana heran dengan aksi-aksi romantik ni.

“Abang, angah nak kahwin. Saya happy sangat.” Najmi Afiq yang sedang meminum air itu terus tersembur apabila mendengar Puan Sri Diana berkata begitu.

“Ei apa ni ngah. Tak senonoh betul lah. Nak sembur air pun, dekat arah lain lah.” Aku mengelap muka aku yang terkena air yang disembur oleh angah. Zamir juga turut membantu mengelap muka aku. Haih ni yang bertambah sayang dekat Zamir ni. Aik? Dah kenapa aku cakap sayang dekat Zamir ni? Buang tabiat ke apa.

Sorry lah dik, tersembur lah.” Angah mengelap mulutnya yang ada kesan air ketika tersembur tadi.

Aku menghadiahkan jelingan yang tajam ke arah angah. Dia hanya tersenyum sumbing apabila aku menghadiahkan jelingan tersebut. Aku geram ni, habis muka comel aku kena sembur dengan air. Yang paling jijiknya, ia datang daripada mulut angah. Agak-agak lah kalau nak tersemburnya, janganlah sampai sembur dekat muka aku. Yang orang dekat sebelah aku ni, ashik nak menahan gelak je daripada tadi. Geram pulak aku dengan perangai dia ni.

“Abang kalau nak gelak, gelak je. Tak payah nak tahan-tahan.” Marah aku kepada Zamir.

“Abang mana ada nak gelak yang, jangan lah sensitif sangat.” Aku terus menghadiahkan Zamir sebuah jelingan maut.

Tiba-tiba kedengaran suara Tan Sri Omar.

“Betul ngah? Ini yang buat ayah rasa teruja sangat ni. Anak teruna kita yang sorang ni nak kahwin. Buat kenduri tiga hari tiga malam lah ye.” Ha ha ha ayah ni nak perli angah ke apa.

“Apa abang ni, asal nak buat kenduri tiga hari tiga malam pula? Saja je nak kenakan anak teruna kita tu. Dia nak kahwin pun dah cukup baik tau.” Tegur Puan Sri Diana kepada Tan Sri Omar.

“Ala, abang saja je gurau. Dia nak kahwin pun abang dah bersyukur. Tak ke gitu Afiq?” Tan Sri Omar mengangkat keningnya kepada Najmi Afiq.

“Haa...betul tu ayah betul.” Jawab Najmi Afiq dengan teragagap-gagap.

“Kau nak kahwin ngah? Alhamdulillah, bertemu jugak kau dengan jodoh ye.” Zamir terus mengucap syukur.

“Kau perli aku ke apa Mir? Aku backhand kau kang.” Najmi Afiq sudah mengangkat tangannya.

“Eh bila masa pulak aku perli kau ni. Aku mengucapkan kata syukur yang kau dah nak kahwin. Tu pun di katakan perli ke?” Soal Zamir dengan muka yang blur.

“Dik, kenapa laki kau ni blur sangat?” Soal Najmi Afiq sambil menjeling aku.

“Biar lah dia nak blur ke tidak. Janji dia tak buat aku sakit hati.” Jawab aku lalu memasukkan makanan ke mulut.

“Haa... sesuai lah tu jadi laki bini. Sorang blur sorang lagi selamba.” Aku hanya menjulingkat mata ke atas mendengar kata-kata angah itu.

Jealous lah tu. Ibu cepat-cepat pergi masuk meminang bakal isteri angah tu. Biar dia matang sikit. Tak ada kerja nak menyakat orang je.” Najmi Afiq terus menolak kerusi dan berlalu naik ke atas. Merajuk lah tu, fikir aku kisah.

Tan Sri Omar, Puan Sri Diana dan Zamir hanya menggelengkan kepala sahaja melihat telatah dua beradik itu. Pantang berjumpa mesti bergaduh. Belum masuk lagi yang si alongnya. Mahu roboh rumah ni dibuatnya oleh mereka. Tapi mereka lah penceria hari-harinya.




SAYANG, tak baik tau sakat angah tadi.” Kata Zamir kepada aku.

