BAB
8
TENGKU
ASYTAR turun ke bawah dengan
tangan yang membetul-betulkan rambutnya. Gaya dia membuat macam tu
lagak macam nak jumpa kekasih tetapi dia hanya ingin menghadap nenda
tersayang yang sudah menanti dia daripada tadi. Dia menuju ke arah
meja makan dan dengan segera dia menarik kerusi tersebut lalu
melabuhkan duduknya di situ. Dia menghadiahkan senyuman yang manis
kepada Dato' Tengku Fauziah yang sedang memandangnya itu.
“Sorry
late nenda.” Ujar Tengku Asytar.
Dato'
Tengku Fauziah masih memandang telatah cucunya itu tanpa membalas
kata-kata daripada Tengku Asytar.
Tengku
Asytar mengangkat keningnya ke arah Dato' Tengku Fauziah. Dah kenapa
pulak nenda pandang aku macam tu? Aku pakai baju terbalik ke? Detik
Tengku Asytar sendiri. Dia memandang ke arah dirinya. Tak ada apa
yang pelik.
“Ada
apa-apa yang tak kena pada Asy ke nenda?” Soal Tengku Asytar lembut
dengan muka yang pelik.
Dato'
Tengku Fauziah menggeleng.
“No.”
Jawab Dato' Tengku Fauziah sepatah.
“Then,
kenapa pandang Asy macam tu?”
“Kenapa?
Nenda dah tak boleh pandang kamu ke Asytar?”
Tengku
Asytar menggeleng lalu membetulkan cara duduknya.
“Asy
tak kata tak boleh but
Asy cuma pelik, why are
you looking at me like that?
Macam ada sesuatu yang tak kena pada Asy dari pandangan nenda ke?
Dato'
Tengku Fauziah mengeluh. Nenda pandang kamu sebab cara kamu sebijik
macam papa kamu Asytar. Sungguh nenda rindu sangat dengan papa kamu.
Kenapa Amin cepat sangat tinggalkan bonda? Bonda rindu sangat dengan
Amin. Rintih Dato' Tengku Fauziah dalam hatinya. Dia meraup mukanya
perlahan lalu memandang semula ke arah cucunya.
“Just
forget it Asytar. Nenda
nak cakap sikit dengan kamu sebelum kita makan.”
Tengku
Asytar mengangkat bahunya. Dia malas nak bersoal banyak dengan
nendanya. Lebih baik dia dengar apa yang nendanya nak cakap. Sudah
lah dia dah lapar sangat ni.
“Nenda
nak cakap apa?” Soal Tengku Asytar terus.
“About
Amanda.”
Tengku
Asytar menggaru kepalanya perlahan lalu dia mengeluh berat. Macam
mana dia boleh lupa tentang Amanda tu? Kalau dia bagitahu nenda apa
yang dikatakan oleh Amanda tengahhari tadi, pasti wanita itu akan
memarahinya. Argh... serabutnya.
“Nenda
nak tahu apa je pasal tunang Asy tu?”
Dato'
Tengku Fauziah terus terusan memandang cucunya.
“Pasal
perkhawinan kamu. Dah bincang dengan dia?”
Tengku
Asytar membuang pandang ke arah lain. Tak sanggup dia nak menyakiti
hati tua nendanya itu. Sungguh tak sampai hati.
“Asytar...”
Panggil Dato' Tengku Fauziah. Aku soal dia boleh pula dia pandang ke
arah lain. Haih... macam-macam betul perangai budak sorang ni. Desis
Dato' Tengku Fauziah sendiri.
Tengku
Asytar terus mendiamkan dirinya. Dia melepaskan keluhan berat lalu
mengalihkan pandangan ke arah nendanya semula. Jari-jarinya
diketuk-ketuk perlahan di permukaan meja. Apa yang harus dia cakap?
Sungguh kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dia takut apa yang akan
diperkatakan nanti akan membuat nendanya marah. Bukannya dia tak
kenal Dato' Tengku Fauziah ni.
“Asytar...”
Panggil Dato' Tengku Fauziah lagi sambil mengangkat keningnya. Dia
masih menunggu cucunya membalas pertanyaan dia tadi.
“Kami
dah bincang and...”
Tengku Asytar tidak dapat meneruskan katanya sebab dia takut untuk
melihat reaksi Dato' Tengku Fauziah.
“And
what Asytar?”
Tengku
Asytar mengeluh berat.
“Dia
mintak postpone
setahun.” Ujar Tengku Asytar dengan suara yang perlahan.
Dato'
Tengku Fauziah yang mendengarnya terus berasa berang. Dia bangun dari
duduknya lalu menghentak meja maja makan itu dengan kuat sampai
terangkat bahu Tengku Asytar akibat terkejut. Dia menelan air liurnya
perlahan-lahan. Matilah aku, desis Tengku Asytar sendiri. Dato'
Tengku Fauziah memandang ke arah Tengku Asytar dengan pandangan yang
tajam sambil bercekak pinggang. Membara hati dia ni mendengar
kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut cucunya itu.
“Habis
tu, kamu setuju lah?” Melenting suara Dato' Tengku Fauziah menyoal
cucunya.
Tengku
Asytar mengangguk lemah. Habis lah kau Asy, habis. Kata Tengku Asytar
dalam hatinya.
“Asal
kamu ni bodoh sangat? Kamu tahu tak yang perempuan tu nak pergunakan
kamu aje? Sia-sia nenda hantar kamu belajar tinggi-tinggi tapi bila
nak uruskan masalah macam ni, tak reti nak gunakan otak. Mana kamu
letak otak kamu Asytar? Dekat lutut? Lutut kamu ke yang guna otak
kamu tu, Asytar?” Bebel Dato' Tengku Fauziah kepada Tengku Asytar.
Tengku
Asytar hanya menelan kata-kata yang dilontarkan oleh nendanya itu.
Peritnya, memang tak payah nak cakap lah. Berdesing telinga dia ni
mendengarnya. Tapi, ayat setiausaha dia lagi pedas. Boleh buat dia
rasa nak tampar aje bibir nipis tu. Huh!
Dato'
Tengku Fauziah masih memandang tajam ke arah cucunya itu.
“Asy...
Asy... mintak maaf nenda.” Jawab Tengku Asytar dengan suara yang
terketar-ketar. Dia menundukkan kepalanya dari memerhati wajah garang
nendanya itu.
Dato'
Tengku Fauziah mengeluh berat lalu melabuhkan duduknya semula. Dia
mengurut-urut dadanya perlahan. Sakit betul hati dia dengan perangai
cucu dia ni. Harap aje lelaki, tapi otak satu sen pun tak boleh
pakai. Sayang sangat dengan tunang dia tu sampai tunang dia pijak
kepala dia secara halus pun, dia tak sedar.
“Nenda
nak pergi rumah keluarga Amanda esok.” Ujar Dato' Tengku Fauziah
dengan suara yang tegas.
Terangkat
kepala Tengku Asytar mendengarnya. Nenda nak buat apa pergi rumah
Amanda ni. Detik Tengku Asytar sendiri.
“Untuk
apa nenda?” Soal Tengku Asytar dengan wajah yang pelik.
“Untuk
memutuskan pertunangan kamu dengan dia.” Jawab Dato' Tengku
Fauziah.
“Nenda!”
Jerit Tengku Asytar. Tak sangka nenda dia nak buat macam tu kepada
dia. Sampai hati nenda buat Asy macam ni. Rintih Tengku Asytar
sendiri.
Dato'
Tengku Fauziah memandang cucunya dengan wajah yang sinis.
“Nenda
dah tak peduli Asytar. Kamu kena ingat, kalau tak sekarang Amanda tu
mintak putus tunang dengan kamu, lambat-laun dia pasti akan
lakukannya. Kamu kena ingat tu Asytar.”
