Friday, 3 April 2015

Qaseh Alana Bab 7



BAB 7

TENGKU ASYTAR masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang malas. Salah satu sebab kenapa dia tak nak balik awal ialah sebab dia tak nak menempuh jammed. Memang buat badan dia ni berasa letih.

Dia merungkaikan ikatan tali leher yang menjerut lehernya dengan tangan kanan manakala tangan kiri pula memegang briefcase.

Terbias daripada pandangan matanya wajah pembantu rumah yang sedang menyediakan makanan.

“Awal balik hari ni Asy.” Tegur Mak Nah. Tangan dia laju menyediakan makanan untuk dua beranak itu.

Tengku Asytar melabuhkan duduknya pada sofa yang ada di ruang tamu rumah agamnya itu.

“Kerja tak banyak, Asy balik lah awal Mak Nah.” Balas Tengku Asytar dengan mata yang terpejam.

Mak Nah yang melihat telatah cucu majikannya itu hanya menggeleng sahaja.

“Nenda mana Mak Nah?” Soal Tengku Asytar. Mata dia masih lagi terpejam semasa menyoalkan soalan kepada wanita itu.

“Nenda kamu dekat atas. Pergi lah naik Asy. Bersihkan diri tu. Lepas tu turun makan.” Arah Mak Nah.

Tengku Asytar menegakkan badannya lalu melepaskan keluhan berat. Malas sangat nak bergerak naik ke atas. Tapi sebelum Dato' Tengku Fauziah tu naik angin, lebih baik dia naik atas terus. Dengan langkah yang malas, Tengku Asytar menapak naik ke atas. Baru saja dia ingin memijak anak tangga yang pertama, dia terdengar nama dia di laung oleh Nendanya daripada atas. Dia mendongakkan kepalanya melihat wajah Nenda yang ketat sambil memeluk tubuh.

Nenda ni tak reti nak senyum ke? Ashik ketat je muka tu, patut lah tua. Desis Tengku Asytar dalam hatinya.

“Nenda tanya ni, kamu baru balik ke? Yang duk pandang nenda macam tu kenapa?” Soal Dato' Tengku Fauziah lalu berjalan turun ke bawah.

Tengku Asytar hanya memandang langkah Dato' Tengku Fauziah turun ke bawah. Sampai saja di bawah, wanita itu terus berdiri di hadapannya.

“Ha'ah, Asy baru balik.” Jawab Tengku Asytar. Dia ingin naik ke atas dengan segera. Malas nak menjawab kesemua soalan nendanya itu. Kalau nak menjawab pun, tunggu lah badan dia segar dulu. Baru dia akan menjawab soalan nendanya.

Baru saja dia ingin memusingkan badannya ke belakang, dia di soal lagi oleh nendanya.

Where you want to go Asytar?”

“Asy nak naik atas nenda. Nak mandi dengan solat. Penat ni.”

Dato' Tengku Fauziah hanya memandang wajah cucunya itu. Persis wajah anak lelakinya. Cuma, perangai anak lelakinya tak sama macam perangai cucu dia ni. Tak tahu ikut perangai siapa. Menantu dia juga sopan santun. Lembut aje bila bercakap.

“Lepas mandi dengan solat, kamu jangan tak turun makan pulak. Lepas makan, nenda ada benda nak cakap dengan kamu.” Pesan Dato' Tengku Fauziah.

Tengku Asytar hanya mengangguk.

“Baik lah nenda. Nanti Asy turun. Nenda jangan lah risau. Bukannya Asy tak turun langsung pun.” Jawab Tengku Asytar dengan suara yang malas.

Dato' Tengku Fauziah mencebik mendengarnya.

“Kamu kalau tak menajawab memang tak sah kan?”

“Asy ada mulut, Asy jawab lah.” Ujar Tengku Asytar. Sempat lagi dia memakai ayat secretarynya itu.

“Asytar!” Suara Dato' Tengku Fauziah naik seoktaf. Sakit pulak hati dia apabila mendengar cucunya berkata begitu. Dia ingat aku ni kawan dia ke, dia nak layan aku macam tu? Desis Dato' Tengku Fauziah dalam hatinya.

Okay lah nenda, Asy naik dulu ye. Bye.” Tengku Asytar mencium pipi Dato' Tengku Fauziah, selepas itu berdesup dia lari naik ke atas. Dato' Tengku Fauziah kalau dah start membebel atau marah, sedialah kapas banyak-banyak. Memang tak menahan telinga ni nak mendengarnya. Sakit.

Dato' Tengku Fauziah menggeleng melihat telatah cucunya itu. Memang tak makan saman betul si Asytar ni.