“Biar lah, baru padan dengan muka dia. Ashik Nurin je yang kena dengan dia. Sekarang ni biar dia rasa pulak apa yang Nurin rasa.” Aku membalas lalu menyikat rambut lurus aku yang panjang paras bahu.

“Haih kesian angah tau sayang.” Zamir terus menuju ke arah aku dan mengusap bahu aku. Erk, apa Zamir nak buat ni? Jangan dia tuntut hak dia sudah. Dah lah aku tak bersedia lagi. Aku dah terima dia tak bermakna aku nak serah diri. Ibu tolong adik!!!

“Err... abang nak buat apa ni?” Seram pulak aku tengok senyuman Zamir ni. Senyuman dia macam nak mintak penyepak pun ye gak.

“Salah ke abang nak sentuh isteri abang ni?” Zamir sudah mengangkat-angkat keningnya. Ya Allah, apasal seram semacam je muka Zamir ni.

“Er... er... ta... tak salah he he he.” Dah pahal pulak aku tergagap-gagap ni.

“Abang tahu memang tak salah pun.” Zamir terus memegang tangan aku yang sedang memegang sikat itu. Dia meramas-ramas jemari halus aku itu.

“Kenapa sejuk semacam je tangan sayang ni? Are you okay?” Zamir sudah tertawa kecil melihat kegugupan aku.

I'm okay. Maybe sebab aircond kot, sebab tu rasa sejuk je tangan Nurin ni.” Dalih aku.

“Ye ke sejuk sebab aircond? Bukan sejuk sebab abang ada dekat sini ke?” Dah tahu aku sejuk sebab kau, yang kau berdiri dekat belakang aku ni kenapa? Kutuk aku dalam hati.

“Eh tak lah, mana ada. Okay lah abang, Nurin nak tidur dulu. Night.” Aku terus bangun dan ingin menuju ke arah katil. Belum sempat aku bergerak aku rasa aku dipeluk dari belakang oleh Zamir.

Relax lah sayang. Abang tak akan mintak hak abang selagi sayang belum bersedia. Don't worry okay? Kalau nurin nak tidur pergi lah tidur. Jangan shaking sangat.” Zamir ketawa lalu melepaskan pelukannya ke atas diri aku.

Kurang asam keping jawa punya Zamir. Aku menjeling Zamir dengan tajam.

“Aip, tak baik jeling suami. Berdosa tau sayang.” Zamir membesarkan matanya kepada aku. Ingat aku kisah dengan mata besar dia tu.

“Tak baik kutuk suami dalam hati sayang!” Pesan Zamir lagi. Macam mana dia tahu aku kutuk dia? Pelik lah dia ni. Tanpa membuang masa lagi aku terus menuju ke atas katil untuk tidur. Biarkan Zamir tu dengan perangai pelik dia, leih baik aku tidur. Zamir yang melihat gelagat isterinya, hanya tersenyum-senyum dari tadi. Haihlah isteri, macam manalah abang tak sayang isteri abang ni. Kata Zamir dalam hatinya.





BAB 10

DI dalam bilik honeymoon suite yang di sediakan oleh Prince Hotel and Residence Kuala Lumpur terdapat sepasang pengantin yang sedang bersiap dan di bantu oleh pembantu-pembantunya.

“Abang kita nak buat dekat taman kan? Tapi kenapa kita kena stay dekat hotel ni? Dah lah jauh taman yang kita nak pergi tu.” Rungut aku sambil melihat mak andam membetul-betulkan dress yang dipakai olehku itu.

“Nak buat macam mana, mama dengan papa yang suruh kita stay sini.” Balas Zamir. Dia melangkah menuju ke arahku.

“Kenapa abang tak cakap je dengan papa buat dekat hotel yang dekat dengan taman tu? Kan senang kita stay dekat situ je. Tak ada nak kena tempah hotel 5 star macam ni.” Rungut aku lagi.

Zamir memelukku dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu kanan aku tanpa mempedulikan orang lain yang berada di dalam bilik honeymoon suite ini. Memang muka tembok betul si Zamir ni, kutuk aku dalam hati.

“Ala biar lah papa tempah jauh dari taman tu, mungkin papa nak suruh kita ride jauh-jauh. Who knows right sayang?” Zamir menghadiahkan senyuman yang manis kepada ku melalui cermin almari solek yang ada di hadapan kami ini. Aku membalas senyuman yang dihadiahkan oleh Zamir kepada ku.

“Abang suka lah kan ride jauh-jauh ni?” Aku menyoal sambil mengangkat kening yang ala-ala Ziana Zain itu.

Of course I like it sayang. Riders kental ni.”

Ha ha ha, banyak lah abang punya riders kental.” Kutuk aku lalu meletakkan tangan aku ke atas tangan Zamir yang melingkari pinggang aku ini.

Pembantu-pembantu yang ada di dalam bilik ini hanya tersenyum-senyum melihat gelagat kami.

“Abang.” Panggil aku dengan suara yang mendayu.

“Ye sayang.” Jawab Zamir dengan suara yang manja.

“Boleh tolong lepaskan tak? Nurin tengah malu ni dia orang duk pandang-pandang kita daripada tadi.” Jawab aku dengan suara yang perlahan.

“Nanak!” Jawab Zamir seperti budak-budak.

Aku menampar tangan Zamir yang melilit pinggang aku itu dengan geram.

“Ingat comel lah tu buat suara macam budak-budak?”

“Memang comel pun.” Zamir mengelip-ngelipkan matanya.

Aku menujulingkan mata ke atas. Menyampah betul!

“Hodoh sangat abang buat macam tu, abang tahu tak?”

“Tak lah. Abang rasa sweet aje.” Selepas berkata begitu, Zamir terus mencium pipi aku. Pipi aku memerah apabila pembantu-pembantu tersenyum melihat gelagat Zamir itu.

Memang sengal betul si miang ni.

Dengan perasaan yang geram, aku terus mencubit tangan Zamir yang melilit pinggang aku itu.

“Auch... yang... yang... sakit yang... aduh... duh... duh... duh...” Rintih Zamir. Kuat betul si miang ni menyeringai.

Pembantu-pembantu yang ada di dalam bilik itu semua ketawa melihat gelagat kami.

“Nak lepaskan atau tidak?” Tangan aku masih mencubit tangan Zamir.

“Tak nak lepaskan.” Jawab Zamir dengan senyuman yang menggoda.

Muka aku terkejut mendengar jawapan daripada Zamir. Dah kena cubit pun tak nak lepas jugak ke si miang ni?

“Tak sakit ke kena cubit ni?” Tangan aku berhenti daripada mencubit Zamir. Macam tak sakit aje dia ni kena cubit. Tadi bukan dia menyeringai ke? Mesti lah sakit. Ke dia tipu aku dengan pura-pura menyeringai.

“Sakit. Tapi abang ni kan macho, mana boleh jerit-jerit ni. Jatuh lah saham abang.” Jawab Zamir dengan suara yang bangga.

Aku menjuihkan bibir mendengar kata-kata Zamir itu.

“Perasan!”

“Yang perasan ni jugak lah suami sayang tau.”

“Yelah, tak akan suami beruk pulak kan.”

“Hamboi, kau samakan aku dengan laki beruk ke yang?”

“Lah... terasa diri tu laki beruk ke?”

Pembantu-pembantu dalam bilik itu sudah bantai gelak mendengar kata-kata daripada kami. Seronok sangat kot tengok gelagat kami suami isteri ni.

“Yang.” Jerit Zamir kecil.

“Ye bang.” Jawab aku dengan suara yang manja.

“Tak patut betul lah sayang ni. Ada ke patut kata abang ni laki beruk. Abang yang handsome lagi bergaya ni suami kepada Nurin Aqisha tau.” Zamir melepaskan pelukannya lalu menepuk-nepuk dadanya.

Aku tersenyum sinis lalu memusingkan badan menghadap Zamir.

“Tolong jangan perasan boleh tak?”

“Tak boleh.”

“Ikut suka hati abang lah. Sekarang ni Nurin nak bersiap. Jadi, abang dipersilakan keluar daripada bilik ni sekarang.” Arah aku.

“Hoi, halau ke?”

Aku memeluk tubuh dengan mata memandang ke arah Zamir.

“Terasa diri kena halau ke, bang?” Aku menari-narikan kening aku.

Zamir menghentakkan kakinya. Aku memandang dengan perasaan yang menyampah dengan kelakuan Zamir itu.

“Tak payah nak hentak kaki sangat lah. Dah keluar.” Aku menolak badan dia keluar daripada bilik kami.

Pembantu-pembantu kami hanya memandang sahaja gelagat kami. Selepas Zamir keluar daripada bilik dia terus memusingkan badannya menghadap aku.

“Merajuk sepuluh minit dengan sayang.” Jawab Zamir dengan mulut yang memuncung.

Okay.” Aku terus menutup pintu bilik setelah berkata begitu.

Zamir yang melihat reaksi isterinya itu terus terkedu. Apalah nasib badan dapat bini yang selamba lagi ganas ni, kata Zamir dalam hatinya.

Dia terus berlalu dari situ menuju ke bawah. Mungkin keluarga dia sedang menunggu mereka dekat bawah. Biarlah dia yang turun dulu sementara isterinya sedang bersiap.




HA Mir, mana menantu mama? Dia tak siap lagi ke?” Soal Tengku Maria setelah melihat tubuh anaknya berdiri di hadapannya.

“Belum siap lagi ma.” Jawab Zamir. Dia melabuh duduk di sofa di sebelah papanya. Kalau dia tak kacau isteri dia tadi, mungkin mereka berdua dah turun bawah bersama-sama.

“Lambatnya siap. Kenapa kamu tak tunggu isteri kamu je?”

“Kena halau.” Zamir menjawab pendek.

Zafiq yang mendengar abang dia punya jawapan itu terus tersenyum sinis. Padan muka kau kena halau dengan bini sendiri, kutuk Zafiq dalam hatinya.

“Kena halau? Siapa yang halau kamu?”

“Menantu kesayangan mama lah yang halau Mir.” Jawab Zamir dengan suara lirih. Dia masih berasa sedih lagi, kena halau dengan isteri dia tadi.

“Kamu kacau dia ke Mir sampai dia halau kamu?” Tengku Maria memandang ke arah anaknya dengan mata yang kecik. Anak dia ni bukannya boleh diharapkan sangat. Mesti ada sebab kenapa dia kena halau. Tak akan menantu dia saja-saja nak menghalau anak dia keluar daripada bilik mereka.

“Ala, salah ke Mir peluk dia ma?” Tengku Maria yang mendengar jawapan anaknya itu terus mengetuk kepala anaknya.

“Memang patut pun isteri kamu tu halau kamu keluar daripada bilik. Sebuk sangat nak mengacau dia. Padan lah dengan muka kamu.” Tengku Maria membebel dekat anaknya itu.

Zamir mengosok-gosok kepalanya perlahan. Mulut dia memucung sambil mata memandang ke arah mamanya.

Zafiq terus bantai gelak bila melihat abangnya kena ketuk dengan mamanya. Sabar lah ye bang, kata Zafiq dalam hatinya.

“Apa ni Mar ketuk kepala anak tu. Kesian dia.” Tegur Tengku Ziqri. Kesian pulak dia apabila melihat anaknya itu kena ketuk dengan isterinya. Bukanya perlahan kalau dia ketuk, mahu weng anak dia tu dibuatnya.

“Papa, tengok lah mama ni. Dia ketuk kepala Mir.” Zamir mengadu kepada Tengku Ziqri.

Zafiq yang melihat gelagat abangnya terus menjulingkan matanya ke atas. Gedik punya abang. Menyampah aku tengok, kutuk Zafiq dalam hatinya.

“Ye, papa tengah tengok lah bini kesayangan papa ni.” Ujar Tengku Ziqri malas. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang menjengkilkan mata kepadanya.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Soal Tengku Ziqri pelik ke arah isterinya.

