BAB
15
ZAFIQ
membuang pandang ke arah tasik dengan pandangan yang tidak dapat
ditafsirkan. Keluar sahaja daripada rumah tadi, dia tidak singgah ke
pejabat tapi dia terus singgah ke tasik ini.
Telinga
dia masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh papanya tadi. Dia
tahu dia salah. Dia tahu dia dah mengasari isteri abang dia. Dia juga
tahu dia dah buat mama papa dan paling penting abang dia marahkan
dia. Kenapa lah dia ni jahat sangat? Kenapa perlu dia rampas hak
orang sedangkan dekat luar sana ada lagi ramai perempuan yang dia
boleh buat isteri. Dia menguak rambutnya kasar ke belakang. Dia
merungkaikan ikatan tali leher yang membelit lehernya. Mata dia masih
dipakukan ke arah tasik yang terbentang luas itu. Air di tasik
sungguh tenang dan tidak setenang hati dia yang tengah sakit ini.
Tiba-tiba
dia terasa ada seseorang duduk di sebelahnya. Dia mengalihkan
kepalanya menghadap wajah wanita yang duduk di sebelahnya itu. Dia
mengangkat kening kepada wanita yang sedang tersenyum kepadanya.
“Hi
handsome. Kenapa muka keruh semacam aje ni? Ada masalah ke? Meh
lah kongsi dengan saya.” Soal Nabila dengan suara yang ceria.
Bibirnya juga turut tersenyum memandang wajah Zafiq. Daripada tadi
dia perhatikan lelaki ini termenung. Jadi, dia ambil keputusan untuk
mendekati lelaki yang kacak di sebelahnya ni.
Zafiq
memandang pelik ke arah wanita yang sedang tersenyum ceria ke arahnya
itu. Dah macam orang terencat akal dah aku tengok, kutuk Zafiq dalam
hatinya.
“Kau
siapa? Salam tak ada, apa tak ada, tiba-tiba tegur aku ni apahal?
Orang gila sesat tempat duduk ke apa kau ni?” Soal Zafiq pedas. Dia
memang tak berkenan dengan perempuan dekat hadapan dia sekarang ni.
Tah perempuan sesat mana yang datang menempel dekat sebelah dia ni
pun dia sendiri tak tahu.
Terus
cemberut muka Nabila dengar lelaki kacak itu kata dia gila. Sampai
hati dia kata aku gila? Aku sikit punya cantik ni, dia kata gila?
Memang sah buta! Dia membetul-betulkan sedikit tudungnya itu supaya
kelihatan lebih kemas.
“Sampai
hati awak kata saya gila kan? Sorry lah lupa nak beri salam
tadi tapi tak payah lah nak cakap saya gila. Saya ada ijazah
perniagaan tau tapi awak kata saya gila. Tak reti jaga perasaan orang
betul.” Ujar Nabila dengan suara yang lirih. Sudah lah dia rasa dia
dah jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki ni tapi boleh dia kata
aku gila? Kurang ajar betul!
Zafiq
mencebik. Ada aku kisah kau ada ijazah atau tidak?
“Aku
tak kisah lah. Berambus kau dari sini. Buat semak kepala otak aku
je.” Halau Zafiq. Dia memang tak ada masa nak layan orang
bermasalah sebelah dia ni. Buang masa aje.
“Ni
kan tempat awam, jadi awak tak ada hak nak halau saya tau.”
Zafiq
mendengus kasar lalu dengan segera dia bangun daripada situ untuk
pergi. Kau nak duduk sangat dekat sini kan? Ha... duduk lah. Tak
ingin dia nak pandang wajah perempuan sebelah dia tu. Menggelikan!
Baru
saja Zafiq hendak melangkah pergi, dia dipanggil oleh wanita itu.
“Eh
awak jangan lah pergi lagi. Kalau awak nak pergi sekalipun, boleh tak
saya nak tahu nama awak apa?” Soal Nabila dengan suara yang lembut.
Zafiq
memandang wanita itu dengan pandangan yang tajam.
“Kau
tak ada hak nak tahu nama aku siapa.”Ujar Zafiq dengan suara yang
tegas.
Nabila
tetap tersenyum mendengar suara lelaki itu. Biasalah lelaki, bila tak
suka seseorang tu dia tunjuk lah belang dia. Bila dah suka, belang
dia tak tahu hilang ke mana he he he.