Mak Nah yang ada di meja makan itu juga turut tersenyum. Kelakar melihat telatah dua beranak itu.

“Dato'...” Panggil Mak Nah.

Dato' Tengku Fauziah memusingkan badannya ke belakang lalu mengangkat kening ke arah pembantu rumahnya itu.

“Kenapa Nah?”

“Dato' nak makan dulu atau nak tunggu Asy?” Soal Mak Nah dengan suara yang lembut.

Dato' Tengku Fauziah kulum senyuman manis.

“Saya tunggu dia. Awak pergi lah buat apa yang patut.”

Mak Nah mengangguk.

“Baiklah Dato'.” Selepas berkata begitu, wanita tua itu terus berlalu ke dapur untuk melakukan kerjanya.

Dato' Tengku Fauziah hanya memerhati langkah pembantu rumahnya. Dia mengorak langkah menuju ke arah meja makan makan lalu melabuhkan duduknya di situ sementara menunggu cucunya bersiap di atas.




NADIA yang baru pulang itu memandang pelik ke arah teman serumahnya yang sedang bersenang-lenang di hadapan tv sambil memakan keropok. Dia memandang ke arah jam yang tergantung di dinding yang sudah menunjukkan pukul 7.45 malam itu.

Awalnya Alana balik hari ni, desis Nadia dalam hatinya. Dia berjalan menghampiri Qaseh Alana lalu melabuhkan duduknya di sebelah wanita itu.

“Awal kau balik hari ni Alana.”

Qaseh Alana menejeling sekilas ke arah kawannya yang sedang duduk di sebelahnya itu.

“Ha'ah, ada driver tolong hantarkan tadi.” Jawab Qaseh Alana dengan muka selamba.

Driver? Semenjak bila kau ada driver ni?” Berkerut-kerut dahi Nadia apabila menyoal kawan baiknya itu.

Tersenyum kecil Qaseh Alana mendengarnya.

“Ada orang offer diri nak tolong hantarkan tadi. Kau jangan main-main tau Nad, driver aku ni kerja besar. Lagi besar daripada aku.”

“Yeke?”

“Yelah.

Semakin pelik muka Nadia apabila mendengarnya.

“Kerja apa driver kau tu?” Soal Nadia lagi.

“CEO.” Balas Qaseh Alana sepatah.

Nadia memandang ke arah Qaseh Alana dengan mata yang besar.

“CEO? Kau biar betul Alana. CEO mana yang terencat akal nak jadi driver kau ni?” Ujar Nadia dengan nada terkejut.

Ketawa kecil Qaseh Alana mendengar soalan daripada Nadia itu. Memang bagus lah kau gelar dia terencat akal Nadia. Daripada pagi tadi dia buat perangai pelik dekat aku. Aku ni pun dah malas nak layan perangai pelik dia satu hari suntuk. Nasib baik aku tak ikut perangai terencat akal dia tu. Kata Qaseh Alana dalam hatinya.

“Bos aku sendiri.”

“Bos kau?” Berlapis-lapis dahi Nadia menyoal kawannya itu.

“Ha'ah.” Qaseh Alana masih mempamerkan muka selamba.

“Gila apa bos kau tu nak jadi driver kau? Meroyan? Kerja CEO tapi terencat akal nak jadi driver secretary. Apa kebengongnya lah bos kau tu Alana.” Kutuk Nadia.

Qaseh Alana yang tak menahan mendengar kawannya berkata begitu terus ketawa. Memang bagi habis si Nadia ni dekat Tengku Asytar tu. Kalau dia tahu orang tengah kutuk dia sekarang, memang berasap-asaplah telinga lelaki tu.

“Kau ni kalau ye pun, agak-agak lah. Aku memang pening nak layan perangai dia satu hari suntuk ni. Penat.”

Nadia hanya melepaskan keluhan lemah.

“Tapi kan Alana, kau tak rasa ke cara bos kau buat dekat kau tu macam dia suka dekat kau?”

Qaseh Alana ketawa kecil. Apa punya statement lah si Nadia ni bagi dekat dia? Tak paham betul.

“Cik Nadia, bos aku tu dah tunang. Kau faham tak tunang. Jadi, tak ada maknanya dia nak suka dekat aku. Mahu aku kena serang dengan tunang dia. Tak ke niaya namanya tu.” Balas Qaseh Alana lalu menggeleng. Rasa nak gelak lagi dengar statement Nadia tadi.

Nadia mencebik.

“Cik Qaseh Alana, sedangkan orang yang berkahwin pun boleh bercerai-berai tak akan orang yang dah tunang tak boleh putus kan?”