Tengku
Asytar menyandarkan badannya ke kerusi dengan lemah. Dia tahu Amanda
tak akan lakukan semua tu. Dia tahu Amanda sayangkan dia. Mana
mungkin wanita itu akan memutuskan pertunangan mereka. Dia harus
melarang nendanya daripada melakukan semua tu. Ye, dia harus.
“Amanda
tak seperti apa yang nenda fikirkan. Amanda tak akan kecewakan Asy
nenda. Tolong jangan pergi rumah dia untuk putuskan pertunangan
kami.” Rayu Tengku Asytar.
“Nenda
tak nak kamu kecewa di kemudian hari Asytar. Nenda sayang kamu sebab
tu nenda nak yang terbaik untuk kamu.” Balas Dato' Tengku Fauziah.
Tengku
Asytar melepaskan keluhan lemah. Dia memandang sayu ke arah nendanya
itu.
“Kalau
nenda nak yang terbaik untuk Asy, nenda kena ikut permintaan Asy.
Jangan pergi rumah Amanda. Tolong nenda, I
beg.” Tengku Asytar
terus-terusan merayu.
Dato'
Tengku Fauziah memandang sayu ke arah cucunya. Kenapa Asy ni bodoh
sangat? Kenapa Asy masih tak nampak apa yang Amanda telah buat
sekarang? Kenapa Asy, kenapa? Kata Dato' Tengku Fauziah dalam
hatinya. Dia melepaskan keluhan berat. Mata dia masih tidak lepas
dari memandang wajah cucunya itu.
“Ikut
suka hati kamu lah Asytar. Kalau kamu dah menyesal suatu hari nanti,
jangan datang melutut dekat nenda. Masa tu, nenda memang tak akan
layan kamu.” Selepas berkata begitu, Dato' Tengku Fauziah terus
berlalu daripada ruang makan itu. Hilang selera dia apabila
membangkitkan perkara ni. Cucunya itu memang tak akan pernah sedar.
Mabuk sangat cintakan wanita tu.
Tengku
Asytar menekurkan pandangannya pada makanan yang terhidang di atas
meja. Dia juga turut hilang selera makan apabila mendengar kata-kata
nendanya itu. Masih salah ke apa yang dia lakukan sekarang ni? Huh...
QASEH
ALANA merebahkan badannya ke
tilam dengan kasar. Dia meraup-raup mukanya lalu memandang ke arah
siling bilik. Dia masih teringat lagi perbualannya dengan uminya
tadi. Sungguh dia tak sangka apa yang diperkatakan oleh uminya itu.
Sungguh.
“Assalamualaikum
Alana, anak umi sihat?” Soal Puan Qasidar lembut kepada anak
perempuannya.
Qaseh
Alana tersenyum mendengar suara uminya itu. Rindu umi, desis Qaseh
Alana sendiri.
“Waalaikumusalam
umi. Alana sihat je. Umi dengan abah apa khabar? Sihat? Adik-adik
semua macam mana?” Balas Qaseh Alana. Dia melabuhkan duduknya pada
birai katil dengan bibir yang masih terukir senyuman manis. Ikutkan
hati dia, nak aje dia terus balik ke kampung. Sungguh dia rindukan
keluarganya yang ada di kampung itu.
“Kami
semua sihat Alana. Bila Alana nak balik Johor ni? Kami semua rindu
sangat dekat kamu.” Ujar Puan Qasidar dengan lenggok yang masih
lembut.
“Alana
kan baru mula kerja umi. In Shaa Allah, kalau tak ada aral, baliklah
Alana nanti.”
Puan
Qasidar kulum senyuman manis.
“Alana...”
“Ye
umi.”
Puan
Qasidar mengeluh. Berat sungguh hati dia nak perkatakan semua ni
kepada anaknya. Dia tahu, pasti anak daranya itu akan terluka. Tapi
dia nak buat macam mana, hajat orang, tak akan dia nak membangkang.
“Umi
ada sesuatu nak cakap dengan kamu ni.”
Qaseh
Alana tersenyum dengan wajah yang berkerut.
“Apa
dia ye umi? Umi buat Alana rasa suspen pulak menanti.” Ketawa kecil
Alana setelah berkata begitu.
Puan
Qasidar hanya tersenyum sumbing. Maafkan umi Alana.
“Petang
tadi, ada orang datang merisik kamu.”
Mati
terus senyuman Qaseh Alana mendengar kata-kata yang keluar daripada
mulut uminya itu. Nasib baik saja telefonnya tidak jatuh dari
genggamannya. Siapa pulak yang datang merisik aku tanpa pengetahuan
aku ni? Desis Qaseh Alana sendiri.
“Siapa
yang datang merisik Alana umi?”
Puan
Qasidar mengeluh.
“Kawan
abah. Dia datang merisik untuk anak dia.” Balas Puan Qasidar.
Ya
Allah, adakah kau memberi ganti Tengku Asytar dengan lelaki yang
datang merisik aku itu? Huh.
Qaseh Alana menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi itu ke
belakang.
“Siapa
nama dia umi.”
“Umi
pun lupa nama dia apa Alana. Dia pun tadi tak ada sebab sekarang ni
dia ada dekat Kuala Lumpur.”
Qaseh
Alana mengeluh berat. Siapa pulak yang datang merisik dia ni.
“Tak
akan umi tak ingat langsung.”
“Betul,
umi tak ingat. Umi ralit sangat dekat dapur tadi. Umi pun malas nak
ikut campur abah kamu berborak dengan keluarga dia tapi kata maknya
tadi, esok dia nak jumpa kamu dekat tempat kerja kamu. Umi pun dah
bagitahu dekat mana kamu kerja. Kamu kenal-kenal lah dengan dia nanti
ye Alana. Umi dengan abah tak paksa Alana untuk memilih dia.” Ujar
Puan Qasidar. Dia tak nak memaksa anak dia menerima lelaki tanpa
kerelaan anak dia. Cukup lah anak dia gembira, itu sudah memadai.
“Perlu
ke Alana jumpa dia umi?”
“Jumpa
aje lah Alana. Kalau kamu tak berkenan, cepat-cepat bagitahu umi.”
Qaseh
Alana mengeluh lalu mengangguk.
“Baik
lah umi, besok Alana jumpa dia.” Putus Qaseh Alana.
Puan
Qasidar tersenyum.
“Alana
umi, jangan rasa terpaksa dengan apa yang umi suruh ni ye sayang. Umi
hanya suruh Alana jumpa dia tapi umi langsung tak memaksa Alana.
Jangan buat keputusan kerana kesiankan umi dengan abah. Buat
keputusan untuk masa depan Alana. Kebahagiaan Alana tu lagi penting.
Ingat pesan umi.” Nasihat Puan Qasidar lembut.
Qaseh
Alana ukir senyuman manis.
“In
Shaa Allah umi. Doakan Alana permudahkan segala-galanya.”
“Umi
sentiasa mendoakan anak umi ni. Umi tutup dulu ye Alana. Kamu jaga
diri baik-baik dan ingat pesan umi.” Sempat lagi Puan Qasidar
memasan kepada anaknya sebelum mematikan talian.
Terus
mati lamunan Qaseh Alana apabila mendengar bunyi kucing menjerit di
luar rumahnya. Dia melepaskan keluhan lemah. Dia bangun dari
pembaringannya lalu duduk di birai katil.
Siapa
lah lelaki tu? Kenapa lah dia perlu hadir saat macam ni? Betul ke dia
pengganti Tengku Asytar? Huh.
Ya
Allah semoga aku dapat buat keputusan yang tepat. Doa Qaseh Alana
dalam hatinya.
(Y)
ReplyDelete(Y)
ReplyDelete