“Saya
cuma nak tahu je nama awak apa. Tak akan tak boleh kot?” Nabila
buat muka simpati. Dapat tahu nama pendek pun jadi lah.
Zafiq
datang menghampiri wanita itu dengan langkah yang perlahan. Dia
dekatkan badannya pada badan wanita itu lalu mengepung dengan
kedua-dua belah tangannya.
Tersandar
Nabila apabila dikepung oleh Zafiq. Fuhhh... kacak gila muka dia bila
tengok dekat-dekat ni. Desis Nabila dalam hati.
“Kau
nak tahu nama aku sangat kan?” Soal Zafiq dengan suara yang
menggoda.
Nabila
mengangguk. Tak menahan dengar suara lelaki itu. Bisa buat dia cair.
Sudah lah kacak, bila buat suara macam tu, ada jugak aku terkam nanti
karang. Detik Nabila sendiri. Dia terus-terusan memandang wajah
lelaki itu.
“Kau
nak panggil nama aku apa?”
Nabila
mengerutkan keningnya. Apa yang lelaki ni merepek ni? Nama dia pun
aku tak tahu, boleh pulak dia kata aku nak panggil nama dia apa?
Sekarang ni siapa yang gila, aku ke dia? Nabila mengomel dalam hati.
Dia menelan air liurnya perlahan.
“Saya
mana tahu nama awak. Jadi, saya tak tahu nak panggil awak apa.”
Ujar Nabila takut-takut. Sah laki ni dah gila, desis Nabila.
Zafiq
kulum senyuman sinis.
“Aku
sendiri tak tahu nama aku apa.” Sakat Zafiq.
Makin
bertambah berkerut kening Nabila mendengarnya.
“Biar
betul?” Nabila menyoal dengan muka terkejut
Angguk
Zafiq.
“Tipu
lah. Awak sengajakan cakap macam tu?”
Zafiq
menggeleng.
“Betul
lah, aku tak tahu nama aku apa.”
Nabila
mencebik.
“Saya
nak tahu nama awak je pun. Tak akan tu tak boleh?”
Zafiq
ukir senyum penuh makna.
“Boleh
tapi dengan satu syarat.”
Nabila
sudah buat muka ceria. Tak kisah lah ada syarat sekali pun, janji dia
tahu apa nama lelaki yang telah mencuri hati dia ni.
“Apa
syarat dia? Saya tak kisah, janji saya tahu nama awak apa.”
“Syarat
dia, kau dah kerja?”
Nabila
menggeleng. Apa kena mengena dengan kerja ni?
“Bagus.
Aku nak kau datang lapor diri bulan depan dekat MENARA HOLDING. Kalau
kau tak tahu dekat mana syarikat tu, kau search dekat google
dan kalau kau still tak tahu jugak, kau pandai-pandailah cari
sekitar Kuala Lumpur ni sendiri. Apa yang aku tahu, bulan depan kau
dah kena lapor diri. Faham?” Kata Zafiq dengan suara yang tegas.
Nabila
hanya mengangguk bagi mengiyakan kata-kata lelaki itu. Menakutkan
betul dengar suara lelaki dia.
“Baik
saya akan lapor diri tapi nama awak apa? Nanti saya nak kata apa
pulak bila saya sampai situ?”
“Kau
panggil aku Meon je. Okay lah aku gerak dulu.” Zafiq segera
berlalu daripada situ. Bibir dia sudah terukir senyuman bila tengok
wajah terkejut perempuan itu tadi. Mama dengan papa bagi aku nama
sedap-sedap, boleh aku kata nama aku Meon? Ha ha ha, cari lah
kau sampai puas nama Meon dekat office aku tu. Nak menggatal
dengan aku sangat kan? Padan muka kau. Kutuk Zafiq dalam hatinya.
Ternganga
mulut Nabila dengar nama lelaki itu. Meon? Muka sikit punya kacak,
Meon nama dia? Apa dah pupus ke nama sedap-sedap dekat dunia ni
sampai kena panggil Meon? Pelik betul nama orang dulu-dulu ni.
MEREKA
berdua sungguh ashik berenang bersama-sama tapi sejujurnya aku ni
bukannya pandai berenang pun. Nasib baik ada Zamir jadi, daripada
tadi aku duk peluk Zamir dari belakang je lah.
“Sayang...
belajar berenang nak?” Soal Zamir. Dia berpusing menghadap
isterinya lalu memeluk pinggang wanita itu erat. Sempat lagi dia
mencium pipi si isteri.
Aku
ketawa kecil. Dekat sini pun nak bermanja. Nasib baik mama dengan
papa keluar kalau orang gaji rumah ni nampak, buat-buat tak nampak
sudah lah. Zamir ni kalau nak bermanja memang tak kira tempat. Dia
punya muka ni dah naik pijar menahan malu. Zamir memang muka tembok
sebab tu dia suka hati badak dia aje nak bermanja dekat tempat umum.
“Nurin
tak nak belajar berenang. Kalau Nurin pandai berenang, tak boleh lah
Nurin nak peluk abang.” Ujar aku dengan suara yang gedik. Dengan
siapa lagi nak menggedik kalau bukan dengan suami kan?
“Kalau
Nurin lemas nanti macam mana?”
Aku
tersenyum manja.
“Kalau
Nurin lemas, abangkan hero Nurin jadi abanglah yang kena
selamatkan Nurin.”
Zamir
mencium bibir aku sekilas. Bibirnya turut di ukirkan senyuman. Manja
tak bertempat. Sama dengan aku he he he.
“Abang
akan selalu jadi hero Nurin, sayang.” Jawab Zamir lalu dia
kenyitkan matanya.
Mengada-ngada
betul.
“Abang,
jom lah kita naik. Sejuk sangat ni daripada tadi kita ashik berendam
aje.” Ajak aku lembut. Aku memang tak boleh nak berendam lama-lama
ni, nanti boleh demam aku dibuatnya.
Zamir
menggeleng. Dia mengetatkan lagi pelukannya pada pinggangku.
“Kejap
lagi lah yang. Kita berendam lah lagi. Bosan ni.”
Aku
menggeleng. Wajah aku sudah cemberut menahan sejuk ni. Tak akan dia
tak tahu kot?
“Nurin
tak nak berendam lama-lama. Tak tahan lah bang.” Rengek aku manja.
Aku memang benar-benar tak tahan dah ni.
Zamir
mengeluh. Sayang dia ni kan, dia baru nak bermanja dah nak naik atas.
Sudah lah malam tadi, isteri dia tak layan dia punya manja hu hu
hu.
“Kalau
dah macam tu, jom lah kita naik. Kesian isteri kesayangan abang ni.
Kalau demam, abang jugak yang susah.” Balas Zamir.
Mereka
dengan segera naik ke atas dan mencapai tuala lalu mengelap badan
masing-masing.
“Sayang...”
Panggil Zamir sambil mengelap rambutnya.
“Hmm...”
Sahutku lalu melilit rambutku dengan tuala. Aku mengangkat kening ke
arah suamiku.
“Abang
nak bawa Nurin pergi sesuatu tempat. Nurin nak pergi tak?”
Aku
mengerutkan kening. Ke mana pulak dia nak bawak aku ni?
“Pergi
mana bang?” Soal aku ingin tahu.
Zamir
hanya tersenyum tanpa membalas kata-kata isterinya.
“Abang
nak pergi mana?” Aku menyoal lagi lalu memaut lengan suamiku manja.
Kalau nak buat dia jawab soalan aku, kenalah buat dia cair.
“Ada
lah.” Zamir menarik tangan aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya
mengikut langkah Zamir. Dalam hati dah rasa berdebar-debar nak tahu
ke mana Zamir nak bawak dia pergi. Kalau dah berahsia tu, satu clue
pun kedekut nak bagitahu dia. Memang
Hai dear
ReplyDeleteSuka dgn cerita ni
tapi sampai bila nurin nak elakkan suaminya nak manja.
adakah nabila jadi galang ganti kat hati zariq???
Tolong bab seterusnya
So sweet, bila nak sambung nii.
ReplyDeleteSo sweet,bila nak sambung lagi...
ReplyDeleteBila nak sambung...
ReplyDeleteTak buat jadi novel ke.?
ReplyDeleteSambung pleaseee.. best kot
ReplyDeleteMna smbungannya...????? Dh buln 11 dh nie... adoi... pemintaan ramai nie..
ReplyDeletesweet sangat..nak sambungan
ReplyDeleteSambung la... Best citer nya...
ReplyDeleteSambung la... Best citer nya...
ReplyDelete