“Abang dah lama hidup ke cakap macam tu?”

“Kenapa? Mar, nak belasah abang pulak ke?”

“Abang!” Suara Tengku Maria naik seoktaf. Dia memandang suaminya dengan pandangan yang tajam.

“Apa?”

“Tak akan lah Mar nak belasah suami kesayangan Mar ni.” Balas Tengku Maria dengan suara yang manja.

Zamir dan Zafiq sudah menjulingkan matanya ke atas apabila mendengar suara manja mamanya itu.

Tengku Ziqri hanya menyangkan muka bolayan dengan aksi manja isterinya itu. Dalam hati dah cair dengar suara manja Tengku Maria.

“Papa... mama... kalau nak bermanja-manja dalam bilik ye. Bukannya dekat lobi hotel ni.” Tegur Zafiq.

Tengku Maria dan Tengku Ziqri menjeling anak keduanya itu.

“Jangan sebuk lah.” Ujar Tengku Ziqri.

Zafiq hanya mengangkat bahunya sahaja. Malas nak layan perangai tak matang mama dan papanya itu.

Bibir Zamir tersenyum melihat mama dan papanya itu. Perangai mama pun ada macam Nurin sebab tu aku sayang Nurin hi hi hi, desis Zamir sendiri.

Mereka semua masih menunggu kehadiran Nurin yang sedang bersiap di dalam bilik. Lama betul bini kesayangan aku ni bersiap, kata Zamir sendiri dalam hatinya.

Sorry lama tunggu.” Tegur satu suara.

Keluarga Tengku Ziqri terus mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Ternganga mulut mereka melihat wajah wanita itu.

“Subhanallah!” Jawab mereka serentak.




WHY?” Soal aku dengan wajah yang pelik. Ada yang pelik ke dekat diri aku ni. Aku rasa tak ada pulak aku pakai baju terbalik tadi. Okay je aku tengok depan cermin.

You're dead gorgeous!” Jawab Tengku Maria.

You're so perfect!” Ujar Tengku Ziqri.

You're damn beautiful!” Zafiq juga memuji.

Aku memandang mereka bertiga serentak. Selepas itu pandangan aku di halakan ke arah Zamir yang turut ternganga memandang ke arah aku.

Aku berjalan mendekati Zamir lalu memaut lengan sasa milik Zamir.

“Tak nak puji Nurin macam dia orang puji Nurin ke bang?” Bisik aku ke telinga Zamir.

“Siapa yang nak puji dia?” Bisik Zamir jugak. Dia sengaja ingin menyakat isterinya itu.

“Tak nak puji lah ni?”

“Perlu ke?” Soalan dibalas soalan.

“Eh mesti lah perlu. Nurin isteri abang kan.”

Bibir Zamir terukir senyuman sinis.

“Tak akan isteri beruk kot yang.”

Aku yang mendengar Zamir berkata begitu terus menjulingkan mata ke atas. Sengal! Tiru ayat aku je si miang ni.

“Itu ayat Nurin lah. Ayat lain tak ada ke?” Kami terus membisik tanpa mempedulikan pandangan daripada Tengku Zqiri, Tengku Maria dan Zafiq.

“Ada.” Zamir menjawab sepatah.

“Apa dia?”

“Isteri kepada Tengku Ahmad Zamir yang handsome.”

Aku mencebikkan bibir. Menyampah! Part handsome tu rasanya dah boleh buang dah sebenarnya.

“Itu aku tahu lah ngok. Kau ni bang, sengal betul.”

“Sengal... sengal... ni jugak lah, laki kau yang.”

“Memang lah laki aku, tak akan laki beruk kot.” Balas aku selamba.

“Sayang, kalau sayang kata abang ni laki beruk, yang beruk tu sayang lah ha ha ha.” Zamir terus bantai gelak selepas berkata begitu.

Tengku Ziqri, Tengku Maria dan Zafiq yang memandang mereka daripada tadi terus memandang mereka dengan pandangan yang pelik. Macam mana dia orang tak pandang pelik, kalau laki beruk aku ni gelak macam beruk.

“Yang kamu gelak macam orang tak betul ni kenapa Zamir?”” Soal Tengku Zqiri.

“Biasalah sawan papa.” Jawab aku perlahan.

Zamir memberi jelingan maut kepadaku. Aku hanya buat muka tak tahu dengan jelingan dia tu. Nasib baik Tengku Ziqri tak dengar apa yang dia cakap. Kalau tak, ada jugak yang kena pelangkung dengan orang tua tu.

“Tak ada papa, Mir saja je gelak. Kan yang?”

Aku menganggukkan kepala berkali-kali.

“Papa ingatkan kamu kena sawan tadi.” Jawab Tengku Ziqri selamba.

Aku yang tak tahan gelak, terus gelakkan Zamir. Bukan aku sahaja yang gelak, mama dan Zafiq juga turut gelakkan Zamir. Tak menahan dengan bapak mertua cakap macam tu. Aduh papa, you're the best father-in-law.

“Yang, kenapa gelakkan abang?” Soal Zamir sambil berbisik dengan suara yang lirih. Bibir dia sudah mencebik.

“Papa buat lawak, Nurin gelak lah.”

“Sedih tau, sayang abang ni gelakkan abang.”

Ala chill lah abang. Baru kena gelak sikit dah merajuk. Dia gelakkan kita boleh pulak.”

“Abang boleh lah gelakkan Nurin. Nurin mana boleh gelakkan abang.”

Terbuntang biji mata aku dengan kata-kata Zamir itu.

“Ei menyampah lah dengan abang ni. Tak adil tahu tak.” Rungut aku perlahan.

“Adil lah tu.”

“Adil kepala otak hang.”

Zamir tergelak mendengar isterinya berkata begitu. Dia suka menyakat isterinya itu tapi isterinya selalu mengokkan dia. Apa lah malang nasibnya, hu hu hu.

Zafiq yang melihat gelagat mereka berdua itu terasa panas hatinya. Dia tak betah nak lihat mereka berasmara depan dia sekarang ni. Lebih baik dia halang cepat-cepat.

“Bang, Fiq rasa kita dah boleh pergi dah sekarang ni. Mereka semua mesti dah tunggu kita.” Ujar Zafiq. Dia ingin menghentikan aksi manja mereka berdua itu.

Zamir yang sedang bergurau dengan isterinya itu terus berhenti apabila mendengar kata-kata adiknya. Dia memandang jam yang melilit tangan kirinya itu. Memang betul mereka dah lambat seperti apa yang dijanjikan.

“Hmm baiklah. Jom lah kita gerak. Nanti lambat lah pulak sampainya.” Balas Zamir.

Tengku Ziqri, Tengku Maria dan Zafiq menganggukkan kepalanya lalu berjalan keluar daripada hotel itu.

Zamir yang melihat keluarganya yang berjalan ke depan terus menahan isterinya dari terus berjalan.

Aku memandang pelik ke arah Zamir.

Why?”

“Dekat sana nanti jaga mata tau yang.” Pesan Zamir.

“Jaga mata?”

“Yelah, jangan pandang lelaki lain. Nanti abang jealous.”

“Tak akan tak boleh pandang langsung?” Aku pura-pura buat muka sedih. Sengaja nak kenakan laki beruk aku ni he he he.

No way baby.”

Aku menjulingkan mata ke atas. Baby cincau kau, geli tahu tak. Aku kata benda tu dalam hati aje lah. Kang nanti ada jugak yang merajuk. Nak memujuk tu yang malas sebenarnya.

“Yelah, Nurin ingat. Tapi kalau terpandang jangan marah.” Aku terus mengorak langkah meninggalkan Zamir di belakang.

Zamir yang mendengar jawapan daripada isterinya itu, terasa berasap telinganya. Selamba badak kau je cakap macam tu dekat laki handsome kau ni kan yang? Kata Zamir dalam hatinya.



Dia turut melangkah mendekati isterinya yang jalan menonong ke depan. Apa lah nasib badan yang tough ni, hu hu hu.

3 comments: