Monday, 20 April 2015

Suami Unexpected 15



BAB 15

ZAFIQ membuang pandang ke arah tasik dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Keluar sahaja daripada rumah tadi, dia tidak singgah ke pejabat tapi dia terus singgah ke tasik ini.
Telinga dia masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh papanya tadi. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia dah mengasari isteri abang dia. Dia juga tahu dia dah buat mama papa dan paling penting abang dia marahkan dia. Kenapa lah dia ni jahat sangat? Kenapa perlu dia rampas hak orang sedangkan dekat luar sana ada lagi ramai perempuan yang dia boleh buat isteri. Dia menguak rambutnya kasar ke belakang. Dia merungkaikan ikatan tali leher yang membelit lehernya. Mata dia masih dipakukan ke arah tasik yang terbentang luas itu. Air di tasik sungguh tenang dan tidak setenang hati dia yang tengah sakit ini.
Tiba-tiba dia terasa ada seseorang duduk di sebelahnya. Dia mengalihkan kepalanya menghadap wajah wanita yang duduk di sebelahnya itu. Dia mengangkat kening kepada wanita yang sedang tersenyum kepadanya.
Hi handsome. Kenapa muka keruh semacam aje ni? Ada masalah ke? Meh lah kongsi dengan saya.” Soal Nabila dengan suara yang ceria. Bibirnya juga turut tersenyum memandang wajah Zafiq. Daripada tadi dia perhatikan lelaki ini termenung. Jadi, dia ambil keputusan untuk mendekati lelaki yang kacak di sebelahnya ni.
Zafiq memandang pelik ke arah wanita yang sedang tersenyum ceria ke arahnya itu. Dah macam orang terencat akal dah aku tengok, kutuk Zafiq dalam hatinya.
“Kau siapa? Salam tak ada, apa tak ada, tiba-tiba tegur aku ni apahal? Orang gila sesat tempat duduk ke apa kau ni?” Soal Zafiq pedas. Dia memang tak berkenan dengan perempuan dekat hadapan dia sekarang ni. Tah perempuan sesat mana yang datang menempel dekat sebelah dia ni pun dia sendiri tak tahu.
Terus cemberut muka Nabila dengar lelaki kacak itu kata dia gila. Sampai hati dia kata aku gila? Aku sikit punya cantik ni, dia kata gila? Memang sah buta! Dia membetul-betulkan sedikit tudungnya itu supaya kelihatan lebih kemas.
“Sampai hati awak kata saya gila kan? Sorry lah lupa nak beri salam tadi tapi tak payah lah nak cakap saya gila. Saya ada ijazah perniagaan tau tapi awak kata saya gila. Tak reti jaga perasaan orang betul.” Ujar Nabila dengan suara yang lirih. Sudah lah dia rasa dia dah jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki ni tapi boleh dia kata aku gila? Kurang ajar betul!
Zafiq mencebik. Ada aku kisah kau ada ijazah atau tidak?
“Aku tak kisah lah. Berambus kau dari sini. Buat semak kepala otak aku je.” Halau Zafiq. Dia memang tak ada masa nak layan orang bermasalah sebelah dia ni. Buang masa aje.
“Ni kan tempat awam, jadi awak tak ada hak nak halau saya tau.”
Zafiq mendengus kasar lalu dengan segera dia bangun daripada situ untuk pergi. Kau nak duduk sangat dekat sini kan? Ha... duduk lah. Tak ingin dia nak pandang wajah perempuan sebelah dia tu. Menggelikan!
Baru saja Zafiq hendak melangkah pergi, dia dipanggil oleh wanita itu.
“Eh awak jangan lah pergi lagi. Kalau awak nak pergi sekalipun, boleh tak saya nak tahu nama awak apa?” Soal Nabila dengan suara yang lembut.
Zafiq memandang wanita itu dengan pandangan yang tajam.
“Kau tak ada hak nak tahu nama aku siapa.”Ujar Zafiq dengan suara yang tegas.
Nabila tetap tersenyum mendengar suara lelaki itu. Biasalah lelaki, bila tak suka seseorang tu dia tunjuk lah belang dia. Bila dah suka, belang dia tak tahu hilang ke mana he he he.
“Saya cuma nak tahu je nama awak apa. Tak akan tak boleh kot?” Nabila buat muka simpati. Dapat tahu nama pendek pun jadi lah.
Zafiq datang menghampiri wanita itu dengan langkah yang perlahan. Dia dekatkan badannya pada badan wanita itu lalu mengepung dengan kedua-dua belah tangannya.
Tersandar Nabila apabila dikepung oleh Zafiq. Fuhhh... kacak gila muka dia bila tengok dekat-dekat ni. Desis Nabila dalam hati.
“Kau nak tahu nama aku sangat kan?” Soal Zafiq dengan suara yang menggoda.
Nabila mengangguk. Tak menahan dengar suara lelaki itu. Bisa buat dia cair. Sudah lah kacak, bila buat suara macam tu, ada jugak aku terkam nanti karang. Detik Nabila sendiri. Dia terus-terusan memandang wajah lelaki itu.
“Kau nak panggil nama aku apa?”
Nabila mengerutkan keningnya. Apa yang lelaki ni merepek ni? Nama dia pun aku tak tahu, boleh pulak dia kata aku nak panggil nama dia apa? Sekarang ni siapa yang gila, aku ke dia? Nabila mengomel dalam hati. Dia menelan air liurnya perlahan.
“Saya mana tahu nama awak. Jadi, saya tak tahu nak panggil awak apa.” Ujar Nabila takut-takut. Sah laki ni dah gila, desis Nabila.
Zafiq kulum senyuman sinis.
“Aku sendiri tak tahu nama aku apa.” Sakat Zafiq.
Makin bertambah berkerut kening Nabila mendengarnya.
“Biar betul?” Nabila menyoal dengan muka terkejut
Angguk Zafiq.
“Tipu lah. Awak sengajakan cakap macam tu?”
Zafiq menggeleng.
“Betul lah, aku tak tahu nama aku apa.”
Nabila mencebik.
“Saya nak tahu nama awak je pun. Tak akan tu tak boleh?”
Zafiq ukir senyum penuh makna.
“Boleh tapi dengan satu syarat.”
Nabila sudah buat muka ceria. Tak kisah lah ada syarat sekali pun, janji dia tahu apa nama lelaki yang telah mencuri hati dia ni.
“Apa syarat dia? Saya tak kisah, janji saya tahu nama awak apa.”
“Syarat dia, kau dah kerja?”
Nabila menggeleng. Apa kena mengena dengan kerja ni?
“Bagus. Aku nak kau datang lapor diri bulan depan dekat MENARA HOLDING. Kalau kau tak tahu dekat mana syarikat tu, kau search dekat google dan kalau kau still tak tahu jugak, kau pandai-pandailah cari sekitar Kuala Lumpur ni sendiri. Apa yang aku tahu, bulan depan kau dah kena lapor diri. Faham?” Kata Zafiq dengan suara yang tegas.
Nabila hanya mengangguk bagi mengiyakan kata-kata lelaki itu. Menakutkan betul dengar suara lelaki dia.
“Baik saya akan lapor diri tapi nama awak apa? Nanti saya nak kata apa pulak bila saya sampai situ?”
“Kau panggil aku Meon je. Okay lah aku gerak dulu.” Zafiq segera berlalu daripada situ. Bibir dia sudah terukir senyuman bila tengok wajah terkejut perempuan itu tadi. Mama dengan papa bagi aku nama sedap-sedap, boleh aku kata nama aku Meon? Ha ha ha, cari lah kau sampai puas nama Meon dekat office aku tu. Nak menggatal dengan aku sangat kan? Padan muka kau. Kutuk Zafiq dalam hatinya.
Ternganga mulut Nabila dengar nama lelaki itu. Meon? Muka sikit punya kacak, Meon nama dia? Apa dah pupus ke nama sedap-sedap dekat dunia ni sampai kena panggil Meon? Pelik betul nama orang dulu-dulu ni.




MEREKA berdua sungguh ashik berenang bersama-sama tapi sejujurnya aku ni bukannya pandai berenang pun. Nasib baik ada Zamir jadi, daripada tadi aku duk peluk Zamir dari belakang je lah.
“Sayang... belajar berenang nak?” Soal Zamir. Dia berpusing menghadap isterinya lalu memeluk pinggang wanita itu erat. Sempat lagi dia mencium pipi si isteri.
Aku ketawa kecil. Dekat sini pun nak bermanja. Nasib baik mama dengan papa keluar kalau orang gaji rumah ni nampak, buat-buat tak nampak sudah lah. Zamir ni kalau nak bermanja memang tak kira tempat. Dia punya muka ni dah naik pijar menahan malu. Zamir memang muka tembok sebab tu dia suka hati badak dia aje nak bermanja dekat tempat umum.
“Nurin tak nak belajar berenang. Kalau Nurin pandai berenang, tak boleh lah Nurin nak peluk abang.” Ujar aku dengan suara yang gedik. Dengan siapa lagi nak menggedik kalau bukan dengan suami kan?
“Kalau Nurin lemas nanti macam mana?”
Aku tersenyum manja.
“Kalau Nurin lemas, abangkan hero Nurin jadi abanglah yang kena selamatkan Nurin.”
Zamir mencium bibir aku sekilas. Bibirnya turut di ukirkan senyuman. Manja tak bertempat. Sama dengan aku he he he.
“Abang akan selalu jadi hero Nurin, sayang.” Jawab Zamir lalu dia kenyitkan matanya.
Mengada-ngada betul.
“Abang, jom lah kita naik. Sejuk sangat ni daripada tadi kita ashik berendam aje.” Ajak aku lembut. Aku memang tak boleh nak berendam lama-lama ni, nanti boleh demam aku dibuatnya.
Zamir menggeleng. Dia mengetatkan lagi pelukannya pada pinggangku.
“Kejap lagi lah yang. Kita berendam lah lagi. Bosan ni.”
Aku menggeleng. Wajah aku sudah cemberut menahan sejuk ni. Tak akan dia tak tahu kot?
“Nurin tak nak berendam lama-lama. Tak tahan lah bang.” Rengek aku manja. Aku memang benar-benar tak tahan dah ni.
Zamir mengeluh. Sayang dia ni kan, dia baru nak bermanja dah nak naik atas. Sudah lah malam tadi, isteri dia tak layan dia punya manja hu hu hu.
“Kalau dah macam tu, jom lah kita naik. Kesian isteri kesayangan abang ni. Kalau demam, abang jugak yang susah.” Balas Zamir.
Mereka dengan segera naik ke atas dan mencapai tuala lalu mengelap badan masing-masing.
“Sayang...” Panggil Zamir sambil mengelap rambutnya.
“Hmm...” Sahutku lalu melilit rambutku dengan tuala. Aku mengangkat kening ke arah suamiku.
“Abang nak bawa Nurin pergi sesuatu tempat. Nurin nak pergi tak?”
Aku mengerutkan kening. Ke mana pulak dia nak bawak aku ni?
“Pergi mana bang?” Soal aku ingin tahu.
Zamir hanya tersenyum tanpa membalas kata-kata isterinya.
“Abang nak pergi mana?” Aku menyoal lagi lalu memaut lengan suamiku manja. Kalau nak buat dia jawab soalan aku, kenalah buat dia cair.
“Ada lah.” Zamir menarik tangan aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya mengikut langkah Zamir. Dalam hati dah rasa berdebar-debar nak tahu ke mana Zamir nak bawak dia pergi. Kalau dah berahsia tu, satu clue pun kedekut nak bagitahu dia. Memang

10 comments:

  1. Hai dear
    Suka dgn cerita ni
    tapi sampai bila nurin nak elakkan suaminya nak manja.
    adakah nabila jadi galang ganti kat hati zariq???

    Tolong bab seterusnya

    ReplyDelete
  2. So sweet, bila nak sambung nii.

    ReplyDelete
  3. So sweet,bila nak sambung lagi...

    ReplyDelete
  4. Mna smbungannya...????? Dh buln 11 dh nie... adoi... pemintaan ramai nie..

    ReplyDelete