Qaseh Alana melepaskan keluhan lemah. Walauapapun, prinsip dia hanya satu. Dia tak akan merampas hak orang melainkan orang itu sudah tidak berpunya. Tapi... Tengku Asytar tu, tak akan berpunya ke? Lelaki tu sayang sangat dengan tunang dia. Mana mungkin dia tak akan berpunya. Huh! Memang sakit apabila mencintai seseorang dalam diam ni.

“Nad, kau tahu prinsip aku kan?”

“Prinsip apa pulak ni?”

“Nad... aku tak akan merampas hak orang.”

Nadia mengeluh.

“Tapi Alana, kalau lelaki tu sukakan kau walaupun dia dah bertunang macam mana?” Tebak Nadia.

Qaseh Alana tersenyum sinis.

Nonsense Nadia. He deadly love his fiancee. Mana mungkin tiba-tiba dia beralih arah nak suka dekat aku.”

Nadia memusingkan badannya menghadap Qaseh Alana. Dia memegang lengan kawan dia itu dengan lembut.

Are you falling in love towards him?” Soal Nadia untuk meminta kepastian.

Qaseh Alana memandang wajah Nadia yang sedang tertanya-tanya itu. Perlu ke dia bagitahu Nadia apa yang dia rasa? Qaseh Alana mengeluh lalu mengukirkan senyuman manis.

No.” Qaseh Alana membalas sepatah. Matanya dihalakan semula ke arah tv. Tak sanggup dia nak pandang wajah Nadia sebab dia tahu kawan dia boleh baca apa yang dia rasa.

Nadia kulum senyuman sinis.

“Aku kenal kau bukan sebulan dua Alana tapi since kita umur 18 kita dah kenal. Aku tahu kau sukakan dia. Mata kau... aku boleh baca Alana. Kenapa kau perlu tipu aku? Sebab dia dah bertunang? Macam tu?”

Qaseh Alana mengeluh lalu mengangguk.

Come on Alana. Qaseh Alana yang aku kenal bukan macam ni. Kenapa kau nampak lemah hanya kerana seorang lelaki?”

Qaseh Alana melepaskan keluhan berat pula kali ni.

Did you trust, love at first sight?” Soal Qaseh Alana tanpa memandang wajah Nadia.

Nadia mengangguk.

Yes, why?”

Qaseh Alana kulum senyuman manis.

“Masa pertama kali aku jumpa dia, aku dah jatuh cinta. Tapi... officemate aku kata, jangan jatuh cinta dengan dia sebab dia dah bertunang.” Ujar Qaseh Alana lalu mengeluh. “Dalam banyak-banyak kaum adam dalam bumi Allah ni, kenapa aku mesti jatuh cinta pada seorang lelaki yang sudah berpunya? Sakitnya tu sampai mencengkam ulu hati aku Nad. Setiap kali aku menidak dan menghalangkannya, setiap kali tu jugaklah rasa cinta aku makin menggebu buat dia.” Tambah Qaseh Alana lalu menundukkan kepalanya. Mata dia sudah berair selepas berkata macam tu. Sungguh sedih apabila kita mencintai seseorang yang sudah berpunya. Sangat sedih.

Nadia terus memeluk badan Qaseh Alana. Dia tahu apa yang kawan dia rasakan. Memang perit perasaan ni, usah di katalah. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dia mengusap lembut belakang badan Qaseh Alana.

“Sabar lah Alana. Kau belajar lah lupakan dia. In Shaa Allah, pasti ada seseorang yang akan menanti kau.” Ujar Nadia dengan suara yang perlahan.

“Macam mana aku nak belajar lupakan dia Nad kalau setiap hari aku kena menghadap muka dia? Kau cakap dengan aku macam mana?”

Nadia mengeluh. Dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Sungguh berat masalah yang di hadapi oleh sahabatnya itu.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi satu je benda yang kau boleh buat iaitu berdoa kepada-Nya. In Shaa Allah, Dia akan membantu kau.” Nasihat Nadia. Dia melepaskan pelukannya terhadap Qaseh Alana lalu memandang wajah wanita itu dengan pandangan yang lembut.

“Aku masuk bilik dulu. Nak mandi dengan solat. Ingat pesan aku Alana.” Pamit Nadia dan dia sempat memesan kepada Qaseh Alana sebelum berlalu daripada situ.

Qaseh Alana mengangguk dan hanya memandang langkah wanita itu.


“Aku akan cuba lupakan dia Nad.” Kata Qaseh Alana perlahan.

1 comment: